Isnin, 5 Julai 2010

berilah satu kehebatan kehidupan..

Salam semua, harap sihat hendaknya.. story kali ini berkisarkan kenapa RM tak pernah cukup-cukup dan kenapa keadaan ini berlaku? Kadang-kadang pening pun ada, terseliuh otak pun ada, betullah kata orang hebat... setiap detik kesengsaraan dan kelesuan hidup semua berkisar tentang RM$$$$$$... kenapa? Adakah ia warisan... contoh, kalau keluarga dari zaman dahulu susah.. genarasi seterusnya pun akan terkena tempias begini... bukan nak kata begitu semuanya betul.. tetapi hakikatnya dan realitinya keadaan dan suasana ekonomi memang tak mengizinkan... kerja keras dan keras pun kalau dapatnya pun cukup-cukup... maka masalah lah jadinya.. kekadang jadi pelik dan ajaib kenapa selain bangsa dan rumpun kita masalah $$$ mereka majoritinya tiada masalah... sebab apa, kenapa, tak cukup ilmu kewangankan kita semua, tak cukup menyimpankah kita.. tetapi nak tak nak kena akui... majoriti dari kita menghadapi masalah $$$ ni..

So berbalik kepada belajar daripada insan-insan hebat... teringat saya pada insan ini... katanya "ramai orang bukan merancang untuk susah, tetapi perancangan tak betul yang membuatkan mereka susah..." ada betul apa yang mereka yang dikatakan sebab... yang kita tahu.. kerja dapat gaji dan itu jerlah yang survive kan kita, kalau peniaga.. kalau hari ini dapat sales, daripada sales tulah yang survivekan kehidupan... erm... KENAPA, MENGAPA DAN SEBAB APA keadaan ini terjadi? Sebab ILMU!!!! Diri ini sentiasa berdoa supaya dimurahkan rezeki hendaknya.. dan banyakkanlah $$$ sebanyak mungkin untuk keluarga tercinta.... Mudahkanlah Ya Allah dengan berkatMu... dengan usaha ini berbaloi untuk keluarga tercinta...Amin, Anda rakan-rakan sekalian doakanlah sekali untuk keberkatan semua dan dimurahkan rezeki hendaknya...

p/s: Sekiranya makanan Rohani kurang dan kita pula sombong dengannya... Bertaubatlah.. Amin...