Khamis, 17 Mac 2011

esok malam berangkat ke luar negeri

erm pagi-pagi buta mata tak mo lak nak tido... huh.. esok malam aku dan rakan berangkat ke tasik kenyir untuk sesi mengambil gambar lanskap tasik kenyir dan resort-resot ni, 1st pengalaman aku ni.. berdebar gak rasanya... tapi kerana tugas demi keluarga aku positifkan minda supaya segalanya berjalan lancar nanti, InsyaAllah... moga dipermudahkan... segala ilmu-ilmu yang ada akan aku praktikkan nanti.... selama ini aku banyak mengambil foto orang kawin je... sekarang pengalaman berharga untuk aku... gambar-gambar... permandangan, resort... semualah.... aku memang minat fotografi... ini adalah sumber minat aku dan sumber reseki aku sekarang ini...

target buat yang terbaik... sebab kalau ok, banyak lagi tempat peranginan yang mungkin diperlukan khidmat aku untuk sesi ini... belum cuba belum tau ye tak... hidup ini perlu cabaran... sebab tanpa cabaran apalah erti kehidupan kita.... teguhkan hati... tekadkan keyakinan... memang ada jawapan... Allah bersama-sama orang yang berdoa kepadanya... Ya Allah sesungguhnya rezekimu tersebar luas di muka bumi ini... hanya orang bersyukur sahaja diberkati... usaha.. doa, tawakkal.... dan sabar..... target seterusnya luar negara... mana tau rezeki yang lain ke... ok doakan keselamatanku rakan-rakan yang membaca blogku ini... hehehe...




Rabu, 16 Mac 2011

filem macam best tapi...

Hi apa kabo semua... erm ok kali ini nak cerita pulak pasal movie baru je den tengok potang tadi.. hehe UNDERDOG SOLDIER.... nampak tajuk wah, sebelum tengok la, ni mesti remaja-remaja dalam poster ni lawan balik dengan tentera elit... sampai puji lah... tapi realitinya ceritanya memang kearah itu, masalahnya banyak sangat tanda tanya... dari mana datang tentera-tentera muka macam orang jepun @ vietnam... hehe... aksi ok la boleh la tengok... best lagi merong mahawangsa rasanya.... aku secara ganasnya bagi 2 1/2 bintang je la.... tapi aku cadangkan tengok dvd je movie ni... hehe... ok next movie mau tengok battle of lost angeles... harap ok la dari skyline... macam happening je citenye...

oh keretaku

Assalamualaikum... pagi-pagi ni masa hidupkan enjin kereta.... kereta bunyi lain macam... dah 2 hari tak start, almaklumlah... guna moto je sekarang... jimat kononnya keke... tetapi dengan tetiba enjin keretaku bunyi lagi pelik... dalam hatiku berkata... dia buat dah.... dia buat dah.... $$$$ bakal ke bengkel la gamaknya... huhu.... tapi takpa sabar... ada hikmah ni... ye lah kereta pun usia dah hampir 8 tahun siut... ai kereta.... nanti aku transform ko jadi kereta..... baik punya ok??? kena selalu puji... kalau tak kereta merajuk... cit... heheh.... lalala hatiku girang sambil tensen keke... lalalalala oh keretaku....

aku tukar kete ni kang...

Selasa, 15 Mac 2011

support sikit

Assalamualaikum semua... ok macam ni kalau kawan-kawan di luar sana yang bakal menjadi raja sehari tahun ini.. ok boleh search facebook di link ini

klik sini

nak cari kad kahwin murah, foto kahwin mengikut bajet.. dan make up pun harga boleh kawtim... yang nyata ramai di sana mencari harga terbaik almaklumla kalau semua ada bajet besar oklah ye tak... sebar-sebarkan lah ek, mana tau ada kawan-kawan sana mencari... nak komisyen pun boleh... hehe ok.. terima kasih

bumi bertuah


Hehehe.. aku bosan nak tulis apa, aku hanya nak kobarkan satu perkara.. manusia ni macam-macam ada... tetapi bagi aku orang melayu memang lembut hatinya... aku berbangga jadi orang melayu... walau orang melayu di tohmahkan sebagai bangsa pemalaslah, suka subsidilah, suka kutuklah, phd (perasaan hasad dengki) lah, macam-macam lah yang kita dengar yang hanya buruk ajer... kala tak tahu buat-buat tahu jer... orang cina boleh jadi kaya kalau berniaga di kampung orang melayu tetapi belum tentu orang melayu boleh jadi kaya kalau berniaga di kawasan orang cina... betul tak... so realitinya walau negara Malaysia ini memang ramai orang melayu tetapi yang paling ramai kaya siapa? hehehe

tetapi sekarang aku tengok melayu bukanlah semua macam yang orang kata... melayu sekarang dah maju... hebat... terkenal... dan makin ramai dah jadi usahawan sebagai kerjaya... kalau kita tahu sejarah dahulu kala... bangsa melayu adalah bangsa terulung dalam bidang perkapalan... ketenteraan, perniagaan dan perdagangan... dan pada zaman hang tuah dulu siapa tak kenal empayar melaka... satu dunia tahu... harap generasi akan datang tahu siapa mereka... jangan lupa asal usul... "BERBANGGALAH MENJADI RAKYAT MELAYSIA" INI ADALAH TANAH TUMPAH DARAHKU... INI ADALAH TANAH MELAYU YANG KITA PATUT PERTAHANKAN... ISLAM BOLEH MELAYU BOLEH...."

Isnin, 14 Mac 2011

peluang keemasan untuk para belia

Salam semua... wah!! Ada berita gumbira untuk para belia-belia seluruh malaysia semua.... apa yang ku nak katakan ini adalah berkenaan

pada
25 Mac - 27 Mac 2011
Bertempat di PWTC Kuala Lumpur Dari jam 10 Pagi sehingga Jam 10 Malam yang akan memberikan peluang pekerjaan
kepada Ribuaan anak anak muda.

PELUANG BAIK NI... SO SAMBAR BEB... DIAMBIL DARI

klik sini

filem melayu bertaraf dunia.

sekarang tengah hot orang dok kata tentang filem arahan Yusry KRU ni... bagi aku sekalung tahniah di ucapkan kepadanya kerana berani dan membuktikan bahawa orang melayu pun boleh mengarahkan filem hebat ini... mana tau lepas ni ada filem tentang zaman kesultanan Melayu melaka nanti ye tak... aku memang teringin kalau filem-filem melayu yang lain dari yang lain.. ini tak habis-habis hantu, sini hantu sana hantu, manalah minda nak kembang hehehe tapi hantu kak limah balik rumah aku suka la... kekeke... ok.. rakan-rakan... kepada yang belun tengok apa kata pegi je kat pawagam yang berhampiran boleh... support beb filem kita... adios... yaribba... heheh

klik sini

Ahad, 13 Mac 2011

bila kuasa alam menghukum

Salam semua, huh punya lama tak update blog, saya bersimpati keatas negara Jepun yang dilanda gempa bumi dan tsunami... kuasa alam mengatasi segalanya... dan kuasa air memang membawa kemusnahan besar-besaran... harap mangsa-mangsa tabah...