

Salam, apo kabar semua. ok mai dok cerita pasal keadaan orang kita amnya... selalunya yang dituduh malas, dengki, racist, tak tau berniaga, semuanya ada pada orang melayu.. semuanya yang tak elok jer persepsi tentang bangsa kita.. yang nyata kita dah merdeka lebih separuh abad.. tetapi kalau kita nilaikan pencapaian kita secara realiti memang agak ketinggalan jauh juga dari bangsa-bangsa lain... kat Malaysia ni.. cuba kita tengak ek... ni ambillah secara positif sebab sampai bila kita semua asik nak tertinggal dari serba serbi bidang... pikir-pikirkanlah... contoh... yang menceburi perniagaan.. berapa kerat sahaja yang mungkin berniaga ni adalah rutin hidup... kalau berkerja pulak... fikiran kita dapat gomen ui best ni... selamat... kalau kerja swasta pula... majoritinya kerja untk sektor yang sederhana takda pulak kuantiti yang berjawatan yang sangat hebat contoh akauntan, jurutera, doktor dan sebagainya (ada tu ada tapi tak maksimum).
Anda mungkin perasan.. kalau ada bangunan rumah kedai baru nak buka, yang ramai kita tengok yang buka perniagaan bukan dari majoriti bangsa kita... ada tu ada tapi sedikit.. thah!! hairan juga mana lah diorang dapat modal besar-besar... tak caya anda tengok disekeliling erea rumah or office anda... yang ramai buka perniagaan majoriti siapa ma? Yang ramai bekerja makan gaji (jadi kuli ler) majikannya pula majoritinya bukan juga dari bangsa kita...
Sekarang ni heboh isu gula... kalau anda semua tau gula ni pemborongnya siapa kan... pastu ayam pula... naik pulak harganya. Memang 60% kuasa beli tu ada pada bangsa kita tetapi yang memasarkan, memborong, mengilang, dan segala bentuk keperluan asas (majoritinya) bukan di usahakan oleh bangsa kita..(ada tu ada tapi tak maksimun).
Kalau diikutkan bangsa kita ni sangat hebat pada era Kesultanan Melayu Melaka sebab, pada masa tu, bangsa kita terkenal dengan ilmu perdagangan, ilmu perniagaan, ilmu pembinaan.. pada era tersebut bangsa kita adalah satu bangsa yang disegani diseluruh pelusuk Nusantara.... setelah Portugis mengalahkan Empayar Melaka.. ramai yang dah lari ke negeri lain, segala bentuk ekonomi dipantau, segala ilmu perniagaan, perdagangan diharamkan.. pada era penjajahan itu, bangsa kita ditindas... di buli... segala ilmu-ilmu untuk generasi akan datang di pupuskan... so kenyatannya sebelum penjajahan Pertugis... empayar Melayu Melaka adalah yang teragung di Nusantara, rakyatnya semua kaya raya... tetapi oleh kerana dikalahkan oleh Portugis... segala macam kehebatan itu hanya tinggal sejarah....
Sekarang mungkin kita merdeka.. tetapi sacara halusnya kita juga ditindas dengan cara ekonomi... kalau Tanah tumpah darah kita ini tak dipertahankan... anak-anak generasi seterusnya.... mungkin teraniaya... Jadi belum terlambat untuk kita bangkit dari segi ekonomi,
Jangan jadi Melayu mudah lupa.... Kita boleh buktikan kita adalah yang terbaik dari pencapaian yang pelbagai untuk negara iaitu tanah tumpah darahku... amin....