Jumaat, 27 Mac 2015

pendirian pas bagaimana? kerap sangat dap biadab dan kurang ajar dengan presiden parti kamu tu


skrip mungkin sama, sebabnya pakatan tahu, sekiranya berlaku perpecahan, pas atau dap keluar pakatan, maka punah ranahlah pakatan rakyat dalam cita-citanya ke putrajaya, malah katanya dap inginkan pakatan baru bersama pkr dan pasma bakal didaftarkan sebuah parti politik juga tersebar luas.

adakah itu pilihan dap untuk meneruskan kuasa? mungkin ya mungkin tidak, sebabnya parti pas sekiranya berpecah, pasma berkemungkinan tidak mampu melawan pas dan berkemungkinan pilihanraya akan datang setiap pertandingan kawasan majoriti melayu akan ada pas, pasma dan umno, semakin teruk perpecahan antara melayu di malaysia ini.

jadi siapa agaknya yang akan untung? siapa lagi kalau dap, perancangan mereka memang berjaya, cuma bila itu tidak diketahui, kecuali pas dan umno dibawah satu payung, itupun kalau boleh bersatu, pas dan umno hanya wujud 30% sahaja berkemungkinan untuk bersatu.

tidak hairanlah dap semakin angkuh, berlagak, dominan serta yakin dan pasti untuk mengawal orang melayu di bumi malaysia ini.

ps: tengok telur agak-agak pemimpin dap akan kemam tak? pengecut punya pemimpin melayu semua, kerana kuasa kesemua jadi bachul dengan kiasu.

PRK PERMATANG PAUH SELEPAS INI?


akhirnya anwar ibrahim kekal didalam penjara selama 5 tahun lebih, jadinya mungkin paling awal pun 4 tahun, jadinya apa akan jadi dengan pr?

ramai memberi pendapat, sebelum anwar ibrahim dipenjarakan, pr akan lebih teratur dan kuat sekiranya anwar dipenjarakan, malah pendapat dari mereka gerak kerja pakatan akan lebih tersusun dan mungkin lebih kuat bila anwar tiada.

tetapi bila melihat perihal terjadi antara pakatan sekarang menjurus kepada perpecahan yang sememangnya sudah dijangka, walau tidur sebantal, mimpinya lain-lain, pas dan dap semakin bergasak, jadi rakyat malaysia juga melihat yang pakatan akan hancur kerana masing-masing tamak dan haloba.

kesimpulannya, anwar dipenjara diatas kesalahan meliwat telah merosakkan reputasi pembangkang yang sememangnya digembar gemburkan bakal mengantikan bn/umno sebagai pemerintah, malah dap sebagai dominan dalam pakatan semakin angkuh dan berlagak ingin mengajar pas yang sebelum ini tidak banyak melawan walau di keldaikan oleh dap.

ps: anwar dalam penjara memikirkan, inilah kesudahannya kerana taktik kotor untuk berkuasa tidak diizinkan oleh Allah. pilihanraya kecil permatang pauh menanti

Rabu, 25 Mac 2015

AKAR UMBI PKR MEMANG MENYOKONG PENUH HUKUM HUDUD, BIDAS DAP YANG ANGKUH TERHADAP ORANG ISLAM










Pada hari ini bertempat di restoran antan batura di seksyen 14 shah alam, diadakan sidang media berkenaan sokongan akar umbi pkr yang cukup setuju hukum hudud dibentangkan di kelantan baru-baru ini.

Mereka selaku ahli akar umbi, sebagai orang Islam memang bersetuju hukum hudud ini, parti pkr baru-baru ini mengumumkan tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian mengenai hudud yang dibawa oleh pas dan akan dibentangkan di parlimen.

Melihat situasi yang ini, akar umbi tidak bersetuju dengan cara pkr pusat yang terburu-buru membuat keputusan sedangkan dikalangan ahli pkr yang beragama Islam memang menyokong penuh undang-undang hudud ini, jadi mengapa perlu risau dengan undang-undang Allah, mengapa perlu takutkan serta mengikut suruhan orang bukan Islam untuk menolak hudud.

Mereka juga menyeru agar kepimpinan KEADILAN tidak membuat keputusan berlandaskan politik dan desakan dap supaya menolak hudud, peranan dap juga dipertikaikan kerana terlalu angkuh untuk mengkritik undang-undang hudud ini sedangkan orang bukan Islam tiada hak untuk mempertikaikannya.

Untuk ahli akar umbi yang lain, mereka berharap bersamalah dengan mereka supaya kepimpinan KEADILAN yang beragama Islam tidak terjerumus dengan sikap munafik dan melanggar hukum Allah, sedangkan untuk menjadi pemimpin bukan semata-mata berpolitik, tetapi peranan sebagai pemimpin Islam yang bertanggungjawab terhadap agamanya.

ps: pemimpin pkr tu nak dengar ke luahan akar umbi mereka sendiri? sedangan pemimpin seperti khalid ibrahim pun mereka lanyak, buat pekak, memang benarlah dalam pkr hanyalah ada pemimpin bobrok yang gilakan kuasa dan berfikiran liberal.

Selasa, 24 Mac 2015

DAP PERLUKAN PAS, TAPI TAK PERLUKAN HADI AWANG


drama apa lagi dap nak buat? perlukan pas tapi tak perlukan hadi awang kata guan eng selepas mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat DAP hari ini, adakah drama dibuat oleh guan eng ini semata-mata untuk menyelamatkan pakatan?

sudah tentu untuk menyelamatkan pakatan yang semakin hancur akibat semuanya mimpi lain-lain walau satu bantal, sekarang sudah terang lagi bersuluh yang dap memang anti hadi awang, tuduhan katanya hadi bekerjasama dengan umno ibarat menuduh kucing beromen dengan unta.

itulah dap, sudah nampak bukan permainannya? jahat bukan peranan dap dalam merosakkan sesuatu organisasi? lim guan eng belajar dari mendiang kuan yew lah, siapa tak tahu dap serpihan dari mana, memang strategi pecah belahkan kuasa melayu itu sudah termatri dalam perjanjian parti mereka.

pendirian pas bagaimana? adakah rela dihenjut oleh dap segini rupa, presiden anda diganyang tanpa belas, presiden anda diperlakukan seperti orang yang tiada maruah, adakah kerana dap sudah menganggap mereka itu dominan dalam pakatan membolehkan mereka membuat boleh lakukan apa sahaja?



jadi peranan pas menjadi persoalan, dap kata mereka perlukan pas, tetapi menolak haji hadi, adakah pas masih lagi ingin bersama pakatan, nik abduh pula mengatakan kepada dap, sekiranya tidak puas hati dengan pas sila keluar pakatan, nampaknya tuduh menuduh sudah tidak dapat disorokkan lagi.

ps: percaya tak ini semua propa je, saja nak tunjuk siapa kuat

KENAPA UMNO DIAMKAN BILA GERAKAN TOLAK HUDUD KATA MAHFUZ OMAR


kalau diikutkan skripnya sama, dap, mca dan gerakan akan tetap melakukan perkara sama kerana mereka cukup gusar sekiranya hukum hudud tetap akan dikenakan terhadap orang bukan Islam, nada mca dan gerakan ibarat semut yang mengigit, lepas tu kita jentik semut tu terpelantinglah jauh-jauh.

umno ada cara nak handlekannya wahai mahfuz, tak perlulah mahfuz buka mulut yang ramai dah tahu cukup lawak, bila pak lawak buka mulut maka jadi kenyataan lawak, faham ke tidak wahai mahfuz.

mca dan gerakan juga peranan mereka sama sahaja macam dap, tapi adakah mahfuz sedar, paling kelakar seram bila pak lebai dan orang pas sendiri yang menolak hudud? contohnya di perak, terpampan tajuk besar yang semua orang terkejut,

TAJUK BESAR DI SINAR HARIAN, TERPAMPANG MUKA BEKAS MB PERAK, NIZAR JAMALUDIN DAN PAK LEBAI YANG LAIN, BERBANGGA DENGAN KUFFAR DAP MENOLAK HUDUD.

tu mahfuz tak mahu komen?


ps: pas kiblat dap (pasma) ni bila bersembang macam gunung pun boleh leper.

Isnin, 23 Mac 2015

AKHIRNYA SELANGOR SUDI BERBINCANG SEMULA PERJANJIAN AIR DENGAN PUTRAJAYA - AZMIN ALI



azmin sekali lagi membuat u turn yang cukup menjadi tanda tanya, pada ayat batalkan perjanjian air tempoh hari memberi impak merisaukan keadaan rakyat selangor, alasan azmin kedaulatan tanah negeri selangor perlulah dijaga juga rasanya tidak kukuh.

jadi untuk mengelakkan perkara lebih hangat serta berkemungkinan permasalahan ekonomi yang teruk bakal berlaku terhadap negeri kaya seperti selangor perlulah azmin membuat salaman 'play safe' untuk meredakan keadaan panas.

jadi selaku rakyat selangor, jangan biarkan rakyat bawahan terhimpit wahai azmin, kalau nak buat game modal politik kacau dan gegar, janganlah guna isu air, cari isu lain, kata untuk rakyat, tetapi perihal air janganlah dibuat main, sebabnya kerana air boleh jahanam sosio ekonomi dan manusia.

fikir rakyat bukan sedut duit

GABUNGAN BARU ANTARA PR DAN BN UNTUK SELAMATKAN SIAPA?


apakah sebenar yang mungkin kit siang ingin lampirkan? adakah kerana kecewa? adakah kerana sudah tak tahu nak fikir apa lagi? semua ini kerana pas, pas sudah buatkan kit siang menjadi tidak keruan, sudah risau akan kelangsungan dap yang mungkin tidak boleh dominan kerana pas sudah bergerak sendirian.


maka sudah pasti pas sudah faham, dap hanya kuat kerana ada melayu tak berfikir menyokong mereka, malah pasma adalah ajen dap dalam pas pun  tidak berjaya mengawal selia pas secara kotor.

akhirnya terungkaplah ceritera yang membolehkan dap perlu berbuat sesuatu, drama kelakar seram dibuat oleh kit siang adalah kerana terdesak, itu sahaja yang dapat penulis katakan, inilah cara licik oleh ultrakiasu untuk berkuasa, benarlah, selagi ada sultan dan raja dengan izin Allah terselamat orang melayu dan Islam, kecuali orang melayu itu sendiri menjadi tali barut terhadap kiasu dan kuffar.

PAKATAN DALAM KEADAAN TENAT, ITULAH KEBENARANNYA.

kata lim kit siang, kita perlu selamatkan malaysia,

"Mungkin sudah tiba masanya untuk Ahli Parlimen yang terdiri daripada gabungan baru 'Selamatkan Malaysia' dari kedua-dua belah jurang politik dan Laut China Selatan, untuk mempertahankan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dengan Perdana Menteri baru dan kerajaan baru," katanya berkata, dalam ucapannya di jamuan makan malam ulang tahun DAP di Bukit Bintang, Kuala Lumpur malam tadi.

Sambil menegaskan bahawa idea gabungan itu adalah miliknya sendiri dan tidak bukannya DAP, Lim berkata Perdana Menteri baru boleh datang sama ada dari BN atau PR, selagi pemimpin yang dipilih itu mahu "menyelamatkan Malaysia, mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang".