Isnin, 26 Mac 2012

DAH DEKAT PILIHANRAYA.. MACAM BIASA MODAL MEREKA BEB..!!! UMNO UMNO.. DITAJI HABIS-HABISAN...

sana sini semua salah umno... sana sini semua cari isu sampai gambar pemimpin bn menari bersama isteri yang sah pun mereka dok kutuk bagai... apelah mentaliti bodoh piang yang melanda mereka ni ek... low klass gile sial.. dah modal tak da nak bantai bn.. so fitnah mengadu domba.. mencari cerita sensasi.. dan aku percaya gambar yb bn salam orang pun mereka akan jadikan isu... poodah.. bacul.. pui..
jeles tahap cipan dah pakatan dengan bn.. tupasal haram perangai seko-seko pemimpin dia tu pui


KUALA LUMPUR, 26 Mac – Keghairahan pembangkang menabur pelbagai janji dan membuat fitnah serta serangan kepada UMMO dan Barisan Nasional kebelakangan ini membuktikan mereka dalam keadaan terdesak sehingga terpaksa melakukan perbuatan sebegitu.

Exco Wanita UMNO, Suraya Yaacob berkata dalam suasana menghadapi pilihan raya umum ke 13 ini, pembangkang nampaknya cuba mengulakan rakyat dengan janji-janji palsu seperti apa yang dilakukan pada pilihan raya 2008.

“Pembangkang kini sudah terdesak, episod lama diulang semula untuk menagih undi, mereka kini membuat pelbagai janji yang tidak masuk akal, tetapi hakikatnya semua itu tidak  mampu dilaksanakan.

“Pembangkang masih banyak terhutang dengan rakyat, janji 2008 masih tidak tertunai, kini mereka buat janji baru, malah ada yang nak tengok balik janji dulu sedangkan ketika itu mereka berjanji untuk tunaikan janji apabila berkuasa nanti.

“Kini mereka sudah punyai kuasa, namun tiada apa yang ditunaikan, malah menyalahkan kerajaan pusat yang menyebabkan mereka tidak boleh laksanakan janji-janji palsu itu,” katanya kepada UMNO-Online.

Suraya berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pembangkang yang mula rancak membuat pelbagai janji kebelakangan ini.

Beliau yang juga Adun Sungai Tiang menyifatkan pembangkang sebagai tidak bertanggungjawab, bukan sekadar janji malah fitnah dan pembohongan sudah menjadi mainan mulut mereka.

“Fitnah tanpa sempadan sudah dihalalkan mereka, ini perbuatan paling keji dilakukan pembangkang hanya untuk berkuasa, mereka kemaruk hendak kuasa tanpa memikirkan benda lain, yang penting dapat sokongan untuk berkuasa,” katanya.

Menurutnya, kesedaran perlu ada di kalangan rakyat supaya tidak terus diperdaya oleh pembangkang, segala salah laku serta pembohongan mereka perlu dibongkarkan supaya rakyat tidak terus tertipu dengan permainan politik kotor untuk berkuasa. -MediaUMNO

1 ulasan:

  1. Pembangkang akan musnah dan berkubur, hidup Barisan Nasional

    BalasPadam