Khamis, 1 Julai 2010

kalau selalu layan....

Salam.. hi apo kabar? semua sihat? hehe bersyukur kepada Allah memberikan kesihatan yang baik untuk menulis dan membebel dalam blogku ini... ok kawan-kawan.. apa yang nak saya storykan kali ini.... anda semua kalau layan lagu kan.. lagu yang jenis macam mana agaknya... sedih, sentimental, lagu happy, lagu rancak, ai macam-macamlah... so kalaulah anda bekerjaya yang rutinnya isnin-jumaat bekerja 9-5 tu.. cuba kalau anda layan lagu sedih semacam ni masa nak pergi kerja... (kalau student lak, masa pagi-pagi nak pergi kuliah)...

dengarkan...



Ok apa yang jiwa dan raga anda dapat rasakan... adakah syiok... hehe.. masa anda dengar lagu macam ni kan.. time tulah sebenarnya anda banyak giler masalah.. masalah cinta lah, masalah kerja, masalah study, masalah negara... takker rasa bagai nak meletup suasana tu kan... so lagu sedih-sedih ni kalau dilayan selalu boleh melenyapkan kreativiti dan kurangkan stamina jiwa dan raga.. tak caya anda cuba... masa pagi-pagi nak ke tempat tujuan anda (kerja dan study)...

Ok dengan situasi sama cuba pulak anda dengar lagu macam ni.. masa dan keadaan sama



Apa pulak keadaan jiwa dan raga anda... rasa ada semangat tak? hahahaha.. so sama-samalah kita happy-happykan diri.. dari dok selalu sangat cerita, layan movie, dengar lagu asyik yang sedih ajer... so cuba kita tukar yang rancak, yang bermotivasi... so tak mustahil kalau ada masalah pun rilek jer sambil terhibur... so sama-sama kita go go for good life.. hehehe.... (macam pakar motivasi lak aku...)

Isnin, 28 Jun 2010

apa yang diimpikan....






Salam, pahabaq.. anda semua ok.. tak stress-stress ek.. erm kita hadirkan nilai positif dalam jiwa kita seharian... walau kita sebenarnya dalam permasalahan maksimum...(lantokkannya).. saya ni kalau ada masa ok yang line clear barulah bleh nak bloging ni.. kalau kita hitungkan hari.. lagi berapa hari atau 1 sentengah bulan jer kita akan berpuasa.. hehe.. pastu raya... erm.. sempoi... tetapi.. kalau anda perasan juga.. punyalah cepat masa tu berlalu... berlalu meninggalkan kita tanpa belas kasihan... cuma kita imbas kembali masa awal tahun 2010... apa lah azam kita masa tu ek.. adakah %-peratusan azam tu dapat dicapai.. takpun hanya imiginasi sahaja... contoh.. yang nak dapat kerjaya hebat.. nak jadi kaya.. nak jadi bisnesman.., nak kawen.. macam-macamlah... adakah ia tercapai... cakap terus terang saya sendiri rasanya masih belum 100% tercapai apa yang saya idamkan dan azamkan masa awal tahun 2010 nan lalu... sekarang dah nak masuk Julai 2010.. erm.. memang pantas der masa berlalu... tetapi kita masih belum terlambat.. masih sempat berjuang dan berusaha apa yang kita nak idamkan dan azamkan tu...

Bila sebut pasal usaha juga adakah kita ni memang berusaha sebaik mungkin... adakah kita ini buat sesuatu perkara hangat-hangat taik ayam candu.. sendiri boleh fikir ye tak.. sebab apa perkara yang dilakukan selalunya berlandaskan niat.. tak gitu semua.. sekarang ni pun demam bola world cup masih membara... macam pasukan bola juga... kalau kita anggap kita ni pasukan terbaik.. kita boleh dapat keputusan selepas perlawanan.. adakah gerenti pasukan yang kita anggap kuat boleh menang... haha, dah terbukti pun... pasukan hebat kantoi (Itali, Perancis, England).. pasukan kerdil pula buktikan keupayaan... itu cerita pasal bola.. pasal lain... ini pasal diri dan keadaan semasa...

"Perubahan yang kita nak bermula dari diri kita" dalam dunia ni semua perkara dan situasi berubah.. tetapi apakah yang tak berubah-ubah... cuba ler teka... senang jer perkataan 'BERUBAH' tu.. yang tak ubah-ubah... betui kan.. hehe.. so tekadkan azam anda.. saya manasihati diri sendiri juga supaya... kalau nak genggam bara api biar jadi abu... kalau buat sesuatu biar sampai jadi... ok.. yezza.. nanti kita sambung.. hehe.. bye..