Selasa, 18 Mei 2010

saya takut dengan gagal....


MANUSIA YANG TAKUT GAGAL…

Salam, kembali dengan pantas untuk kita menyembang-yembang dan story yang mungkin ada pada diri anda dan mungkin ada pada sesiapa pun.. GAGAL. GAGAL dan GAGAL.. ish ish.. asik gagal jer bile nak berjaya pulak.. erm kalau diikutkan majoriti orang yang telah berjaya dengan kaya harta benda malah kaya budi pekerti, akan rasa GAGAL yang sangat-sangat powerfull sehingga kalau kita rasai kegagalan itu, tak kuat iman akan terjerumus ke kancah kekufuran dan mungkin lagi dashyat sehingga sanggup nak… tutttttt.. (dipotong diatas pemintaan pembaca..ye ye je aku). Bak kata Billy Lim, penulis buku berani gagal. Gagal itu indah..(ada kot dia tulis dah lupa), hayatilah erti gagal sehingga anda akan salami erti kejayaan.. Tetapi kupasan yang nak di storykan ini.. adakah kita betul-betul berani GAGAL? Yang nyata aku dahulu ada sikap takut sangat gagal. Itu dulu lah, kekadang asik mengeluh, sampai kalau cicak dengar pun “apa da punya manusia, ada je otak tapi lembek, cit” sambil ketawa berdekeh-dekeh si cicak itu..(nasib aar aku tak dengar cicak tu cakap kalau tak aku lastik..hehe)…GAGAL dengan bercinta (itu dululah,sekarang dah kawen dah anak 2 orang dah uit), GAGAL nak jadi terhebat, GAGAL dalam apa yang dilakukan (takut saingan)… semua itu mainan perasaan lemah yang sengaja dok di kibarkan dalam jiwa ini… Alhamdulillah dan mula sedar.. dan belajar bangkit dari gelombang GAGAL…

Sebab kalau kita kaji, ada sebab kita di uji dengan GAGAL dan GAGAL lagi, sebab kita ni manusia lemah dan mungkin GAGAL itu akan mengajar kita jadi terbaik..Bila kita dah jadi terbaik, bersyukurlah padanya kerana dengan GAGALlah kita tahu kelemahan kita.. kalau tak kita jer lah yang betul.. tak gitu semua.. hehehe.. Buku RAHSIA BISNES ORANG CINA yang di tulis oleh Ann Wan Seng. “Peniaga yang jatuh akan terasa sakit tetapi kesakitan itulah yang membuatnya bangkit semula”. Power ayat ni ui… Sebab aku sendiri pun seorang peniaga (kecilan jer). Sebab kita kena rasa apa itu sakit, dan dengan kesakitan itu kita akan rasa nikmat kebangkitan… Masa mula-mula nak berbisnes dulu, macam-macam lah orang kata, jangan kata sokongan malah majoriti menjatuhkan semangat.. tetapi itu lah dugaan sekiranya kita berkecimpung dengan dunia bisnes, sebab income kita yang kena cari, banyak (customer) dapat banyaklah untung.. kalau tak banyak dapat (customer) maka adalah permasalahannya..(RM kurang).. Ada ayat power yang pernah aku baca, “Berniaga itu Sunnah Nabi dan setiap langkah kita untuk tujuan berniaga akan dapat pahala”.

Ada lagi yang aku rasa orang ni memang aku menitik air mata baca kisahnya. Berikut sebahagian ceritanya “Charles Goodyear juga ditertawakan orang kerana impiannya. Selama sebelas tahun beliau bertungkus lumus mencari jalan unuk menggunakan getah asli secara praktikal. Bayangkan bagaimana beliau terpaksa hidup dalam penjara kerana tidak berupaya membayar hutang. Bagaimana beliau terpaksa menggadaikan pakaian dan barang kemas isteri semata-mata agar anak-anaknya tidak kelaparan. Bayangkan betapa kuat azam dan kesungguhannya untuk mencapai impiannya walaupun tidak mempunyai wang untuk membiayai pengkebumian anaknya manakala yang lima lagi hidup hampir mati kebuluran. Para jiran menganggap Charles sudah gila. Kini kita tahu siapa Goodyear. Fikirkan tayar kereta, teringat namanya.”. Sangat hebat dan berjiwa kental manusia bernama Charles Goodyear kan.. (buku JIKA ANDAYAKIN BOLEH, penulis oleh Aziz Imran)

(Tengah nangis ni ingat kisah si Charles Goodyear ni…huhu). Apapun, walau seteruk dan sehebat yang sangat-sangat GAGAL itu.. Aku percaya Tuhan tak kejam dengan kita, mungkin kita akan dapat apa yang kita nak kalau kita berusaha gigih, dan sabar dalam apa yang kita lakukan… Berdoa, berusaha, sentiasa istiqomah dan sabar, sabar…Emas yang kita tak sedar ada didepan mata sebenarnya.. Bye.. jumpa lagi dengan isu lain yang da bomb….