Ahad, 18 Disember 2011

PAS KLON DAP...UMNO YANG KENA...

cuba kita lihat dan perhatikan perangai pas sekarang beb.. semua tau.. semua faham.. pas dah semakin nak jahanam dek kerana menjadi hamba tuannya dap.. ramai juak-juak menafikan.. tetapi banyak bukti jelas yang pas sememangnya menjadi balaci dap dalam pakatan... ibarat nak sorok bangkai vavi dengan menutup dengan suratkabor harukaka.. hehe.. jangan mara aa nanti kena jual.. ape lagi nak cakap.. apa lagi nak kobarkan.. itulah yang terjadi... so pakat-pakat yang dah semakin sedar tu blah je dari pas... selagi anda dengan pas.. anda akan menjadi rosak... rosak akhlak... beware of pas...

sumber utusan online

Pas berubah selepas bersama Anwar, DAP
KUALA LUMPUR 17 Dis. - Pas telah meninggalkan perjuangan Islam sebaik sahaja parti itu bersahabat dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, disebabkan perubahan itu juga agenda perjuangan memartabatkan Islam di Selangor oleh bekas Pesuruhjayanya, Datuk Dr. Hasan Ali tidak disenangi oleh kepemimpinan parti khususnya di peringkat pusat. 


Beliau berkata, rakyat perlu sedar dengan perkembangan itu kerana sejak Pas bersekutu dengan Anwar serta DAP, parti tersebut telah mengalami perubahan drastik sehingga ke tahap terpaksa mengorbankan agenda perjuangan Islam. "Pas lebih mementingkan nilai keduniaan iaitu kemenangan pada pilihan raya daripada meneruskan agenda perjuangan Islam sedangkan inilah perjuangan yang sepatutnya mereka utamakan. "Akhirnya pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan Islam seperti Dr. Hasan Ali akan diketepikan kerana tidak selari dengan perjuangan Pas walaupun apa yang dilakukan oleh Exco Selangor itu adalah perjuangan asal Pas," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini. Beliau yang juga Timbalan Presiden Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang mengulas cabaran Hasan dalam usahanya memartabatkan Islam di Selangor. 


Bagaimanapun, pendirian Hasan yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu tidak disenangi oleh beberapa pemimpin Pas sehingga namanya disebut-sebut digugurkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Terbaru, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dalam sebuah akhbar bahasa Inggeris telah menyerang Hasan dengan mendakwa kenyataan bekas Naib Presiden Pas itu seolah-olah menggambarkan parti itu tidak lagi mempertahankan Islam. Mohamed Hafiz berkata, pemimpin-pemimpin lain yang sepatutnya meninggalkan Pas dan bukannya Hasan kerana disebabkan mereka matlamat asal perjuangan Pas telah berubah. "Mereka ini diumpamakan anai-anai di dalam parti dan ia pernah disebut oleh Salahuddin Ayub ketika menjadi Ketua Dewan Pemuda Pas pada muktamar parti 2005. "Di dalam muktamar itu saya memberi sokongan penuh terhadap kenyataan itu," katanya. 


Dalam pada itu Mohamed Hafiz berkata, sebahagian besar ahli di peringkat akar umbi menyokong penuh tindakan Hasan di Selangor kerana itulah agenda asal perjuangan Pas. "Ini bukan saya yang kata tetapi ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi yang kata. Saya tidak nafikan ada yang menyokong pemimpin-pemimpin Pas Pusat tetapi harus diingat sebahagian besar mereka berdiri teguh di belakang Dr. Hasan. Mereka melihat Dr. Hasan telah melakukan sewajarnya untuk Islam "Begitu juga nasib yang menimpa bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa. Beliau juga masih mendapat sokongan daripada ahli di peringkat akar umbi," katanya. Beliau berkata, mereka disisihkan kerana berusaha memperjuangkan sesuatu yang amat bertentangan dengan perjuangan Anwar dan DAP.


Sementara itu Mohamed Hafiz berkata, selagi Pas tidak keluar daripada pakatan pembangkang selagi itu parti tersebut akan gagal dalam agendanya memperjuangkan Islam. "Saya yakin dan cukup percaya Pas sedar yang mereka tidak akan berjaya menegakkan syiar Islam walaupun pakatan pembangkang menang pada pilihan raya. Realitinya PKR dan DAP tidak mahu syiar Islam ditegakkan. "Cuba lihat kenyataan-kenyataan pemimpin daripada kedua-dua parti itu. Apa pendirian mereka terhadap Islam? Mustahil pemimpin Pas tidak menyedari tentang perkara ini," ujarnya

3 ulasan:

  1. Dap dah faham isle.. jadi Dap sajo yg layok ganti Pas...

    BalasPadam
  2. PAShit adalah ranting dalam PKR dan cawangan melayu DAPig!!!

    BalasPadam