Rabu, 14 Disember 2011

PKR... keluar aja..


lagi keluar pkr.. ketua cabang parti keadilan rakyat (pkr) Lim Boo Chang, telah mengeluarkan dirinya dari parti rakus dan menyertai gerakan... dah tentu dia boleh fikir kenapa dia harus keluar dari parti yang rosak akhlak ni... dia boleh berfikir mana baik dan mana buruk... tetapi yang still lagi mengikut pkr tu.. mungkin ada permasalahan pemikiran rasional kot...

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lim Boo Chang mengumumkan beliau keluar daripada parti itu berkuatkuasa serta-merta dan menyertai parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN).

Boo Chang berkata, beliau keluar daripada PKR selepas hilang keyakinan terhadap parti itu yang gagal menepati janjinya untuk mereformasikan rakyat, persaingan sesama sendiri yang melampau dan tindakan parti yang sering mengenepikan ahlinya.

Dalam sidang media sebentar tadi, Boo Chang juga mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Beliau yang merupakan Ketua PKR Bahagian Bukit Gelugor, kembali menyertai Gerakan yang pernah dianggotainya selama 15 tahun, iaitu daripada 1984 hingga 1999.

Surat perletakan jawatan dan keluar partinya itu diserahkan kepada presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut Lim, beliau pada mulanya tertarik dengan agenda pembaharuan PKR tetapi selepas tiga tahun, beliau mula hilang keyakinan kerana parti berkenaan gagal menunaikan janji-janjinya.

"Konflik antara anggota berterusan, jadi dengan hati yang berat, saya letak jawatan,” katanya.

ps: kalau keluar parti, biasa kita dengar, tak pas pkr, dap coming soon.. sebab rakyat dah buka mata chirakahai pakatan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan