Sabtu, 22 Disember 2012

MENGAKU SUDAH-Projek Pembalakan Di Kelantan: Ngeh, Nga Terbabit


Pengerusi DAP Perak mengaku buat pelaburan

Ipoh: Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mengaku beliau dan sepupunya, Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri itu, melabur dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd yang mendapat projek pembalakan di Kelantan.

ADUN Sitiawan dan Ahli Parlimen Beruas itu berkata, mereka menyertai perniagaan berkenaan selepas diajak oleh anak guam mereka untuk melabur.

“Kami adalah sebahagian daripada pelabur dan semua transaksi diketahui oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Saya sudah tulis surat kepada LHDN,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Diberi tanah balak lebih 4,000 hektar
Beliau mengulas dakwaan blog
Pisau.net sebelum ini yang mendakwa mereka melalui Upaya Padu diberi tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang, Kelantan sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Kelmarin, EXCO Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman, berkata carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesahkan Koo Ham dan Kor Ming adalah dua daripada enam ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Ditanya mengenai pendedahan dokumen dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) bahawa beliau mengeluarkan jutaan ringgit untuk projek berkenaan, Koo Ham berkata:
“Ini dibuat sekumpulan pelabur, apa yang dia (Hamidah) ada hanya satu dokumen saja. Sebagai seorang peguam, saya tidak boleh beri (dedahkan) semua transaksi.”

Ugut laporan polis

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, enggan mengulas lanjut isu itu untuk melindungi anak guam mereka mengikut Akta Profesion Undang-undang 1956.

Koo Ham turut mengugut akan membuat laporan polis mengikut Seksyen 8A Akta Mesin Percetakan dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan, selain saman sivil terhadap media yang memfitnah mereka berkaitan isu berkenaan.

Beliau juga mengedarkan kenyataan media Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari yang menjelaskan tanah berkenaan adalah milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan syarikat terbabit diberi pajakan selama 50 tahun- Berita Harian

ps: ayuk, ayuk.. panas panas dah punggung orang yang terbabit... habislah!!! pemimpin pas pun pening kepala ni... ooo patutlah punya baik giler dengan dap.. ada udang disebalik mee rupanya.. tak guna punya pemimpin pi gadai tanah dekat cina dap.. pui.. lepas tu dah terkantoi nak salahkan umno... gampang!!!!...

1 ulasan: