Sabtu, 22 Disember 2012

ISU BASI.. KATA PAS..!!! PUI

kata kebajikan, nak jaga rakyat.. nak tunjukkan yang pas memang boleh mengantikan umno sebab nyata pas boleh bantu orang susah... kata dalam ceramah la, tapi nyatanya setelah 22 tahun memerintah... mereka buat apa dalam membantu orang susah? ceciter ceciter?

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh mendakwa, kerajaan Kelantan pimpinan Pas banyak meluluskan tanah untuk pembinaan kondominium berbanding membina rumah mampu milik untuk rakyat.

Beliau berkata, sejak memerintah negeri itu 22 tahun lalu, tiada rumah kos rendah dibina untuk rakyat berpendapatan sederhana.

"Sebagai contoh, tanah di Kampung Limau Manis yang dihuni antara 80 hingga 100 keluarga juga dijual untuk membina kondo mewah.

"Harga sebuah kondo kalau ikut pasaran semasa sekitar RM250,000. Saya rasa tidak ada orang yang berpendapatan sederhana atau rendah mampu beli," katanya selepas menyampaikan Bantuan Sewa Rumah Penduduk Miskin Bandar di sini semalam.

Pada majlis itu, seramai 122 penduduk miskin bandar menerima wang tunai berjumlah RM1,448 sebagai bantuan sewa rumah selama setahun yang disalurkan Kerajaan Pusat menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan.

ps: entahlah.. dikorek-korek berkenaan tak betulnya pas.. makin angkuh peminpin mereka nak nafikan.. alasan dan jawapan senang.. ini fitnah umno.. pui

Tiada ulasan:

Catat Ulasan