Sabtu, 7 April 2012

EEEE TAKUTNYER.... pas kata umno takut... pasal bako suratkabar harukaka... hak hak.hak..


Koyak Harakah bukti ketakutan Umno.. - PAS Wilayah Persekutuan

PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) mengecam tindakan Umno Putrajaya kerana mengoyak akhbar Harakah di Putrajaya, semalam.

“PAS WP menganggap tindakan Umno Putrajaya biadap kerana merosakkan akhbar rasmi milik PAS yang telah menaikkan kemarahan ribuan pendukung dan penyokong PAS di seluruh negara,” kata Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.

Bagi PAS WP, ujarnya tindakan Umno Putrajaya sebagai ketinggalan zaman kerana menolak keterbukaan dalam sebuah negara demokrasi.

Katanya, kebebasan bersuara, cetakan, berhimpun adalah hak rakyat selama mana ianya dalam batasan undang-undang.

“PAS WP merasa kesal dengan tindakan tidak bertamadun ini lebih-lebih lagi ia berlaku di kawasan Putrajaya, pusat pentadbiran negara,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Bagi Suhaimi, Umno Putrajaya seolah-olah mahu menyekat rakyat dari akses kepada maklumat alternatif yang disampaikan oleh Pakatan Rakyat.

Ini, kata beliau menandakan mereka sememangnya gerun jika rakyat mengetahui maklumat yang benar dan adil dan gentar jika rakyat bangkit menentang mereka.

Justeru, tambahnya PAS WP meminta Umno Putrajaya merasa insaf dan sedar kerana selama ini kerajaan milik Umno BN begitu kuat menindas Pakatan Rakyat (PR).

“Seluruh media milik rasmi negara dipergunakan buat menyekat akses kepada PR, malah pemimpin PR turut dibelasah sesuka hati hampir setiap hari.

“Media utama hanya berhak melaporkan segala kebaikan mengenai Barisan Nasional semata-mata, manakala selainnya adalah buruk belaka,” katanya lagi.

Dalam keadaan demikian, ujarnya PAS hanya memiliki akhbar Harakah sebagai medium menyampaikan maklumat berguna kepada rakyat.

PAS, jelasnya tidak ada televisyen, radio, akhbar harian untuk menyampaikan mesej parti.

“Tidak puas dengan itu, akhbar Harakah pula dimangsakan dengan mengoyakkannya,” ujarnya.

Justeru, tambahnya PAS WP mengingatkan Umno Putrajaya bahawa kebangkitan rakyat tidak mungkin dapat disekat.

“Usahkan koyak, bakar, sekat keluaran Harakah sekalipun tetap tidak mampu menyekat arus kebangkitan ini,” tambahnya.

Beliau berkata, rakyat semakin percaya bahawa hayat Umno sudah sampai ke penghujungnya.

“Bersedialah menerima kenyataan ini dan percayalah bahawa tidak ada kerajaan akan memerintah selama-lamanya, termasuk Umno!” katanya.

sumber klik

3 ulasan:

  1. Heeeeee takutnyeeeeeee

    BalasPadam
  2. Rakyat tau sapa yang dah nazak dan sampai kepenghujung. orang yang kata allah ada anak, orang yang melindungi kapir harbi, orang yang melindungi peminum arak dan murtad, orang yang bersekongkol dengan manusia rendah moral, orang yang menghalalkan perkara yang halal, orang yang sering mencipta fatwa bercelaru itulah agaknya yang hampir sampai kepenghujung.

    BalasPadam
  3. penduduk putrajaya memang terbaekkkk...

    beringat sebelum terkena kencing..

    keamanan dan kedaimaian yg ada mesti dikekalkan...

    BalasPadam