Jumaat, 23 Disember 2011

PAS KATA JADI BODO PIANG TAK PA..

dah macam-macam dah pas... perbalahan dalaman semakin menjadi buah mulut.. dan hadi awang dah tak bley tahan... dia pun... ish ish... hehe.. dia pun sound balik kepada perjuang Islam sebenar dalam pas. Hassan Ali...erm bertelagah sesama sendiri.. dan yang nama naik untuk di sparing oleh juak-juak nanti gerenti umno.. ek ala.. tu lah pas.. mana orang tak angin.. dok sanjung dap macam tuan puteri... sampai lupa nak jaga Islam, melayu dan institusi raja-raja... balik-balik kata jerat umno.. sana sini umno bn.. salah sendiri tak pun nak tengok.. hassan ali kata.. dia nak pas yang macam dulu.. dah dah puak-puak endorgan tak leh tahan telingga kata hassan ali nak berperang dengan parti sendiri.. apa da...


Seluruh anggota Pas diingatkan supaya mengikut haluan dan hala tuju parti serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan fahaman sahaja. 


Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sesiapa yang berlagak pandai dan menganggap dirinya paling bijak dalam Pas pasti tersungkur serta menjadi mangsa serigala politik musuh.


Menurutnya, setiap ahli seharusnya menyedari bahawa tindakan bersendirian dengan membelakangkan parti pasti akan gagal namun Pas tetap selamat dan menjadi parti Islam yang makin gagah perkasa.


“Seluruh ahli Pas wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera parti dengan setiap pengalamannya walaupun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya perjuangan Islam.


“Pas telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman dengan kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam atau kalangan bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

ps: jangan memandai-mandai tapi jadi bodo piang on. aje.. ok..hehe.. pas is death..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan