Selasa, 13 November 2012

KERANA KERETA DISERANG GAJAH, BOB LOKMAN TAK PUAS HATI DENGAN NAJIB.. PULAK.. kekeke...

ni lah gajahnya.. kekeke..


Bob Lokman atau nama sebenar, Muhammad Hakim Lokman berkata, pelancaran Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya untuk tarik sokongan golongan itu kepada BN.

Katanya, Umno terbukti semakin parah kerana sanggup menjanjikan habuan demi kepentingan politik.

“Ini janji tak ikhlas, kenapa baru sekarang nak bagi (perhatian) kepada artis. Adakah kerana tiada penyokong, baru nak
gunakan artis.

“Ini semua tindakan terdesak mereka. Selama ini siapa yang pandang artis, kami hanya digelar sebagai penghibur, tiada
kepentingan,” tempelaknya.

Najib melancarkan YA1M itu semalam sebagai langkah menarik sokongan golongan seni yang semakin peka dengan isu politik kepada BN.

Dalam ucapannya, beliau berjanji kepada golongan seni menyokong kerajaan akan mendapat bantuan lebih banyak kelak jika BN meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Najib turut mengumumkan sumbangan RM2 juta kepada YA1M pada tahun ini dan RM3 juta pada tahun depan di samping akan menimbang untuk menyediakan skim perlindungan insurans kepada golongan seni.

“Kalau dah buat macam-macam, takkan artis tak boleh fikir, mesti ada muslihat di sebalik janji-janjinya. Kalau mereka (artis) waras, mereka tak akan sokong perkara ini. Kalau tak boleh baca lagi (muslihat Najib), maknanya mereka tak normal.

“Tapi kalau mereka tidak bermaruah, orang itu pastinya mudah ditipu,” tegasnya ketika dihubungi.
Antara artis yang telah menyertai parti politik ialah penyanyi dan pelakon kontroversi Abby Abadi yang mengumumkan penyertaan ke dalam PAS.

sumber klik sini

9 ulasan:

  1. Mungkin gajah ni tak suka lagu Isabella kot...ha..ha..ha

    BalasPadam
  2. Kenapalah Gajah gajah ni tak sondol mereka semua terusssssssssss!!!Aman sikit Malaysia ni, bersatu semula orang Melayu...

    BalasPadam
  3. Gajah nieh mesti upahan UMNO...dasat tol UMNO hingga gajah pon bole join the party.....

    ekekekekekekekekekekekekek

    BalasPadam
  4. LEPAS PRU13 NANTI KORANG TENGOK MUKA SEMBAB BOB LOKMAN NI KAT TV. BIASA LAH XDE JOB KENA LAH TAGIH BALIK NAK BAGI ANAK BINI MAKAN.... DIORG YAKIN SGT AKAN MENANG BIARKAN... BIARKAN BOB LOKMAN ABBY ETC MALU SENDIRI NANTI..... AKU NAK TGK MANA DIORG LEPAS PRU 13 NANTI....

    BalasPadam
  5. mmg kena gajah dgn bob ye hehehe

    BalasPadam
  6. Gajah geram tengok gajah lain masuk kawasan mereka. Terutama gajah dari parti hamPAS. Kikikiki. Mulai ari ni aku nk panggil si mamat ni bob gajah

    BalasPadam
  7. Lawak dia da tak laku,tu sebab dia masuk PAS.Bila ceramah dia tak laku lagi,dia cuba berguru dgn gajah.Gajah tu marah kat dia sbb Al-fatihah tk hafal,da lah 2 melawak pla depan dorang to dia masuk angin kluar asap.......Taubat la BOB.

    BalasPadam
  8. YAYASAN ARTIS 1MALAYSIA CETUSAN NAJIB. DALAM PAS TAK DE, YG ADA HANYALAH MENYALAHKAN ORANG LAIN. TAPI PAS ADA ANWAR DAN NIK AZIZ, CUKUPLAH TU.

    BalasPadam
  9. gajah tu pun sebeno nya bebulu jer nengok Bob ni....harap badan jer besor mcm gajaah...tapi otak letak kat lutut...kalau nak berhijrah ke jalan agama tu buat la betul betul....adakah dengan memilih masuk politik, lepas tu maki hamun org lain yg tak sealiran di kira sebagai berhijrah ke jalan ALLAH??? adakah ALLAH suruh hambanya mencarut, maki hamun org??? tu yg gajah sondol tu....Agaknya Allah perintahkan gajah tu sondol sebagai warning kepada bob...jgn mainkan agama demi nak isi perut yg boroi tu...

    BalasPadam