Sabtu, 5 Mei 2012

nak percaya apa mat sabu cakap.. si kartun iq low tu...

mereka semua betul, merusuh mereka betul.. keke.. alah merekakan hebat.. terhebat didunia ini.. dan kerana merekalah malaysia ini aman... dah dah mat sabu.. penyokong berhaluan kiri.. suka komunih.. malah memuji komunih... dan dia sendiri menghina polis yang terkorban masa kejadian bukit kepong dulu.. so nak cakap apa lagi brader.. perangai puak-puak ni memang teruk.. pemimpin mereka lagilah... rasa nak ludah je dekat muka depa.. pui... anda nak percaya cakap mat sabun.. hehe..

polis kena belasah... kena sepak.. dia tak tengok... ini orang panggil double standard... melalak pandai... salah penyokong sendiri yang macam baboon tak tengok asik salahkan orang ajer.. bodoh sungguh... poodah...

2 ulasan:

  1. Polis salah, komunih betul. Moto baru dari Mat sabun...

    BalasPadam
  2. SETAN-SETAN PR AKAN BERKUMPUL DI PLAZA ANGSANA, JOHOR PETANG INI....

    Johor: Himpunan TANAH 5 Mei Di Angsana

    GABUNGAN Tanah Rakyat (Tanah) yang terdiri daripada NGO dan Parti Politik telah bergabung tenaga untuk menganjurkan satu Himpunan Tanah Rakyat pada sabtu 5-5-2012 jam 2 petang di plaza Angsana, Johor Bahru.

    Jangkaan kehadiran adalah 30 ribu orang yang akan memberikan sokongan khususnya daripada Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang. Pimpinan utama NGO dan Pakatan Rakyat seperti Sastrawan Negara Dato A Samad Said, Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Y.A.B Lim Guang Eng akan turut bersama dalam himpunan ini.

    Tujuan utama Himpunan Tanah Rakyat ini adalah untuk mendesak pihak kerajaan-kerajaan negeri sebagai pihak bertanggungjawab terhadap tanah dan pihak kerajaan persekutuan yang mengubal Akta Pengambilan Tanah 1960 dan Kanun Tanah Negara 1965 menyelesaikan masalah-masalah tanah yang telah membebankan rakyat selama ini. Pihak kerajaan negeri perlu merangkan satu mekanisma dan plan bertindak untuk menyelesaikan masalah tanah yang berlaku.

    Johor dijadikan tempat himpunan ini kerana terdapat terlalu banyak isu berkaitan tanah berada di Negeri Johor. Bermula daripada isu pengambilan tanah Gelang Patah untuk tujuan pembinaan Pelabuhan Tanjung Pelepas, terlepasnya Pulau Batu Putih kepada Singapura, penguasaan Singapura terhadap Pulau Pisang, Pontian, penjualan tanah Keretapi Tanah Melayu(KTM) kepada Singapura tanpa kerelaan rakyat Johor, pengambilan tanah Pengerang untuk tujuan projek petrokimia, pejualan tanah strategik negeri Johor oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor(KPRJ) kepada Dato Lim Kang Hoo, pengusiran peneroka bandar di Kempas tanpa pampasan, penindasan terhadap peneroka Felda Cahaya Baru, tuduhan penipuan Menteri Besar Johor terhadap bekas penduduk SEDC, Tampoi, ancaman pengusiran peneroka bandar di Skudai Kiri, projek terbengkalai Taman Perumahan Taman Desa Kempas atas tanah kerajaan negeri, manipulasi tanah diperingkat daerah dan banyak lagi. Isu ini telah melibatkan puluhan ribu rakyat yang telah, sedang dan akan ditindas oleh pihak-pihak tertentu.

    Terdapat sepuluh tuntutan tanah rakyat untuk desakan khususnya kepada pihak Kerajaan Negeri Johor :

    1. Ketelusan Pengurniaan Tanah.
    2. Rampas Tanah Penyeleweng.
    3. Hentikan Pengurniaan Tanah KPRJ/Kroni.
    4. Selamatkan Tanah Rizab Melayu.
    5. Wartakan Tanah Rizab Orang Asal.
    6. Keadilan Pampasan Tanah.
    7. Kurangkan Birokrasi Tanah.
    8. Hentikan Manipulasi Tanah.
    9. Pemilik Tanah Miliki Ekuiti Projek Mega.
    10. Selesaikan Projek Rumah Terbengkalai.

    Gabungan Tanah Rakyat (Tanah) yang dipengerusikan oleh Sdr Mazlan Bin Aliman akan membuat aktiviti mobilisasi bagi membangkitkan kesedaran kepada rakyat untuk sama-sama turun dalam himpunan ini. Antaranya adalah seperti :

    1. Perlancaran Himpunan Tanah Rakyat di Plaza Angsana pada rabu 25hb April 2012 jam 12.30 tengahari.
    2. Road-show seluruh Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang.
    3. Penyerahan Memorandum di pejabat-pejabat Tanah Daerah
    4. Sokongan terhadap Himpunan Bersih 3.0 pada 28hb April 2012 di Kuala Lumpur.
    5. Konvoi Himpunan Tanah Rakyat

    Seluruh Rakyat Malaysia yang bersimpati dengan rakyat yang tertindas khususnya di Johor dijemput hadir beramai-ramai ke himpunan ini.

    Yang Benar,

    SUHAIZAN BIN KAIAT
    Setiausaha
    Gabungan Tanah Rakyat (TANAH)
    019-7285174

    BalasPadam