Khamis, 1 November 2012

AKU BERANI JAMIN, BN BOLEH KALAH TERUK PRU 13 NANTI KERANA CAMERA AES NI... SERIUS.. BUKAN SEMBANG BEB!!!

aku malas nak ulas panjang la beb... isu camera ni membuatkan rakyat yang hati dah terpaut dengan bn makin hari makin menyampah dah.. mereka cukup marah dengan camera ni.. sebab tak logikla.. had laju tak masuk akal dah kena saman.. zaman sekarang bukan zaman tok kaduk beb nak suruh orang percaya dengan guna suratkhabar.. tv.. sekarang ni rakyat dah cerdik... silap hari bulan bn boleh jadi pembangkang pru nanti.. kepada pak menteri tolonglah fikir.. jangan buat kerja bodoh macam ni... menyusahkan.. nak buat satu perkara tu.. fikir impak dia.. bila rakyat dah jadi muak.. aku kata... sayonara lah.. korang nak ke anuar tu jadi pm.. korang nak melayu jadi kaum teraniaya sok... woi... sedar sikit pak menteri.. sedar sikit.. jangan buat silap macam zaman pak lah dulu.. ingat ingat... huh

ps: entahlah.. masing-masing dah tau kebahlolah projek aes ni.. tapi buat juga.. ds najib lagilah pening... dahlah propaganda burukkan dia menjadi dan semakin ketara sekarang ni... gelak besar lah anuar ibrahim... mereka dah lawan guna api.. kita yang banggang pi simpah dengan minyak.. makin bernyalah isu ni wei...

16 ulasan:

  1. Please BN don't make blunders!

    AES bukan setakat dikutuk fuckatan tapi group-group BN-UMNO pun tak suka!

    Penat kitaorang kat bawahan ni nak jaga hati rakyat. Tolonglah faham denyut nadi kami!

    BalasPadam
  2. Sejak diperkenalkan, telah dipertikaikan nilai kesahan dan kebolehpercayaan AES ini kerana dikatakan ianya telah dapat hasil yang baik di luar negara dalam mengurangkan kadar kemalangan. Tetapi pihak berkenaan tidak memberi apa-apa respon. Dua hari lepas satu berita dari Astro Awani menyatakan bahawa bekas Menteri Pengangkutan 2008 menyatakan bahawa pelaksanaan AES telah diluluskan Kabinet dalam tahun 2008. Kalau benar, mengapa lewat sangat hendak dilaksanakan? Tentu ada masalah... mengapa kini hendak dilaksanakan secara tergesa-gesa....?

    BalasPadam
  3. AES tu baik untuk mendidik pemandu2 Malaysia yang dah sampai ke tahap gaban ni. Ikut je lah peraturan dan undang2 jalanraya insyaAllah pasti nyawa dan poket anda selamat. Awat nak jadi samseng sangat, tak takut berdosa ke bro?

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. i sokong... jika kita ikut undang2. selamat la dan poket juga selamat.

      Padam
  4. eh, kan dah macam hudud nih..
    klu ada org buat salah, kene la hukum..
    macam hudud..

    kalau dah aes ditolak demi mendidik rakyat malaysia, apatah lagi hudud yg mendidik iman manusia..

    kalau ada idea utk mendidik pemandu kita supaya jadi lebih berhemah, sangat la dialu-alukan..

    p.s.- klu salah tolong tegur ye..

    BalasPadam
  5. Belum tentu beb, tak semua orang Malaysia yang berfikiran sempit dan jumud pasal AES. Sebahagian kecil sahaja yang kelam kabut.... Aku dah bertahun x pernah terima saman ekor... Janji patuh had laju, x de sapa nak saman menyaman...

    BalasPadam
  6. Saya tak suka kena saman tapi saya tak nak mati di jalanraya disebabkan pemandu lain yang cuai.. SOKONG AES 100%..

    Eddie

    BalasPadam
  7. mmg mainan persepsi yang berotak jumud lagi ramai sok sbb termakan.. so tangguh dulu aes ni.. kalau hari2 depa dok jaja.. erm.. berani cakapla.. kondem sok.. walau aes ni tak popler dimata rakyat.. realitinya senjata ini buatkan bn pening sok.. dengar beb dari akar umbi.. bukan atasan saja mau kita dgr..

    BalasPadam
  8. 80km/j @KM 7.7 Sg. Besi Kuala Lumpur. Adakah anda bawa kete 80km/j disepanjang jalan Sg Besi Kuala Lumpur atau anda Pakai Applikasi AES Detector @android & slow down kat kawasan tu je (sbb itu tempat famous kemalangan maut)? So anda bodoh kaaaa anda smart skrg?
    Actually AES ni mcm haramkan mercun pada Hari Raya laaaa, sbb byk sgt bumiputra yg mati. non bumiputra xbyk pun. So anda tak kesah sedara mara bumiputra anda berpotensi mati di tempat2 yg di chop AES sebagai tempat kemalangan maut atau anda kesah?
    ontheground nampak mak bapak tuk nenek semua sokong AES ni. sbb anak diaorg selalu merempit.... so apa masalahnya? masalahnya ialah How Smart You Are Tackling AES issue.. because it is not the 1st time install in the world.
    p/s: tanya la Thailand & Vietnam camna diaorg elak...
    p/s: kalau PR berkuasa pun esok, mcm la diorg nak bubar. Ikut track record 5thn diorg ni pun semua pun Indah Kabar dari Rupa !

    BalasPadam
  9. Perghh... kalu betul ramai rakyat yg tak setuju ngan AES ni hancur le Malaysia! Malaysia terdiri dari rakyat yang tidak menghormati undang2 jalanraya? Padan le hari2 ada je eksiden. Takde kene mengene de BN leh tumbang sebab AES yang soleh ni.

    BalasPadam
  10. Heran dekat orang yang dok menentang AES ni. Kenapa kat Malaysia tak boleh nak ikut undang2, tapi bila pi drive kat negara luar yang guna AES ni boleh pula dia ikut. Siap hormat dan bersopan lagi ikut had laju. Kenapa kat negara sendiri jadi macam beruk dapat bunga. Heran dan pelik bila yang baik ditentang yang salah macam SUARA HARAM JADAH, yang dok balun ikut belakang, yang sah 22 tahun melingkup rakyat, tak kesah pula.

    BalasPadam
  11. AES tu sebenarnya untuk apa yek .....??? Untuk suka2 ke? Bukan ke AES tujuan utama ialah untuk nak mengurangkan kadar kemalangan yang kebanyakkannya disebabkan oleh 'samseng2' jalanraya. AES tu bukan ke salah satu usaha kerajaan untuk mengurangkan kematian di atas jalanraya. Kenapa orang nak marah dengan usaha kerajaan nak kurangkan korban di jalanraya?

    Yang aku faham mereka marah bukan pasal AES tu tapi kerana kena saman sebab melakukan berbagai kesalahan yang dirakam. Kalau tak mahu kena saman patuhilah peraturan. Kalau dah di kawasan itu kelajuan maksima yang dibenarkan 90 kmj janganlah pandu sampai 160 kmj. Orang lain bukan tak boleh pandu sampai 160 kmj tekan je pedal minyak tu sampai rapat ke lantai.

    Baik di dunia atau akhirat ada peraturan2 yang perlu dipatuhi. Jangan undang2 nafsu kita je yang nak diikut. Nabi Muhammad pun ada berpesan " .... berhenti makan sebelum kenyang". Bukan hentam sampai perut macam orang kena sakit busung. Janganlah ingat pakai kereta CC besar mesti pandu laju. Kalau nak cepat gunalah kapal terbang Mas ke Air Asia ataupun pergi awal sedikit.

    Kalau apa yang kerajaan nak buat semuanya kena ikut nafsu mereka sahaja lebih baik kerajaan tak payah buat apa2. Tak perlu ada polis, tak perlu ada JPJ dan tak perlu lah kerajaan nak bazir2kan duit bayar gaji penguatkuasa. Biarkan sahaja pemandu sebebas2nya di atas jalanraya nak memandu laju atau lakukan apa2 kesalahan seperti langgar lampu isyarat merah, memotong digarisan berkembar atau memotong ikut kiri. Tak buat salah bila buat pun salah. Berapa had kelajuan maksima dijalanraya yang rakyat mahukan sebenarnya baru boleh disaman. 200 kmj? 250 kmj? Atau 1000 kmj.

    Yang peliknya tu adalah orang yang tak pernah kena saman pasal memandu melebihi kelajuan yang beriya2 kondem usaha kerajaan ni. Mereka cuma diperguna sahaja. Kalau usaha2 kerajaan mendatangkan keburukan kepada pengguna jalanraya berilah idea atau kaedah lain yang lebih baik untuk kurangkan kadar kemalangan dan kematian dijalanraya. Bukan main bangkang sahaja tanpa ada cadangan lain yang lebih baik.

    Kalau di lebih 90 buah negara lain (http://raja-jawa.blogspot.com/) yang menggunakan AES dapat mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalanraya kenapa kita tidak boleh menggunakan kaedah ini.

    Kalau tak mahu kena saman patuhilah peraturan yang telah ditetapkan. Hati senang, perjalanan lancar dan wang jimat......

    BalasPadam
  12. pergh, ko amik pungutan suara mana yg rakyat tolak aes..rakyat yg langgar undang2 mcm lu je kot tolak..ramai lg yg x berkepentingan ape2 nie nak kan aes..lg org tolak umno-bn ade la sbb flip flop psl aes nie..rakyat yg patuh undang2 geram je tgk org yg melanggar undang2 jalanraya pastu terlepas.bas metro tu, baper kali dh langgar lampu merah, buatnye eksiden langgar motor ke kancil ke, x ke naya..nmpk sgt x ikhlas nak tadbir negara, pentingkan undi dr keselamatan rakyat..g bace mp kota belud punye penerangan la pasal aes..

    BalasPadam
  13. cyber trooper bn mcm aku.. apa tak kena kasi tegur.. bagi tau.. bukan mcm cyber trooper pkatan hanyan jilat walau itu salah.. fine

    BalasPadam
  14. Mcm mana pon malaysia ranking top 3 kemalangan jalan raya paling tinggi di dunia. Kalo korang lah kerajaan. Apa korangakam buat?

    BalasPadam
  15. Alahaii mula2 aje kecoh..lama2 besok kotak kamera itu pun jd tpt sarang burung bertelur..tak percaya tungulah nanti

    BalasPadam