Isnin, 27 Februari 2012

komplot menjatuhkan ustaz badrul amin di dedahkan...

nampaknya memang ustaz badru amin tak boleh kata apa lah ye... hehe.. memberi kaunseling jam 2-3 pagi di bilik sejuk.. dan agak menghairankan dah tau itu boleh mendatangkan fitnah.. apasal tak suruh isteri ko meneman bersama-sama untuk ke lobi ke.. mana-mana lah supaya tidak mendatangkan syak la bodo... hehe.. nama je ustaz.. tapi otak taruk dekat kepala lutut... nak spin macamana lagi.. bila entea sudah kantoi ma.. hehe.. sendiri mau ingat... la.. hehe



Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menafikan dakwaan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron yang ditangkap khalwat semalam bahawa tangkapan itu adalah 'komplot terancang' daripada pejabat agama itu.

Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz menegaskan, tindakan tersebut dibuat atas aduan daripada suami wanita terbabit yang menghubungi penguat kuasa JAIP supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama dengan lelaki lain.

"JAIP tidak pernah merancang atau berkomplot untuk membuat tangkapan terhadap kedua-dua individu terbabit.

"Lagipun sebarang tangkapan dibuat atas aduan orang ramai. Perkara seperti merancang atau komplot tidak pernah terjadi dalam tangkapan sebelum ini kerana JAIP mempunyai prosedur yang ditetapkan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, seorang pemimpin PKR Selangor ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri di sebuah hotel di Balok semalam.

Beliau ditangkap bersama pasangannya oleh suami kepada wanita tersebut yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah institut kemahiran di negeri ini.

Suami kepada wanita itu kemudiannya menghubungi penguatkuasa JAIP yang datang ke bilik hotel itu kira-kira pukul 3 pagi.

Mohd. Ghazali berkata, panggilan yang dibuat oleh orang ramai diibaratkan seperti menghubungi bomba jika berlaku kebakaran atau kecemasan.

"Begitu juga dengan JAIP jika dihubungi orang ramai sekiranya terdapat kes khalwat, kami akan bertindak atas aduan itu," katanya.

Dalam pada itu, katanya, JAIP akan memanggil semula Badrulamin yang didakwa berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri di sebuah hotel di sini semalam.

Katanya, pemimpin dan wanita itu dijangka hadir ke pejabat JAIP kira-kira pukul 9 pagi esok bagi melengkapkan siasatan berhubung kes tersebut.

"Ia adalah prosedur biasa bagi memudahkan kelancaran pihak kami menjalankan siasatan kes tersebut," katanya.

Mohd. Ghazali berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

9 ulasan:

  1. Ustaz Bad Man tu bukannya nya bodoh Dr wei...ha ha dia memang dah ada niat nak pekena dengan pompuan tu...tapi tak de rejeki.PERANCANGAN ALLAH MENGATASI SEGALANYA.TAUBAT LAH BAD MAN.


    Pak Din Pencen

    BalasPadam
  2. Muahaaaaaa biasanya Ust ust yang menyuruh agar orang bertaubat tapi kini orang biasa pula yang menyuruh ust ust playboy ini bertaubat...ust akhir zaman dunia dah nak kiamat

    BalasPadam
  3. Sukar nak percaya tapi ia tak mustahil !

    BalasPadam
  4. Ustad pun nak 'test power' gak.
    Guru dia peliwat - dah terlepas. Dia plak berkhalwat jer.
    Cuma kita kesian kat si Kerpal tu jer. Kena sorong turun naik mahkamah. Lepas satu satu kes timbol.
    "Memang tak ada hati perut betul la dia orang ni" kata si Kerpal.

    BalasPadam
  5. aku heran lah.. bukan ke pasangan yang kantoi khalwat ni kena duduk dekat bilik jabatan agam sehingga ada orang yang bayar jaminan...siapa pulak yang bayar jaminan badrul ni?
    ke dekat pahang lepas dah kantoi khalawat pegawai agama terus balik tinggalkan pasangan dalam bilik..

    cuba bagi penncerahan sikit...kalau ikut pengarah ikut prosedurkan..jadi lepas kena tangkap tu bawak ke mana? takkan biarkan je badrul dengan pompuan tu dlam bilik lagi?

    BalasPadam
  6. ustaz, tolong kami, ustaz suruh buat baik tapi skrg ustaz pula kena khalwat,.kami pun nak macam ustaz la kalau macam tu..

    BalasPadam
  7. TAKDE SAPE NK TEGOLEKKAN DIA BROO. DIA SENDIRI TEGOLEK KN DIRI SNDIRI DGN POMPAN TU. ALA2 MCM PILEM HINDUSTAN GITUUUU KEHKEHKEHKEH ADOIYAIII

    BalasPadam
  8. Assalam bro; itu Swiss Garden hotel 4/5 star. Macamana sampai 20 orang gangster masuk dalam hotel pukul orang. Pengurusan hotel gagal mengawal keselamatan penghuni hotel? Sekuriti tak check ke bila ada 20 gangster masuk hotel? Lawak, lawak,.

    BalasPadam
  9. “Perkara itu berlaku di Pahang, ia di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor untuk campur tangan secara dekat.

    “Kalau berlaku di Selangor, paling tidak kita boleh bertanya kepada beliau apakah SOP yang dilakukan pada kejadian tersebut. Tetapi (ia berlaku) di Pahang walaupun ia melibatkan kakitangan awam Kerajaan Negeri,” katanya.

    APA LAH PUNYA BODO JAWAPAN SI GAGAP NI...APA KAU INGAT KALAU BELAKU KAT SELANGOR DALAM NEGERI KAU PERINTAH KES NI BOLEH SENYAP BEGITU SAJA KER.ATAU SIMPAN BERBULAN SAMPAI SEJUK MACAM KES MURTAD DUMC GEREJA TU?..ATAU SI GAGAP NI BOLEH SURUH JAIS PADAM FAIL KES SETELAH KO JADI EXCO AGAMA???.. LAIN KALI KO FAHAM LAA SIKIT NI UNDANG2 SYARIAH TAK KIRA MANA TEMPAT PUN KALAU DAH BUAT KENA TANGGUNG LAA...

    BalasPadam