Rabu, 14 Julai 2010

hidup bukan begini

SALAM SEMUA, INI BUKAN PROTES, TETAPI HANYA MELUAHKAN APA YANG TERPENDAM ISI HATI YANG LUNAK...ADAKAH KITA INI DIJADIKAN MISKIN ATAU KAYA.. ADAKAH KITA DITAKDIRKAN BEGITU... ADAKAH INI ADALAH NASIB SEMATA-MATA.. ADAKAH MEMANG DAH TERTULIS... MENGAPA KITA MANUSIA YANG SEMPURNA INI DI UJI.. MENGAPA.. KEINGINAN KITA KADANG HANYA TERMAMPU... DAN REALITI YANG KAYA MAKIN KAYA..

ADAKAH DITAKDIRKAN KITA KAIS PAGI MAKAN PAGI

ADAKAH KITA HANYA MELIHAT DAN TERTANYA-TANYA, DAN MENGINSAFI DIRI....
ADAKAH INI IBU KITA, ADAKAH INI SAUDARA KITA..

SEKIRANYA YANG KAYA MAKIN KAYA, ADAKAH ITU JUGA NASIB... ADAKAH MEREKA DITAKDIRKAN MEMANG KAYA.. KAYA HARTA DAN SEGALANYA MUDAH UNTUK MEREKA DAN WANG ADALAH PERKARA SENANG UNTUK MENDAPATKANNYA...

INIKAH REALITI DUNIA, ADAKAH INI MEMBUATKAN SEGALANYA MENJADI TIDAK ADIL... KENAPA.. KENAPA MISKIN BERTAMBAH MISKIN... KENAPA...

ADAKAH KITA HANYA MAMPU BERSEDIH DAN SEDIH DAN SEDIH... ADAKAH INI JAWAPANNYA.. ADAKAH INI KEADAANNYA KITA YANG DALAM REALITI KEHIDUPAN ERA BARU SEKARANG INI... KENAPA KENAPA....

MEMIKIRKAN SEHINGGA JIWA PARAH DAN TEKANAN YANG MEMUNCAK, ADAKAH INI BIASA BAGI DIRI KITA... ADAKAH INI PERJALANAN YANG BIASA KITA BANGGAKAN... KENAPA.. WANG DARI GAJI ATAU PERNIAGAAN ITU CUKUP MEMBERI TEKANAN SAHAJA..KENAPA...

SEMEMANGYA KITA PERLU BANGKIT DAN JANGAN BIARKAN NASIB SEMATA-MATA.. BANGKIT DARI PERANGKAP KESUSAHAN.. PERANGKAP KEKUFURAN... SEBAB BILA KETIADAAN KESYUKURAN DALAM DIRI.... MAKA MUSUH NYATA KITA, IBLIS DAN SYAITAN AKAN MELAKUKAN SEBAIK MUNGKIN UNTUK MENYESATKAN KITA....

JAWAPANNYA, ADALAH KERANA KITA ADALAH HAMBA YANG NAIF, DAN SIAPALAH KITA UNTUK TENTUKAN SEGALANYA, DENGAN MENDEKATKAN DIRI KEPADANYA KITA BOLEH MENGEMBALIKAN KESEMPURNAAN KEHIDUPAN....DENGAN MERENDAHKAN DIRI DAN SUJUD PADANYA SUPAYA KEEGOAN KITA DIHAPUSKAN....KESEJAHTERAAN HIDUP ITU DAH TERJAMIN SEKIRANYA KITA SENTIASA MENGINGATINYA... JADI SEBAGAI HAMBANYA YANG LEMAH KEMBALILAH KEPADANYA....ALLAHHUAKBAR...

DAN KESIMPULANNYA DALAM MENGEJAR KEBAHAGIAN, KEPENTINGAN DUIT ADALAH SEGALANYA DALAM ERA SEKARANG... MEMOHON MOGA REZEKI YANG MELIMPAH RUAH HADIR DALAM HIDUP... DENGAN USAHA TANPA JEMU... SEAWALNYA KEGAGALAN DAN KEKALAHAN MEMANG AKAN HADIR UNTUK MENUNJUKKAN BAHAWA SETIAP YANG TERJADI ADA JAWAPANYA.. BERJUANG UNTUK KEHIDUPAN HAKIKI...

Selasa, 13 Julai 2010

jiwa kacau orang

Salam semua.. erm corat dan coret lagi kali ini.. erm entahlah.. dalam waktu ini keadaan minda yang dalam keadaan tertekan dan dalam aura kurang menyenangkan.. entahlah apalah yang nak dikatakan lagi dalam kehidupan ini... adakah keadaan begini yang mungkin terjadi dan sentiasa terjadi (harap-harap tak begitu lah)... kekadang apa yang kita harap dan kita idamkan mungkin juga tak kesampaian.. (belum lagi tu sabarlah).. sebab ini terjadi dan sudah jadi adalah dasar kesilapan yang tidak dirancang dengan teliti... apabila rasa tertekan dengan situasi begini... ada jawapannya,

selalunya masa time-time sekolah dululah (masa zaman cinta monyet.. hehe) selalu dok layan lagu macam ni.. masa dalam keadaan tertekan, nak tau... ok dengarkanlah...


takda lah hilang 100% tekanan tu cuma dia bagi jerit sama mengikut irama lagu hehe.. sekurang-kurangnya adalah sikit luahan...(tapi bukan semua boleh begini)

layan juga lagu happy-happy macam ni... segarlah sikit... (tak semua suka lagu punk)


lompat, lompat.. yiha...

tetapi logik akal bukan semua problem tiada jalan penyelesaian, bukan semua tekanan boleh memeningkan... anggaplah ini suatu pembelajaran dan dugaan kehidupan untuk hambanya yang lemah macam ku ini... mungkin juga dengan adanya tekanan mengajar kita erti sebenar kehidupan yang penuh pancaroba ini... BANGKITLAH MINDA!! BANGKITLAH JIWA KAYA!! KUATKAN USAHA!! YAKINKAN JATI DIRI!! BANGUNLAH DARI TIDUR... AMIN...

Isnin, 12 Julai 2010

itulah penangan...


Salam, apa khabar.. anda sihat... so World Cup 2010 dah melabuh tirainya.. Sepanyol dah membuktikan merekalah pasukan terhebat dunia.. ikutkan majoriti size badan player Sepanyol ni kurang lebih orang kita jer kat Malaysia ni.. bila lah pasukan kita akan merasa ke World Cup pulak ek.. entohlah.. kalau betul2 perancangannya dari sekarang tak mustahil boleh punya.. yang penting yakin boleh.... World Cup 2010 di Africa pun telah mempopularkan seekor sotong kurita bernama Paul.. hehehe semua tau kan.. si penilik psikik yang leh meramal pasukan mana menang dan kalah.. 7 perlawanan dari negara Jerman si Paul ni teka semuanya betul ajer... dah tu final pun dia meneka dengan tepat Sepanyol yang menang... kita sebagai umat Islam tak bolehlah percaya sebab Qada Qadar Tuhan yang tentukan... Adios...z