Selasa, 20 November 2012

betullah orang cakap, nyanyuk dah dia.. kesian atuk nik aziz..

atuk ni dah makin mengarut lah.. dendam tak habis-habis.. ohh atuk, Islam bukan hak milik mutlak pas tok... ala nabi pun ampunkan umat.. ini pulak kita.. kalau atuk dah dikompomkan masuk syurga dan Allah dah bagi petunjuk... saya rasa orang arab, orang afrika, orang bukit, orang laut semua ikut atuk join pas.. ye le.. kata undi pas masuk syurga... kan ke hebat gila namanya tu... kadang-kadang rasanya pas ni dah diresapi syiah lah.. syiah kan kalau mereka berdendam, sampai mati oooooo.... tengok pas ni... dah ke arah camtu lah... bukan nak cakap... kalau minda begini kita amalkan... tak kemana dakwah kita tok... aduh.. dah-dahlah merepek... kang sakit jantung kang... satu keja pulak...

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, laporan muka depan sebuah akhbar berkenaan "Umno murtad" hari ini satu pembohongan dan fitnah terbaru ke atas beliau. Sehubungan itu kata Nik Aziz, beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar berkenaan. "Tajuk muka hadapan Utusan Malaysia yang menulis 'Nik Aziz dakwa Umno murtad" adalah satu pembohongan yang besar ke atas saya. "Barangkali gaji mereka yang bertanggungjawab menabur fitnah ini cukup besar sehingga berbaloi utuk menebus dosa akibat fitnah. Insya-ALLAH saya akan mengemukakan saman ke atas fitnah terbaru ini," kata beliau di laman sosial Facebook semalam.

 Utusan Malaysia dalam laporannya semalam berkata, selepas adiknya mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN), Nik Aziz pula memberi gambaran bahawa Umno merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu. Kata laporan itu, beliau dalam nada tegas kemudiannya melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama. Sehubungan itu katanya, Umno tidak perlu dimuliakan sebaliknya doa-doa yang memohon agar Umno dan BN ditimpa bala tidak salah kerana ia sama dengan kisah Nabi Noh yang memohon kepada Allah untuk memusnahkan umatnya yang tidak patuh kepadanya.

 "Bila Umno buang Islam daripada dasar hidup dia, maka Umno agama apa? Agama Islam itu al-Quran, bila Umno tolak Islam, dalam dasar parti maka Kristian ke, Buddha ke atau tidak ada agama? "Timbul masalah murtad. Murtad ini khabarnya orang Kristian, paderi-paderi dia. Saya nak kata tidak, yang jadi orang Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri perlekeh Islam. "Umno tolak Islam maka nampak dia memperlekeh Islam, dia buang Islam macam benda sudah habis tempoh, macam ubat sudah habis tempoh, buang," katanya dipetik akhbar itu. Terdahulu 'admin' FB Nik Aziz berkata: "Setelah layanan baik diberikan kepada media termasuk Utusan Malaysia sepanjang Muktamar Pas Kali ke-58, inilah hadiahnya. Fitnah yang sangat dahsyat terhadap Tuan Guru Al Mursyidul Am Pas."

klik sini

ps: bila mereka anggap lagi power dari semua mahkluk camni lah... apa menda mereka je nak betul... pui...

1 ulasan:

  1. AIK ? MURSYIDUL AM PAS BACA UTUSAN MALAYSIA (Yang PR lebelkan sebagai akhbar syaitan).Mau pulak dia guna FACE BOOK" menerusi rangakain ICT yang dibangunkan oleh Kerajaan BN. Individu yang mempromosikan supaya orang Melayu juga patut diberi kebebasan melilih agama tidak dipersoalkan malahan dipertahankan, pemimpin yang menyokong LGBT (entah faham ketidak nik aziz apa itu LGBT. Jangan-jangan dia ingat "L-Langit, G-Guru (Tok Guru), B-Bertaubat dan T-Tawadu'. Hentam sajalah Tok Guru, asal ahli-ahli Bahagia pak!" Bila pipi dah kendur, bila uban dah berterabur, bila gigi dah gugur, bila mata dan pendengaran dah kabur, itu tanda kita sudah hampir ke kubur. Kat Kelantan ada, kat Putrajaya pun ada.

    BalasPadam