Rabu, 11 April 2012

STRATEGI SURUH MELAYU BERAMBUS DARI PULAU PENANG!!!!


Orang Melayu yang memiliki tanah di kawasan ini kini dihujani tawaran supaya mereka menjualnya kepada sebuah syarikat pemaju swasta untuk dibangunkan.

Perkara itu didedahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad yang mendakwa beliau turut menerima tawaran sama.

"Saya juga mendapat panggilan telefon daripada penduduk yang memaklumkan tentang perkara ini dan setelah menyiasat, ramai lagi yang mendapat tawaran serupa.

"Oleh itu, saya telah pergi ke masjid-masjid di sekitar kawasan ini dan meminta penduduk yang menerima surat supaya menyerahkan kepada saya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, sehingga kini sebanyak 13 pemilik tanah di kawasan itu yang menerima surat tawaran telah menyerahkan dokumen itu kepadanya.

Muhammad Farid berkata, apa yang menjadi persoalan ialah bagaimana syarikat pemaju dari Seberang Jaya itu berjaya mendapatkan maklumat sulit pemilik tanah terbabit.

"Surat tawaran dihantar kepada penduduk melalui nama yang tertera pada geran tanah mereka, jadi saya rasa Pejabat Tanah Daerah perlu tampil memberi penjelasan.

"Apakah maklumat sulit ini dibocorkan? Jika benar, orang awam pasti tidak yakin lagi jika terpaksa memberi maklumat peribadi mereka kepada agensi kerajaan negeri," katanya.

Menurut Muhammad Farid, jika penduduk kampung terpengaruh dengan tawaran berkenaan, ia dikhuatiri akan mengubah landskap Balik Pulau.

"Kawasan ini merupakan antara penempatan orang Melayu terbesar di bahagian pulau. Bayangkan, jika pemaju berjaya memujuk 100 orang pemilik tanah dan setiap seorang daripada mereka menjual sebahagian, apa yang akan berlaku di sini?

"Sudah pasti pemandangan yang ada pada hari ini iaitu dipenuhi dengan rumah tradisional Melayu akan lenyap dan ketika ini pun sudah ada kawasan perumahan mewah yang dibangunkan dengan harga rumah mencecah RM1 juta dan tidak mampu dibeli penduduk setempat," ujarnya.

Pada masa sama, Muhammad Farid turut menyeru penduduk kampung supaya tidak gelap mata dengan tawaran tersebut.

"Duit akan habis tetapi perlu diingat tanah adalah amanah daripada nenek moyang kita untuk diwariskan kepada generasi akan datang dan perlu dipertahankan," katanya.

ps: strategi licik ini memang mereka tau sebab orang melayu memang akan terpukau dengan $$$$, dan dengan cara itu tanah dan segala isi perut orang melayu punya di penang mereka nak rampas... jadi melayu pakatan cibai apa nak cakap... pui... gelak besar pas!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan