Ahad, 11 Mac 2012

CERAMAH HAMBAR!!! ANUAR IBRAHIM KECIK HATI.. MERAJUK..

chet poodahhh.. apa maknanya brader.. ini maknanya orang dah naik menyampah dah dengan perangai jibraun macam hang la anuar ibrahim... anda dengan koncu-koncu gila iseng anda tu.... semua dok cakap cakap kutuk kutuk.. tapi hampeh jer.. keke.. so ape dehal... apasal pulak nak salahkan dan tuduh orang ramai memulaukan ceramah anda wei..... wakaka.. tak berasas langsung kawan... podah...

jadi inilah realiti sebenar yang pakatan hadapi... masalah.. masalah.. dan masalah... fadan nan muka la... angkuh lagi...puiii...


Ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang akhir-akhir ini secara relatifnya gagal menarik kehadiran ramai peserta seperti selalu.


Dalam acara terkini di Little India pada 8 Mac lalu, kurang daripada 100 hadir sehingga pemimpin Pakatan Rakyat mengesyaki terdapat arahan supaya penduduk setempat, yang kebanyakan peniaga supaya "memulaukannya".


Anggota majlis negeri L Anand bersetuju terdapat kekurangan peniaga yang ketara kali ini, tidak seperti sebelum ini di mana mereka dikatakan selalu 'tunjuk muka' dalam majlis parti politik tak kira daripada BN atau Pakatan.


"Ini tidak adil kerana peniaga sepatutnya bersikap neutral," katanya yang juga anggota DAP kepada Malaysiakini.


Dalam lawatan dua harinya, Anwar menghadiri pelbagai program, antaranya majlis makan malam kutipan derma di Bayan Baru, ceramah di Tasek Gelugor dan menyampaikan pidato mengenai demokrasi dan ekonomi bersama ketua menteri.


Ketika dihubungi, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Pulau Pinang N Vasantharajan menafikan pihaknya mengeluarkan sebarang arahan berkaitan kepada peniaga.


Beliau mempertahan sikap dewan yang neutral dan sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

3 ulasan:

  1. adakah ini tanda kata-kata pembakar sudah tidak boleh membakar lagi

    BalasPadam
  2. pembakar dah kehabisan bahan bakar..... dah mcm kereta habis minyak kat tgh hiway, tersadai lah nampaknya

    BalasPadam
  3. tunggu saja kereta tunda PLUS!

    BalasPadam