Selasa, 27 Disember 2011

pas yang pasti dap...

BACA WAHAI PENTABSUB PAIH..!!!

Orang Pas perlu baca ini.
Orang Pas menyuruh saya berhenti menulis dan jangan campur tangan urusan rumah tangga mereka mengenai kedudukan Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa yang diibaratkan duri dalam daging. Menurut Pas, biarlah mereka tangan sendiri masalah dalamannya. Orang luar tidak perlu campur tangan.

Benar, saya mengakui, tetapi tidak perlulah menyuruh saya berhenti memberi pandangan, kerana kebebasan ini dijamin Perlembagaan.

Kenapa tidak suruh ultra kiasu yang terang-terang menghina Islam dan melakukan kemungkaran berhenti bercakap dan menulis. Manakah yang lebih bahaya, saya atau ultra kiasu?.

Pas sepatutnya berasa beruntung dan bersyukur kerana ada ahlinya bernama Hasan dan Nasharuddin. Orang seperti ini perlu wujud bagi menegur Pas supaya kita tidak terlalu syok sendiri atau terlalu tertutup. Teguran sebegini agak sukar diterima oleh Pas. Ternyata segelintir orang Pas lupa, saya adalah ahli akademik - berhak memberikan pandangan mengikut bidang dan perspektif saya, asalkan tidak menyentuh sensitiviti agama, kaum dan Perlembagaan. Apatah lagi menyeru agar umat Islam bersatu, sudah menjadi satu kemestian yang mendesak.

Jika masih ada beranggapan kita tidak boleh menyentuh sesuatu parti sebab ‘orang luar’, saya pun boleh katakan Pas jangan campur tangan atau memberi pandangan tentang Umno kerana Pas adalah orang luar Umno.

Umno lebih tahu hal Umno, daripada Pas. Kenapa Umno dikritik begitu hebat, seolah-olah semua Umno lakukan salah, yang betul hanya Pakatan Rakyat dan ultra kiasu? Kita hanya manusia biasa, tidak lari dari salah dan silap. Saya sendiri tidak semuanya betul, saya bersikap terbuka. Komen negatif dalam blog, saya biarkan, kecuali mereka mencarut atau menggunakan bahasa lucah.

Dalam Islam, nasihat dan teguran tidak mengenal kawan atau lawan, sebab kita tidak maksum, kecuali para Nabi. Hatta, para sahabat sekalipun dijamin masuk syurga, pun ditegur oleh mereka sezaman dengannya. Inikan pula pemimpin parti politik yang sentiasa diperhatikan rakyat perlakuannya.

Belajarlah daripada Hamas dan Fatah. Kedua-dua parti ini boleh diibaratkan seperti Pas dan Umno. Hamas dan Fatah begitu terbuka. Inilah ciri orang mahu berjaya. Kepentingan umat Islam didahulukan, daripada kepentingan parti dan peribadi. Bukan seperti kita, asyik berdolak-dalik. Sekejap Negara Islam, sekejap Negara Berkebajikan.

Hamas berfahaman Islam, menolak Amerika dan kuncunya Israel, manakala Fatah bertindak sebaliknya, berfahaman nasionalis, cuba berbaik dengan Amerika dan Israel. Dua parti saling bertentangan. Namun, kebangkitan rakyat di negara Arab memberi kesan dalam mengubah persepsi politik mereka. Bersatu demi kepentingan agama dan bangsa. Begitu juga dengan Pas dan Umno. Saya tidak nampak ada halangan besar di situ. Dalam Islam, kita tidak boleh menerima semua dan menolak semua, kecuali dalam perkara kebaikan.

Penyatuan hanya berlaku jika pemimpin bersikap terbuka dan bersedia memaafkan antara satu sama lain. Pelbagai salah laku pemimpin hari ini membuatkan rakyat jelak. Apa sahaja cuba dilakukan, semuanya salah.

Saya masih ingat lagi, apabila kita menentang dakyah Kristian yang bercanggah dengan Perlembagaan, maka kita dikatakan bersekongkol dengan Umno yang mahu memenangi hati pengundi Melayu, disebabkan pengaruhnya yang didakwa semakin merosot.

Kedua, apabila kita melaungkan kesatuan, kita dicop menyokong Umno, sebab Umno dikatakan terdesak. Sedangkan kedudukan Islam semakin parah.

Ketiga, apabila memperjuangkan kesatuan Melayu Islam, kita dituduh rasis seperti Umno. Apa jua kebenaran dibangkitkan, jawapannya Umno! Umno! Umno. Ultra kiasu yang jelas memperjuangkan bangsa, terang-terang dikatakan memperjuangkan Malaysian first.

Baru-baru ini ultra kiasu mengeluarkan pendapat, mereka menolak “politik diskriminasi” Umno yang mendahulukan Melayu dan meletakkan rakyat Malaysia di tempat kedua.

Menurut ultra kiasu lagi, Umno selalu memetik Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan untuk mewajarkan agenda perkauman mereka. Persoalan saya, adakah ultra kiasu tidak rasis?

Jika tidak percaya, cuba sentuh sedikit hak mereka. Lihatlah reaksinya. Misalnya, isu mengenai kantin sekolah Cina yang perlu menyediakan makanan halal. Lihatlah reaksi mereka!

Kita hanya dinobatkan wira, hanya apabila kita mengkritik kerajaan atau Umno. Jika tidak, selama-lamanya kita akan dilabelkan sebagai tali barut Umno.

Justeru, saya menyeru, keegoan dan prejudis pemimpin hari ini. mesti diketepikan jika ingin memastikan nasib umat Islam terjamin dan terbela.

Kita harus belajar dari Hamas dan Fatah. Hamas dan Fatah berselisih sejak Hamas memenangi pemilihan Parlimen Palestin pada Januari 2006. Kenapa hari ini mereka boleh duduk semeja? Jawapannya mudah. Masa lalu dilupakan, masa kini dan akan datang adalah segalanya.

SH

2 ulasan: