Sabtu, 24 November 2012

HIMPUNAN BARISAN 1 MALAYSIA, PENCHACAI KATA GAMBAR NI EDIT.. HEHE..

bernanah tolo bang, yolah, mereka ni si pakatan jibraun yang angkuh bebenor tu.. bila mereka kata kalau mereka buat satu-satu perhimpunan boleh mengumpul 5 juta manusia... tapi kerana hari ni adalah hari perhimpunan barisan 1 malaysia.. mereka kata sikit sangat orangnya kalau nak dibandingkan dengan mereka.. hahaha.. lantak kome le jibraun haaha

ps: ahh takde, tak de ni semua kena bayar.. hahaha..

lagi gambar klik sini

Jumaat, 23 November 2012

MAK AIH, LAGI DOA UNTUK HANCURKAN BN DI ULU YAM BHARU...

apa lah sepeet perangai camni ek.. apa masalahnya dengan perangai sepeet orang pas la ni.. dah kemaruk nak putrajaya sangat kah, or dah memang dalam hati mereka ni dah dilamun kepala bana otaknya.. entahlah..
aku rasalah, dendam orang-orang pas ni takkan habis sampai 7 keturunan kot kat umno, kecuali mereka dah insaf dengan cara mereka yang terlampau extrim tu.. so.. kita doa-doakanlah rakan-rakan kita yang taksub tu.. supaya kembali kepangkal jalan... aku ada je kawan orang pas..mereka ok je, kawan tetap kawan takde lah sampai nak doakan rakan-rakan walau berlainan ideologi politik... tapi perangai khawarij lani agak teruk bebeno beb... awat ek.. huh...

korang layan je lah lagu ni.. memang betul pun perangai mereka ni dah tahap apa tah.. huh




PAS hari ini bagaikan mengadakan gerakan seluruh negara menyeru para khawarij berdoa agar menghancurkan kerajaan Islam Umno BN.

Di Masjid Al-Falah Ulu Yam Bharu,Kuala Kubu Bharu pada penghujung khutbah Jumaat siang tadi Iman masjid yang dikenali sebagai totok khawarij Mohd Azmi Bin Hasan telah mengikut jejak langkah Nik Razi doa beliau " Ya Allah hancurkan kerajaan yang penuh kezaliman tumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan raya yang akan datang,turunkan bala dan kehancuran pada kerajaan yang zalin ini"

Korang nak tahu apa yang jadi di masjid selepas itu,kekecohan telah berlaku apabila ramai jemaah kurang senang apabila imam membaca doa tersebut hinggakan Mohamad Saiful Ketua Pemuda Umno Gugusan Ulu Yam Bharu telah bangkit membantah.

baca seterusnya.. klik sini

HAIRIE OTHMAN KENA BELI DENGAN UMNO... HEHE.. INI BUKTINYA.. LALALALA

ps: pas oh pas.. why why...

klik sini 

Khamis, 22 November 2012

WAH!!! BERPUSU-PUSU MANUSIA KE CERAMAH JELAJAH MERDEKA... HIDUP NUAQ BRAHIM. X 18

ramai seh.. boleh buat bn goyang dan goyang x 3... haha.. erm.. ada unsur tersirat didalam gambar ini... kalau di shah ale pun pakatan tak mampu tarik croud sampai puluh ribu untuk percaya apa kata mr anuar ibrahim... ini pula di seluruh negara bai.. tapi macam biasalah.. penchacai yang angkuh akan bagi alasan.. hari ini hari bekerja..semua busy. dan paling best majlis ini disabotaj umno.. keh keh keh dan 1000 alasan lah mereka akan bagi demi nak cover yang pakatan semakin diterima rakyat, kata mereka lah... podahh... kah kah kah

lagi gambar... kecuit perut bro... hahaha.. klik sini

BILA ZURAIDAH MAK LAMPIR KUMPUL KEKAYAAN... PENCHACAI KATA.. HARUS... BILA UMNO JADI SEWEL MEREKA TAJI... PUI.. POLITIK SAMPAH.!!!

sebab utama zuraidah aka mak lampir hantu kak limah tu sebab umno.. umnolah puncanya.. haha.. alasan paling best dari penchacai jibraun untuk spin dan spin... wei.. pemimpin pkr mereka kumpul kekayaan seko pak kulup tak mau tegur kan... bila dibongkarkan.. eleh.. alah.. itu hak individu.. mana lapiji? asal tak mau tegur? terutama penchacai tegar parasit pas... kenapa tak tegur.. haha.. almaklumlah.. standart penchacai.. mana mungkin nampak kesalahan dalam kapal sendiri dong.. kikiki... pui...

ps: mungkin zuraidah aka mak lampir tu kumpul duit dari kecik kot keh keh keh...

di sini klik 

Selasa, 20 November 2012

KALAULAH PEJUANG PALESTIN ADA SENJATA INI... AKU BERANI JAMIN TENTERA ISRAEL MAMPOS!!!!!

baru datang serangan roket al-qassam dah jadi takut mati macam ni.. poodah..

kita tau bangsa yahudi ni angkuh ya amat.. tetapi mereka ini semua takut mati... dan aku berani jamin lah.. kalaulah separa tentera di palestin di modenkan... dan israel berani kacau macam mereka kacau buat lauk kat tanah palestin ni sekarang ni... mereka ibarat mengali kubur mereka sendiri.. tentera israel semua penakut..

sebab mereka berani buli palestin sebab di palestin tiada senjata berat yang mampu nak melawan syaitan israel ni... cuma dengan senjata sendiri iaitu roket al-qassam, tak pe.. dengan izin Allah.. sok roket tu tepat kena ke rumah perdana menteri syaitan israel yang gila perang tu..

harap ada hartawan arab atau billionair Islam support beli senjata ini untuk tentera palestin... letihlah.. asik berdemo je.. asik kita je kena mengalah... hari-hari ramai orang tak berdosa meninggal dunia... sungguh sadis beb...

berikut senjata yang kalau tentera palestin ada.. aku berani cakap... tentera israel kecut perut.. dan pikir 2 kali kalau nak cari pasal dengan palestin... betul kan?

sistem senjata anti kereta kebal.. kornet..

anti aircraft missiles

ada ni cukuplah...



ps: kita di negara Islam patut kuatkan sistem persenjataan supaya musuh tak mampu nak cari pasal... israel tu tunggu masa je tu.. tunggulah..masanya nanti...

betullah orang cakap, nyanyuk dah dia.. kesian atuk nik aziz..

atuk ni dah makin mengarut lah.. dendam tak habis-habis.. ohh atuk, Islam bukan hak milik mutlak pas tok... ala nabi pun ampunkan umat.. ini pulak kita.. kalau atuk dah dikompomkan masuk syurga dan Allah dah bagi petunjuk... saya rasa orang arab, orang afrika, orang bukit, orang laut semua ikut atuk join pas.. ye le.. kata undi pas masuk syurga... kan ke hebat gila namanya tu... kadang-kadang rasanya pas ni dah diresapi syiah lah.. syiah kan kalau mereka berdendam, sampai mati oooooo.... tengok pas ni... dah ke arah camtu lah... bukan nak cakap... kalau minda begini kita amalkan... tak kemana dakwah kita tok... aduh.. dah-dahlah merepek... kang sakit jantung kang... satu keja pulak...

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, laporan muka depan sebuah akhbar berkenaan "Umno murtad" hari ini satu pembohongan dan fitnah terbaru ke atas beliau. Sehubungan itu kata Nik Aziz, beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar berkenaan. "Tajuk muka hadapan Utusan Malaysia yang menulis 'Nik Aziz dakwa Umno murtad" adalah satu pembohongan yang besar ke atas saya. "Barangkali gaji mereka yang bertanggungjawab menabur fitnah ini cukup besar sehingga berbaloi utuk menebus dosa akibat fitnah. Insya-ALLAH saya akan mengemukakan saman ke atas fitnah terbaru ini," kata beliau di laman sosial Facebook semalam.

 Utusan Malaysia dalam laporannya semalam berkata, selepas adiknya mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN), Nik Aziz pula memberi gambaran bahawa Umno merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu. Kata laporan itu, beliau dalam nada tegas kemudiannya melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama. Sehubungan itu katanya, Umno tidak perlu dimuliakan sebaliknya doa-doa yang memohon agar Umno dan BN ditimpa bala tidak salah kerana ia sama dengan kisah Nabi Noh yang memohon kepada Allah untuk memusnahkan umatnya yang tidak patuh kepadanya.

 "Bila Umno buang Islam daripada dasar hidup dia, maka Umno agama apa? Agama Islam itu al-Quran, bila Umno tolak Islam, dalam dasar parti maka Kristian ke, Buddha ke atau tidak ada agama? "Timbul masalah murtad. Murtad ini khabarnya orang Kristian, paderi-paderi dia. Saya nak kata tidak, yang jadi orang Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri perlekeh Islam. "Umno tolak Islam maka nampak dia memperlekeh Islam, dia buang Islam macam benda sudah habis tempoh, macam ubat sudah habis tempoh, buang," katanya dipetik akhbar itu. Terdahulu 'admin' FB Nik Aziz berkata: "Setelah layanan baik diberikan kepada media termasuk Utusan Malaysia sepanjang Muktamar Pas Kali ke-58, inilah hadiahnya. Fitnah yang sangat dahsyat terhadap Tuan Guru Al Mursyidul Am Pas."

klik sini

ps: bila mereka anggap lagi power dari semua mahkluk camni lah... apa menda mereka je nak betul... pui...

Ahad, 18 November 2012

KERANA DOA HANCUR BN/UMNO... 50 keluar umno join pas... sob sob... :(

ia berlaku di bachok.. huk huk.. dasat pas sekarang... i pun pening u.. hehe.. bila sikap begini pas amalkan.. orang-orang yang mampu berfikir, boleh berfikir mana yang baik mana yang buruk... bukan putrajaya je..

gambar hiase

BACHOK: Sekumpulan 50 penyokong PAS di Kampung Pak Mali, Bakong di sini menyerahkan borang permohonan untuk menyertai Umno, di sini, malam tadi.

Ketua Umno Bahagian Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin menerima borang daripada kumpulan terbabit diketuai Syed Zain Syed Hassan, 48, dengan disaksikan lebih 300 penduduk kampung.

"Ini bermakna Umno berjaya menembusi kubu kuat PAS yang sukar dimasuki sejak 20 tahun lepas," kata Awang Adek kepada pemberita selepas menerima borang-borang itu pada majlis bongkar isu semasa di kampung berkenaan.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata tindakan mereka akan membantu Umno dalam usaha menawan Parlimen Bachok dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan berkenaan iaitu Jelawat, Perupuk dan Tawang pada pilihan raya umum akan datang.

Mat Usof Mat Junoh, 57, berkata kegagalan PAS membangunkan Kelantan mendorongnya mengambil keputusan meninggalkan parti yang disertainya sejak 20 tahun lepas.

Katanya, usaha akan dibuat untuk menarik kira-kira 60 lagi penyokong dan anggota PAS di kawasan itu untuk menyertai Umno.

kawe amek kat sini.. klik