Khamis, 5 Januari 2012

MESTI MEREKA KATA... AHH PEMIKIRAN UMNO..

realitinya 90% mana suka demo-demo ni.. tapi demo demo untuk orang multilevel aku pernah lah dengar... keh keh.. datuk hassan ali dah bersuara.. maka segerombolan anwarisme jadi tak keruan tentang apa betul mereka nak ke tak berdemo di mahkamah nanti... dengan stament datuk hassan ali ini... maka... betullah kata orang.. buat apa nak memperjuangkan orang yang kakinya memang suka kincing... ceciter...



SHAH ALAM – Perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 Isnin ini tidak perlu disertai dan tidak wajar diadakan kerana tujuannya hanya membabitkan isu peribadi seorang pemimpin, bukannya soal masyarakat, kata bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

“Saya menasihatkan kepada masyarakat terutamanya orang muda janganlah hadir pada perhimpunan tersebut, saya tidak reda melihat anak-anak bangsa melibatkan diri dengan perkara peribadi orang lain.

“Saya bimbang jika kita teruskan sikap demonstrasi ini, negara kita akan terdorong ke arah araki seperti negara tidak berundang,” kata beliau merujuk kepada perhimpunan yang dirancang pada hari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadual mengumumkan keputusannya berkenaan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan beliau itu, yang baru-baru ini menjadi perhatian dalam pergolakan dalaman Pas, sekali gus menolak tindakan Pesuruhjaya Pas Selangor Dr. Abd. Rani Osman yang mengajak ahlinya menyertai perhimpunan haram berkenaan.

Rani menggantikan Hasan sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor.

Menurut Hasan, tindakan Rani itu hanya pendapatnya sendiri dan telah membelakangi pandangan pimpinan pusat.

“Pas Selangor nampak proaktif dalam cara yang salah sebab sebelum ni dihalang ahli pergi Himpun 2011, padahal itu perkara baik membincangkan isu agama yang sebenarnya hala tuju parti Pas.

“Kalau diteruskan sikap seperti ini, pandangan parti nampak tak cantik. Jangan malukan parti dengan kenyataan dia (Rani) yang tidak mewakili Pas, itu kenyataan peribadi dia,’ katanya pada sidang media di Jabatan Agama Islam Selangor di sini.

Exco Kerajaan Negeri Selangor ini juga menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli Pas menyertai Kempen Bebaskan Anwar 901.

“Boleh dikatakan 70 peratus anak muda ahli Pas, mahu mengajak mereka buat sesuatu perkara itu biarlah betul... ini isu peribadi, buat apa nak besarkan, bagi saya mahkamah dah bagi banyak ruang dan peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, terima saja keputusannya nanti.

“Tambahan sekarang ini sedang peperiksaan akhir, anak muda dinasihatkan belajar bersungguh-sungguh dan takluk universiti utama dunia daripada menyertai benda yang dah lama atau ‘mual’ ini,’ katanya.

Pakatan Rakyat dilapor bercadang membawa sekitar 100,000 orang menyertai kempen itu Isnin ini.

Mereka yang akan hadir termasuklah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Sian

ps: yang menyintai anwar sahaja sanggup lakukan apa sahaja...

4 ulasan:

  1. Hassan Ali mendahului syura ?

    Mengapa dia tak tabalkan saja dirinya sendiri jadi PM... macam dia terasa terlebih layak jadi MB Selangor.... bahkan UMNO boleh calonkannya jadi PM ganti Najib yang bermasalah dengan pelbagai skandal tu.....

    BalasPadam
  2. AIKK ANON...MCM JELESSS JEK..TUL PE CKP DIA. KLU DLU SI DOKTOR AYAM RANI KATE ORG PAS X DI BENARKAN SERTAI HIMPUN MENYOKONG MENEGAKKAN AKIDAH TP APSAL PLAK DIA BENARKAN PENCACAI PAS SERTAI PERHIMPUNAN SOKONG PELIWAT?? PAS MMG MCM TU EH? KEHKEHKEHKEH

    BalasPadam
  3. betul gak tu.. menyokong demi akidah tak boleh kata pas pusat.. tetapi menyokong demi penale china doll boleh.. mati pun tak per.. kekekeke

    BalasPadam
  4. hahahaha.....masalah DS Najib x seteruk masalah Anwar....masalah DS Najib adalah ciptaan pembangkang....yg Anwar pulak sendiri cari masalah.....hehehe

    BalasPadam