Selasa, 20 Disember 2011

PAS DI HENYAK-HENYAK KAW-KAW...

macam biasa belasah tetap belasah parti angguk saja.. kerana ini lah masanya menelanjangkan parti pas yang semakin terpesong dari arah perjuangan sebenar... dan dato hassan ali membantai tulang rusuk, lagi dan lagi sehingga pemimpin sekular dalam pas dah menghantukkan kepala mereka di dinding berkali-kali... dap tuan besar dalam pakatan dah berdengus-dengus pernafasan mereka kerana dah menyirap dah dengan hassan ali ni... haha.. tahniah datuk... kalau datuk duduk diam ajer.. dah tentu mereka ni akan serang tahap dewataraya dekat datuk.. so dengan nada tegas datuk tempeleng seko-seko pemimpin dalam pas... maka mengigil mereka nak cari point nak hentam datuk kembali... so tahniah lagi sekali... saya sokong cara datuk berjuang kerana perjuangan datuk kearah kebenaran... dan bukan ke arah kesongsangan...


Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyifatkan partinya itu kian tergelincir daripada perjuangan asal dan berdepan kemungkinan hilang sokongan sekiranya terus meminggirkan perjuangan memartabatkan Islam.

Katanya, Pas perlu kembali ke pangkal jalan dan kepimpinan sedia ada perlu memikirkan jalan terbaik mengembalikan parti itu kepada perjuangan asal iaitu menegakkan sebuah negara Islam.

“Pas sekarang sudah dipenuhi dengan golongan profesional dan akademik yang bersifat sekular berbanding sebelum ini yang menyaksikan parti ini dikuasai golongan ulama.

“Saya berjuang bagi memastikan matlamat Pas diletakkan kembali di landasan asalnya bagi memastikan semangat perjuangan Islam itu menjadi teras dalam perjuangan Pas,” katanya pada sidang media di kediamannya, semalam.

Exco Kerajaan Negeri Selangor itu berkata, konsep Negara Berkebajikan sepatutnya tidak perlu menjadi pegangan Pas ketika ini kerana banyak negara lain dalam dunia mempraktikkan konsep sama.

"Tetapi, untuk meletakkan asas negara Islam, Pas memerlukan ulama yang dapat menggarap Islam dalam konteks kehidupan moden dan saya melihat ulama Pas terdahulu berjaya membawa Pas ke arah ini.

“Saya secara peribadinya mahu mempertahankan Pas (berjuang membentuk negara Islam) dan saya yakin hampir ke semua ahli di dalam parti ini menyokong usaha yang saya lakukan selama ini,” katanya.

Hasan berkata, beliau mempunyai bukti sokongan terhadap Pas semakin berkurangan sejak kebelakangan ini rentetan situasi semasa parti.-SH

ps: pas is death... hahahahaha

2 ulasan:

  1. Bukan setakat tergelincir, tetapi dah hanyut dari dulu, tetapi Hassan Ali x sedar, dah nsk karam baru sedar.,,,kesian kat puak ada PHD, dgn Mat Sabupun kalah....lekeh....lekeh...

    BalasPadam
  2. Ahzab Malaysia (Pas, PKR DAP)pasti akan hancur.......kepada semua pegikut ahzab nertaubatlah sebelum terlambat

    BalasPadam