Isnin, 6 September 2010

sesuatu dalam hati terpendam....

Apakah yang anda lakukan sekiranya anda selalu dijadikan kambing hitam, apakah juga anda lakukan sekiranya anda di tuduh itu dan ini padahal anda tak lakukan itu semua, inilah dunia... bila ada sesuatu kesalahan akan dihempap dengan batu yang berat kepada orang yang dikata membawa masalah itu... lagi satu cerita apa yang anda dapat rasakan... start dari umur 3 bulan anda dijaga bukan ibu bapa anda sendiri... anda seorang lelaki... pada masa itu nenekda anda yang menjaga anda dari umur sekecil itu.... sampai anda dibelai dimanja oleh nenekda anda ibarat ibu dan ayah anda.... kasih dan sayang nenekda anda kepada anda ibarat ditatang minyak yan penuh... tiada tolok bandingannya.... tetapi episod suka dan duka anda dengan nenekda anda hanya anda mencapai umur 7 tahun... selepas itu ibu da bapa anda ingin menjaga dan mengambil kembali anda walau ditentang nenekda anda, sebab kasih dan sayang nenekda anda memang tidak ada tolok bandingannya, alasan... untuk menyekolahkan anda... takut anda tak jadi orang baik... padahal ikutkan logik anda dijaga sebegitu elok oleh nenekda anda... padahal anda langsung tak kenal apa itu kasih dan sayang dari ibu dan bapa anda sebenar... realitinya anda diambil juga oleh kedua ibu bapa anda, dengan drama air mata yang cukup shahdu oleh nenekda anda tercinta... dia tak boleh terima anda dibawa begitu sahaja, anda pula di letak dalam kereta dan dikunci supaya anda tak kemana-mana... anda digula-gulakan beli permainan untuk anda setuju tinggal dengan ibu bapa anda... walau anda menangis memanggil nenekda anda berkali, sampai tangisan tu dah takda suara... itulah keadaan anda pada umur 7 tahun... tanggungjawab ibu bapa untuk menjaga anda pula... tapi hakikatnya jiwa anda adalah dengan nenekda anda... dialah ibu dialah ayah, dialah nenek, dialah datuk... tapi apakan daya seorang nenek untuk menghalang anaknya mengambil cucunya... apa haknya... cerita itu pada tahun penghujung 1986... pada ketika itu memang budak-budak lagi... tetapi ingatan ini tak boleh lupa apa yang terjadi pada masa itu..

Setelah bertahun-tahun... sekarang umur pun dah 30 dah pun berumah tangga... anak pun dah 2... realitinya.. nenekda dah pun meninggal dunia yang fana ini pada julai 2007...Al-Fatihah, kenangan dengannya takkan ku lupa... kasih dan sayang kepadanya tiada tolok bandingannya... aku kehilangan seseorang yang dalam hidupnya kasih sayangnya untukku... aku realitinya tidak pernah tahu apa itu kasih dan sayang, sebab diikutkan aku bukan anak yang di puja-pujapun... bayangkan selama ini... segala apa yang berlaku semuanya akan menuding jari keatasku... oh... tetapi aku tetap ada mak... dia yang melahirkan ku... dia faham situasi anaknya... tetapi kelompok yang tak kenal dek untung dan lupa diri inilah yang merosakkan, cuba mensabotaj hubungan aku dengan mak... aku percaya walau seteruk mana sekelompok mensabotajku... lagi kuat aku mengharungi hidup ini... kalaulah arwah nenekku ada... rasanya teruk diaorang kena... Al-Fatihah untuk nenekku..

Pengajarannya.. sekiranya anda berumahtangga, ada anak, sayangi lah anak-anak anda, didiklah anak-anak anda dengan kasih dan sayang, jangan sampai mereka pun kempunan kasih sayang anda... jagalah keluarga anda dengan ikhlas dan selalulah bersyukur... berdoa, menjalankan perintahnya... walaupun aku sendiri tak rasai kasih sayang seorang bapa, takda kenal apa itu sayang kepada adik beradik, aku bersyukur kerana aku dah pun menjadi seorang bapa kepada kedua anakku yang kusayangi... InsyaAllah dengan khudrat ini aku akan jalankan tanggungjawabku kepada anak dan isteriku serta keluargaku... kepada insan-insan yang sentiasa mensabotajku.... insaflah... moga Allah memberi pintu hidayah... amin...

(sebahagian cerita ini adalah dari novel ks)