Selasa, 11 Oktober 2011

betul tu abe bob...


ok abe bob.. dekat Malaysia ni ada undang-undang.. senang cerita.. memang niat abe bob nak berdakwah.. tapikan saya nak bertanya abe bob ni berdakwah atas nama Islam ke atau atas dasar politik sempit pas yang abe bob agungkan.. kamon abe bob.. kawe setuju je abe bob mengajak ore menajadi baik... tapi kan abe bob... kalau kita nak berdakwah... kita kena ada tauliah... dan ada ilmu agama yang betul-betul mengajar orang berbuat kebaikan dan menjadi Islam sejati... ya betul abe bob memang marah beno bila JAIS menahan abe bob kerana mengajar agama tanpa tauliah... kalau macam tu abe bob.. berapa ramai yang boleh suka hati mak bapak dia orang, walau tanpa tauliah membuat ceramah dekat Surau-Surau dan Masjid... yelah asal belajar agama sendiri menggunakan google... dan belakon sikit tunjukkan kita ini betul-betul berilmu dari google tanpa berguru... erm... ramai lah nak jadi camtu... silap hari bulan senang je dah digelar ustaz... rosak Islam bea bob... saya setuju je abe bob buat ape pun demi kebaikan... tapi jangan pulak menjadi hipokrit demi perubahan diri... kita berumah demi Allah bukan demi pasngok tu... cuma satu soale.. duit royalti tu yang abe bob dapat masa jadi artis dulu tu... kira macamana ek... ades... tapi tulah abe bob ni sudah menjadi panglima bagi pihak pas... hehehe.. bukan kerana Islam... pas... pas bukan memperjuangkan agama pun... merosakkan ummah... ada faham....


Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman hairan dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sambil mendakwa beliau ditahan malam tadi bukan kerana isu agama tetapi “untuk Umno.”

Sehubungan itu, beliau juga mempersoalkan mengapa Jais menahan beliau setelah menjadi baik sekarang, tetapi tidak ketika dia sedang bergelumang dalam arus keduniaan sewaktu berada dalam dunia hiburan dulu.
..........
Tindakan Jais itu disifatkan oleh beliau seolah-olah mahu menyekatnya supaya tidak menjadi baik, sebaliknya untuk mendorongnya agar terus hanyut dalam arus keduniaan seperti masa lalu.

Menurut Bob Lokman, walau apa pun halangan yang menimpa, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya sekarang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan terus meninggalkan kehidupan glamour serta penuh kelalaian.
...........
“Saya tidak kira soal larangan dari Jais atau sebarang pihak untuk saya berceramah. Jika larangan itu bukanlah yang patut saya ikut, saya tak akan ikut,” katanya dipetik Harakahdaily.

Begitu juga dengan sekatan yang dikenakan oleh Jabatan Agama Islam ke atas beliau untuk menyampaikan ceramah disebabkan tidak mempunyai tauliah, perkara itu juga tidak berbangkit dalam kehidupannya.

“Tauliah itu bukanlah satu perkara yang penting. Perkara yang penting bagi saya adalah melakukan pekerjaan yang baik iaitu kerja-kerja Islam.

“Jadi, kenapa mesti ada sekatan ke atas saya dan kenapa pula saya mesti patuhi sekatan-sekatan itu sedangkan yang saya sampaikan kepada orang ramai itu adalah perkara yang betul,” katanya.
...........
“Saya juga tidak merasakan perlu mematuhi arahan itu kerana pada saya mereka yang melakukan tangkapan ke atas saya itu bukan melakukan kerja untuk agama, tetapi untuk Umno,” katanya.
...........
“Pada saya, apa yang dilakukan ke atas saya itu jelas arahan politik. Jadi tak perlulah saya ikut arahan mereka itu, malah pada saya mereka bukanlah orang yang wajar saya hormati,” katanya.
...........
Menyentuh tentang tauliah untuk menyampaikan ceramah, beliau juga menegaskan tidak perlu baginya untuk mendapatkan tauliah tersebut kerana tindakan itu juga jelas mempunyai kaitan dengan permainan politik Umno BN.

“Amat pelik dengan apa yang dilakukan ke atas saya. Saya ditangkap setelah saya selesai menyampaikan ceramah. Pada hal jika mereka tak mahu saya berceramah di masjid itu, mereka sepatutnya menangkap saya sebelum berceramah.
...........
“Jadi, ini amat jelas tangkapan atas arahan politik Umno BN, bukannya tangkapan kerana kerja-kerja Islam, manakala saya pula melakukan kerja-kerja Islam, jadi tak perlulah saya ikuti arahan mereka itu,” tegas beliau.

ps: Yb dap pun selambe je bagi ceramah dalam masjid... pas punya la buat bodo.. ini pulak orang yang katenye berubah demi Islam...atau demi pas...

2 ulasan:

  1. Mana ada kerajaan halang orang jadi baik... apa punya ayat... macam orang tak sekolah...fikiran sempit...kalau jadi artis tu jahat ke??? kalau tak jadi artis baik???

    BalasPadam
  2. tau takpe.. ayat skema ini bob

    BalasPadam