Jumaat, 25 Mei 2012

KENA BALUN KAU..!!! HAHA.. ini semua salah umno.. macam biasa..!!!!


orang-orang kelana jaya dah menunjukkan protest kaw-kaw terhadap pemaju dan pkr.. so kita nak dapat bala apa lagi kalau menyokong lagi mereka ini... ambik sedas kena balun dengan orang kelana jaya.. JANGAN AMBIL PADANG KAMI... ADA FAHAM!!! hahaha


JANGAN PULAK KATA SEMUA INI UMNO YANG UPAH... !!! PUI LA WEI PKR... TUIH


KELANA JAYA, 24 Mei 2012 - Sesi dialog diantara penduduk Kelana Jaya, PKNS dan pemaju yang diadakan di Kompleks Sukan Kelana Jaya, malam semalam, 23 Mei, menjadi agak tegang apabila rata-rata penduduk yang hadir dengan lantang menolak pelan pembangunan di tapak Kompleks Sukan dan Padang PKNS Kelana Jaya.

Walau bagaimanapun, wakil penduduk Tuan Haji Hashim berjaya bertindak untuk menenangkan keadaan. Namun sesekali masih terdapat suara-suara yang mencelah menyatakan ketidak puasan hati mereka semasa sesi penerangan dilakukan.

Pada mulanya penganjur bertindak agak tegas dengan hanya membenarkan nama-nama penduduk tertentu untuk masuk ke dalam dewan.

Namun penganjur dialog akhirnya terpaksa akur apabila keadaan semakin tak terkawal dan ada desakan daripada wakil penduduk yang berada di dalam dewan untuk membenarkan pihak media yang berada di luar turut sama berada dalam majlis sesi dialog itu.

Wakil PKNS yang hadir ialah YB Azmin Ali dan Pengurus Besar PKNS itu sendiri Othman Omar , ahli Dewan Undangan Negeri (Seri Setia) , YB Nik Nazmi yang juga bertindak sebagai pengerusi majlis, manakala yang lain yang turut hadir ialah konsultan-konsultan dan peguam yang terlibat dalam projek pembangunan di dalam kawasan padang PKNS Kelana Jaya.

Penduduk yang hadir dalam sesi dialog mendakwa tujuan sebenar dialog diadakan adalah usaha PKNS dan pemaju untuk berkompromi dengan penduduk bagi menerima cadangan pembangunan yang diubahsuai bagi kepentingan penduduk setempat.

Namun kehendak majoiriti penduduk ialah untuk mengekalkan padang bola dan Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya tanpa ada apa-apa lagi pembangunan lain.

Pembinaan bangunan Paradigm Mall sahaja telah memburukkan lagi keadaan trafik di kawasan itu. Sekiranya pembangunan dilaksanakan di Kompleks Sukan dan padang bola PKNS Kelana Jaya , masalah trafik akan menjadi lebih teruk .

Hal ini diakui sendiri oleh salah seorang konsultan yang bertanggungjawab mengenai trafik di kawasan itu. Menurut beliau, buat masa sekarang tiada penyelesaian untuk masalah trafik di kawasan itu.

Sesi dialog besama penduduk menjadi semakin panas apabila penduduk meluahkan masalah yang mereka hadapi sekarang dan apa yang mereka jangkakan apabila pembangunan di kawasan itu diteruskan.

Rata-rata penduduk di sekitar kawasan itu berpendapat padang bola SS7 Kelana Jaya itu merupakan sebahagian dari hidup mereka .

Kewujudan padang bola dan kawasan hijau disekitarnya antara faktor mereka membeli rumah di kawasan itu dan kualiti hidup yang mereka impikan semasa ia mula dibangunkan sekitar tahun 80-an.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan