Rabu, 26 Mei 2010

ini 2 minggu lepas da


CORAT DAN CORET 16 HB MEI 2010

Salam semua, ketemu lagi kita diruangan blog kepala bom yang akan mengupasin segala bentuk cerita dari s
aya untuk anda (dah macam bahasa Indonesia pula..hehehe). Ahad yang lopeh 16 hb Mei 2010 daku ke Sungai Buaya, Rawang untuk mengeshoot foto kahwin untuk pasangan gaban (nama glemer) dan jaja. Sekali gaban (wa kasau, wa kasau penangaeeaa) ada kat sungai buaya sana wo jangan main-main. Bernikah jam 9.30 pagi dan sandingnya pada hari yang sama tengah hari 1.30 t/hari. Sungai buaya ni tempat dia ok, jauh dari hiruk-pikuk bandar dan paling nyata sebahagian penduduk kat sini masyukk tuu (dapat RM masa sebelum pilihan raya kat hulu selangor tu), sebab tanah kat sungai buaya tu kerajaan dah ambil.. (macamtu lah yang diceritakan ada sorang brader yang tinggal kat situ).

Pada fotoshoot kali ini, ok lah tapi agak panas sikit, berpeluh sakan time tu. Tapi tak mengapa dah tugas kan, cari rezeki halal dan banyak pengalaman baru. Lain tempat lain cara. Mana tau kalau diizinkan olehnya?tetiba customer dari Bulgaria (asal tak Guatamala jer..hehe) nak bagi job wedding ke?mana tau. Rezeki Allah kalau nak bagi?dapat pengalaman jadi jurufoto kat luar Negara lak..(sekali berangan da aku heheehe). Apepun banyak perkara dan perlu diriku ini belajar dan terus belajar. Ok lah kawan-kawan nanti kita cerito-cerito laie untuk episod yang lain. Bye?