Jumaat, 16 Disember 2011

PAS KATA KEGAGALAN MEREKA DISEBABKAN UMNO


ai pok nik.. gapo dio ni.. hok kelate ni dah 21 tahun demo dok perintah.. ape kemakmuran yang demo bagi dekat rakyat kelate pok nik... erm.. kalau sendiri punya negeri pun payah dah nak cakap.. hanya nak salahkan orang saja.. bagi orang lain je lah.. memimpin.. kalau pentabsub-pentabsub paih ni anggap tak ngape pok nik ok je jaga kelate... ok.. itu sebahagian kamu yang lain.? sampai bila isu air nak selesai.. nak salahkan umno lagi alahai... dalam kehebatan seorang pemimpin Islam.. kena buatkan segalanya terbaik untuk rakyat... ini dengar cerita masjid 1 je boleh buat... dan alasan pentabsub pas... masjid bukan ukuran dalam pembangunan Islam.. erk... dan ini fakta.. hiv di kelantan adalah paling tertinggi kalau nak dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain... aduhai.... aduhai....

lantak lah pas.. bongkak benor korang ni...

Pembangunan Rancangan Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) di Kelantan yang menerima peruntukan sejumlah RM19 juta dibawah RMKe-9 didapati mengalami kelemahan pengurusan.

Melalui peruntukan RM19 juta itu kerajaan Negeri merancang membina tujuh projek RAKR melibatkan 838 unit rumah.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 dengan pengauditan dijalankan September hingga Disember, menyatakan pengurusan RAKR tidak memuaskan dan mengalami kelemahan, walaupun sejumlah RM8.33 juta dibelanjakan sehingga akhir tahun lalu.

Pengauditan ditumpukan kepada tiga lokasi iaitu Bandar Jeli, Gaal di Pasir Puteh dan Gunong di Bachol.

Antara kelemahan tersebut:

* Dalam tempoh RMKe-9 tiada langsung projek RAKR dibina sebagaimana yang dirancang.

* Pembinaan projek sambungan RMKe-8 secara usaha sama melibatkan dua blok pangsapuri yang mempunyai 160 RAKR tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

* Sebanyak 56 daripada 100 unit rumah yang dibina di RAKR Gaal, Pasir Puteh belum dapat dijual walaupun projek tersebut siap tahun 2007.

* Sehingga akhir tahun 2010, tunggakan ansuran sewa beli dan sewa rumah berjumlah RM9.40 juta.

* Seramai 56 pembeli belum menjelaskan bayaran pembelian rumah secara terus berjumlah RM2.45 juta walaupun rumah tersebut diduduki/diserah kunci melebihi setahun.

Laporan itu turut menyatakan sepanjang tempoh perlaksanaan RAKR Kelantan (1976-2010) sebanyak 4,768 unit rumah dibina oleh kerajaan Negeri.

Daripada jumlah itu sebanyak 3,746 unit dibina untuk jualan secara sewa beli, 778 unit untuk jualan terus manakala 244 unit lagi untuk disewa.

Selain itu sebanyak 160 unit lagi sedang dalam pembinaan secara usaha sama antara kerajaan Negeri dengan pihak swasta.

Projek ini dibangunkan di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu yang merupakan projek sambungan RMKe-8.

Audit turut memberi pandangan bahawa kelemahan perancangan menyebabkan pelaksanaan projek RAKR di Kelantan tidak dapat dilaksanakan.

Kegagalan Kerajaan Negeri membina rumah sebagaimana yang dirancang menyebabkan rakyat memerlukan rumah kos rendah tidak dapat memilikinya terutama bagi 1,913 pemohon yang berdaftar dalam SPT sehingga akhir tahun 2010.-FMTa

1 ulasan:

  1. PAS jangan main taici. Orang lain jugaklaaa...yg salah. sendiri tak. Keua2 PAS memang hendakkan ahli2nya berada pada tahap bodo kerana mereka akan selamat. Jadi tak ada siapa yg akan mengancam kedudukan mereka. Ketuanya memanglah cerdik. Yg bodonya ahli dia shj. Padahal ahli2nya lah yg meletakkan ketua di tempat mereka berada sekarang. Memang jenis yg tak tahu diuntung. Kalau kita berfikiran sempit dan taksub, maka kat situ sajalah kita akan berada. Orang lain dah jauh kat depan, kita masih jugak kat situ sampai bila2. Sungguh malang melayuku.
    sekian.

    BalasPadam