Khamis, 8 Mac 2012

MEROSAKKAN NAMA IMAM..



Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas seorang penjawat awam, Hoslan Hussin atas kesalahan menghina mahkamah ekoran tindakan lelaki itu membaling selipar ke arah panel hakim.

Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin (kanan) ketika menyampaikan hukuman berkenaan berkata, hukuman setimpal bagi kes berkenaan adalah penjara setahun.

Beliau sebelum itu berkata, tindakan membaling alas kaki itu boleh menggugat kuasa mahkamah dan menjatuhkan maruah mahkamah sekiranya tiada tindakan dilakukan untuk kesalahan seperti itu.

"Kesalahan yang dilakukan kamu adalah serius di sisi undang-undang," katanya yang menambah bahawa tindakan seperti itu tidak boleh dibiarkan tanpa dibendung.

2 ulasan:

  1. bagus gak orang sakit mental dok dalam.....

    BalasPadam
  2. alah..menghina mahkamah dunia bukan main jaga...kononya maruah mahkamah tercemar...piraaah...Tapi bila agama Islam kena hina..semua buat x nampak termasuklah kerajaan dan pembangkang...

    BalasPadam