Ahad, 6 Mei 2012

khalid gagap.. senyum dalam hati.. isu gambar aiskrim asmin..

sama kapal pun tak leh sekepala... so macam ni nak memerintah negara, kiki.. lupakan je lah.. kalau yang totok bolehlah percaya beb... keke.. so ape kehal si khalid gagap leh kata no komen pulak isu video aiskrim asmin tu.. wah wah.. malas nak campur ye... tapi dalam hati.. yes yes yes.. keke.. tu pasal si mak lampir zuraidah.. kemain meraban sound-sound khalid gagap... kenapa tak beri ulasan pasal isu tu.. ceh.. pandai-pandai lah korang menyetelnya wahai jibraun.. nanti skrip biasa mulut cakap salah umno.. salah bn.. itu je modal.. kapal dah nak karam kat laut sempat lagi nak salahkan orang... dah nak tenggelam dah nak lemas... sempat lagi ini cakap ini semua salah umno.... adui... rosak-rosak ini pkr.. pui...


SUBANG JAYA – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap berkeras enggan mengulas berhubung isu pendedahan imej lucah yang didakwa mirip Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Beliau juga tetap memberi jawapan sama dengan sekadar berkata ‘tiada komen’ ketika diminta mengulas mengenai kekesalan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang kecewa dengan jawapannya yang seolah-olah lepas tangan dalam isu pendedahan imej lucah tersebut.

Bagaimanapun, beliau bersetuju dengan tindakan Azmin mahu menyaman Utusan Malaysia RM100 juta kerana menyiarkan laporan klip video seks yang menggambarkan kononnya si lelaki adalah beliau.

"Hari ini adalah Hari Wesak. Kenyataan pertama saya, saya setuju tindakan saudara Azmin mahu saman (saman Utusan Malaysia RM100 juta).

"Saya tiada komen lagi,” katanya selepas menyempurnakan majlis pecah tanah projek pembinaan jejantas pejalan kaki pada sambutan Hari Wesak yang turut diadakan di sini, hari ini.

Kelmarin, Zuraida menganggap kenyataan ‘no comment’ apabila ditanya pemberita berhubung isu tersebut mengecewakan di mana kenyataan itu memberi ruang kepada tafsiran negatif masyarakat terhadap Azmin.

Abdul Khalid memberi jawapan yang dilihat sebagai lepas tangan itu selepas mesyuarat mingguan exco di Bangunan SUK, Rabu lalu selepas imej lucah seiras Azmin bersama seorang wanita yang tersebar luas di laman blog. - SH

londeh melondeh dah menjadi makanan puak-puak ni.. lagi sekali nak tanya anda percaya ke mereka ni boleh memerintah malaysia dengan aman? ce citer ce citer.. hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan