Sabtu, 14 April 2012

JANGAN BAGI WALAU 1 UNDI KEPADA PAKATAN JIBRUAN..!!!

sememangnya kita tahu pas sekarang dah jauh menyimpang dek kerana jilatannya kepada dap.. so kita sebagai umat Islam.. ada benarnya datuk hassan ali mengatakan setiap undi untuk pakatan adalah untuk menjahanamkan Islam itu sendiri... kenapa tak percaya ker... bekas otaimer pas yang kata bukan den yang kata ye... heh.. so fikirkanlah generasi umat Islam, melayu secara amnya.. jadi.. punahkan pakatan di pru13 nanti.. adios..
orang pas sekarang menjadi tali barut dap untuk menjahanamkan umat Islam di Malaysia.. tahniah pas.. pui

Pengerusi Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali meneruskan program jelajahnya ke utara Semenanjung sambil menggesa pengundi Kedah tidak memberi sebarang undi kepada Pakatan Rakyat (PR) – yang dianggotai DAP, PKR dan Pas – pada Pilihan Raya Umum kr-13 (PRU13) atas alasan tidak boleh bergantung harapan pada perikatan itu.

Hasan berkatam tiada apa yang boleh diharapkan daripada DAP dalam memperjuang dan memartabatkan agama Islam dan Melayu dan mendaulatkan institusi raja.

Begitu juga PKR apabila ketua umumnya sendiri tidak menyokong pelaksanaan negara Islam dan undang-undang hudud.

"Pilihan Raya Umum ke-13 dijangka diadakan dalam tempoh beberapa bulan sahaja lagi. Justeru jangan beri walau satu undi pun kepada DAP, jangan beri walau satu undi pun kepada PKR dan jangan beri walau satu undi pun kepada Pas.

"Kedua-dua parti ini (DAP dan PKR) yang mengeluarkan Pas dari landasan, memesongkan perjuangan Pas serta membolak-balikkan aspirasi penyokong Pas," kata beliau sewaktu mengakhiri ceramah umum di Taman Uda, malam tadi.

Hasan yakin bekas Presiden Pas, Datuk Fadzil Mohd Noor dan pemimpin Pas terdahulu tidak akan merelakan apa yang terjadi dalam Pas sekarang ini, sekiranya mereka masih ada.

"Kalau mereka masih hidup, saya yakin mereka tidak akan izinkan Pas bergabung (dengan DAP dan PKR)," kata bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor.

Dalam pada itu, Hasan turut memaklumkan akan menubuhkan Jati di Kedah dan negeri lain termasuk Pulau Pinang

3 ulasan:

  1. mna puak2 pakatan haram ni

    BalasPadam
  2. gambar tak tahan bro! jin sedang nyenyak dibuai bau ketiak DAP

    BalasPadam
  3. hehe sejuk aircond tu.. tu yg sedap dok tido.. kroih kroih..

    BalasPadam