Jumaat, 23 Disember 2011

MEREKA MENGARANG AYAT CINTA KEPADA HASSAN ALI.. ai juak-juak


mungkin nak mempertahankan parti ker atau mempertahankan individu? itu yang memeningkan pentabsub paih.. dan bila macam-macam serangan sama-sama mereka dengan sorang kata ini, sorang kata itu.. erm nampak sangat kecelaruan pas semakin teruk.. rakyat melihat ini memang satu faktor kekalahan teruk pas di pru13 nanti atau kepoweran pas menambah lagi kerusi... erm bagi aku.. semakin dashyat drama ini.. makin panas berdengung dalaman pas.. yelah sampai nik ajiz termasuk hospital stress kot... hehe... jadi datuk hassan ali ada pendirian dia. ISLAM, MELAYU DAN INSTITUSI RAJA BERPELEMBAGAAN... pas mana suka dengan melayu kan.. tapi nak undi nak undi melayu.. heh..


Surat terbuka kepada Hasan Ali


Syed Abdullah Jamalullail, Ampangan, Seremban.


Datuk Dr Hasan Mohd Ali sepatutnya musabahkan diri dan bukannya cuba untuk mengeruhkan suasana kepada organisasi yang begitu berjasa kepada beliau dengan diberikan kepercayaan sepenuhnya untuk bersama-sama memimpin bagi memperjuangkan ataupun berjihad demi untuk menegakkan daulah Islamiah di negara yang tercinta ini.


Cuba bertenang dan kenangkan kembali jasa-jasa parti PAS yang telah memberikan ruang dan peluang semasa Datuk Dr Hasan Ali tersepit apabila digamkan oleh RTM dalam program Forum Perdana Islam yang sangat popular di masa itu yang mempunyai jutaan penonton setia setiap hari Khamis malam Jumaat.


Masih ingat lagi di antara yang kena tindakan digamkan daripada menyertai program itu 2 orang lagi tokoh yang tidak asing lagi kepada umat Islam di masa itu ialah Datuk Ismail Kamus dan Datuk Dr Haron Din.


Mereka bukan sahaja dikenakan tindakan tidak dibenarkan untuk berceramah dalam Forum Perdana tetapi apa juga rancangan yang bersabit dengan pemerintah tidak lagi dijemput untuk memberikan syarahan agama.


Lalu ketiga-tiga tokoh agama yang disegani masyarakat Islam ini termasuk Datuk Dr Hasan Ali menjadi ahli PAS dan berjuang di dalam PAS sehingga ketiga-tiga tokoh ini mendapat tempat di peringkat tertinggi di dalam parti dan perjuangan mereka ini sedikit sebanyak telah membantu untuk memenangi hati rakyat menyokong parti PAS kerana ketokohan mereka itu terserlah sebelum masuk PAS lagi.


Datuk Dr Hasan Ali adalah seorang pemimpin yang berwibawa dan mampu memimpin dalam bukan sahaja memperjuangkan agama tetapi juga pakar di dalam segi pengurusan pentadbiran kerana beliau pernah bertugas di dalam sektor kerajaan sebagai pegawai kanan di beberapa kementerian sebelum menjadi pakar motivasi yang terkenal di masa itu.


Tidak hairanlah mengapa parti PAS memberikan jawatan-jawatan penting di dalam parti dan pernah pula menjadi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dalam satu masa hanya kerana mahu beliau memperjuangkan Islam melalui parti Islam PAS.


Tetapi kini kami agak sedih dan begitu kecewa kerana Datuk Dr Hasan Ali yang kami bergantung harapkan untuk berjihad kepada menegakkan daulah Islam itu tergamak meluahkan perasaannya menuduh kepimpinan parti PAS sebagai tidak relevan lagi kerana bukan lagi memperjuangkan Islam tetapi telah bertukar arah kepada menjadikan negara ini kepada sebuah negara kebajikan.


Datuk Dr Hasan Ali mesti faham bahawa kebajikan adalah salah satu cabang yang tersangat penting didalam menegakkan dakwah kepada Islam dan itu sebabnya ianya termasuk dalam Rukun Islam yang keempat daripada 5 rukun Islam yang diwajibkan kepada setiap umat yang mengaku dirinya Islam itu.


Umpamanya salah satu cara ialah membayar zakat di mana zakat yang dikutip itu adalah dinamakan juga sebagai kebajikan untuk membantu umat Islam yang kurang bernasib baik.


Dalam Islam pun ada garis panduan yang mesti dipatuhi sebelum pergi ke puncak terlebih dahulu mestilah mempunyai bekalan yang cukup dan ianya termasuklah berkebajikan kepada umat Islam itu sendiri.


Datuk Dr Hasan Ali, seorang tokoh yang mempunyai kelulusan PhD dan dianggap sebagai seorang profesional patut sedar bahawa memburuk-burukkan 'rumahtangga' sendiri yang membantunya semasa susah dan tersepit tidak harus melakukan kesilapan sebegitu.


Janganlah terlalu emosional kerana kalau tidak sebulu lagi dengan kepimpinan parti PAS sebaik-baiknya berundurlah secara hormat dan pilihlah jalan sendiri jika ingin berjuangkan Islam melalui kaedah parti lawan.


Kalau Datuk Dr Hasan Ali keluar dengan secara hormat pemimpin dan ahli PAS semua menghormati juga dengan keputusan itu dan masih menganggap beliau sebagai tokoh tetapi apabila sebaliknya apa yang berlaku berkemungkinan ianya telah menghancurkan harapan kami semua apa yang kami harapkan.


Walau apapun tiada rasa dendam kerana Islam mengajar kami begitu tetapi terguris juga.


Dalam pada itu kami ucapkan selamat maju jaya kepada Datuk Hasan Ali yang mahu berjihad mengikut caranya sendiri dan mungkin melalui parti yang lain beliau ceburi nanti dan akhir sekali ingatlah pepatah ini 'tempat terjatuh lagi dikenang'.

ps: teranglah macamana pun berkebajikan ke berkebajingan ke.. pas tetap pas.. cakap saja pandai.. melaksanakan... korang tonggeng bontot la.. hehe..

4 ulasan:

  1. surat berkenaan boleh disamakan macam surat yang dihantar oleh juak PKR untuk minta ketua umum letak jawatan. apakah keadilan daily akan publish?

    sekadar bertanya

    BalasPadam
  2. Dari segi penulisannya, nampak ianya lebih bersifat akademik. Penulis masih kabur mengenai Negara Kebajikan dalam konteks politik. Penulis sepatutnya menyelami Dato Dr Hassan dari sudut politik PR masa kini.

    Penulis, saya kira berada diluar kancah politik sejagat, lantas menyesali tindakan 'kata2 canggahan' Dr Hassan. Bagi saya Dr Hassan bertindak jujur, dan Dr Hassan dan beberapa orang yang lain menyertaan PAS kerana percaya dengan perjuangan asal PAS itu sendiri. Namun kini segala harapan mereka daripada PAS telah berkecai.

    Nasihat saya, supaya penulis cuba menyelami dan memberikan fokus membincangnya dari sudut politik, dengan meletakkan Agama Islam, Bangsa Melayu dan Kedaulatan Raja Raja Melayu sebagai keutamaan.

    Tahniah Dato Dr Hassan, Dato Dr Haron, Dato Tayyib Azzimudin dan beberapa pejuang lain yang bersama mereka. Prinsip dan halatuju perjuangan kalian yang jelas akan dikenang oleh hanya mereka yang tidak buta politik.

    BalasPadam
  3. BRO..TAK SUSAH KITA NAK PHM PUN..HASAN ALI TETAP PERTAHANKAN KEDAULATAN 3 PERKARA..ISLAM, MELAYU DAN INSTITUSI RAJA2..PAS DULU CUKUP KONSISTEN PERJUANG NK TEGAKKAN NEGARA ISLAM..TP SYG..ADA SEGELINTIR ULARMAK MCM WALLY SLIPAU YG GILE KUASA JUGAK. BILA DH JOIN DAP N PKR MAKA BERTAMBAH HARU BIRU LER..PAS TERBELAH 2..ULAMA2 MCM HARUN DIN PUN DH KENA SEPAK DARI BARISAN KEPIMPINAN. APE YG TINGGAL LAGI KAT ATAS TU SELAIN PENYANGAK2 ERDOGAN!..PAHAM2 AJE LER HUHUHUHU

    BalasPadam
  4. pas takkan setuju apa hassan ali perjuangkan tu.. sebb mereka mesti anggap itulah perjuangan umno... erm pas mereka sendiri tak betul.. dan dalaman sendri kitaikan pemimpin atasan kerana tak betul.. tapi orang lain pulak kena.. asik2 umno2...

    BalasPadam