Sabtu, 23 Februari 2013

aduhai.. longlai beb!! dah keluar umno pulak.. di kg tasek bakong!!! adus :(

dah-dah masa macam ni pulak nak keluar parti pulak.. alahai.. kalau frust pun takyah lah sampai 1 kampung ikut sekali.. payah ni weh.. ades..................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................


kesimpulan yang aku nak cerita adalah hal kebenaran.. bukannya orang keluar umno.. tetapi keluar pas dan dah tak percaya dah dengan parti pas.. semakin hari semakin ramai orang pas keluar parti.. senang je dah tok guru dia hina orang yang menerima br1m sebagai ayam dan lembu.. so far ajaran dari tok guru ni dia lain macam sikit.. dia keluar apa sekalipun dari mulut dia, sesetengah yang taksub terus anggap ia sungguh mulia.. tetapi yang boleh berfikir waras, dan tak menganggap tok guru sorang ni jenis yang cerdik akalnya dan tidak langsung mengikut ajaran Islam sebenar (ajaran Islam cara tok guru, anggap siapa sokong umno adalah Islam sekular)... ai dah teruk betul cara Islam bawaan pas.. nate..

dan macam biasa cecei pas kata ini orang umno yang masuk umno.. hehe..

Seramai 78 ahli dan penyokong tegar Pas menyertai UMNO selepas kecewa dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan penerima bantuan Kerajaan Pusat dengan `haiwan.'

Kesemua mereka yang berasal dari Kampung Tasek Bakong, Padang Licin dan Tok Pelanduk di sini turut menyatakan kecewa terhadap pemimpin-pemimpin Pas yang didakwa gagal mempertahankan kesucian agama Islam di negara ini terutama dalam isu kalimah Allah.

Borang keahlian mereka telah diserahkan kepada Ketua UMNO Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di Kampung Tasek Bakong di sini malam tadi.

Rahmah Che Noh, 53, ketika ditemui berkata, dia telah lama menjadi ahli Pas namun kenyataan Nik Abdul Aziz itu membuatkannya kecewa dan merasa sangat terhina.

"Saya sudah 15 tahun dalam Pas, sepanjang masa itu tiada apa-apa pun bantuan yang diberikan, apabila Kerajaan Pusat beri bantuan beliau pula menghina kami.

"Saya rasa kecewa, kesal dan sangat marah apabila tok guru menghina sesama Islam dia seperti tidak tahu kita adalah sesama manusia," katanya.

Penyokong tegar Pas, Noh Awang, 78, yang telah menjadi ahli parti itu sejak 1950-an turut menyatakan rasa marah dengan sikap pemimpin Pas yang dakwanya semakin melupakan perjuangan agama parti itu.

"Sudah begitu lama saya menyokong Pas. Banyak isu yang timbul tetapi sokongan saya kepada Pas dari muda sampai tua tetapi sejak isu kalimah Allah baru-baru ini, bahu saya terasa sudah senget ke arah UMNO.

"Sekarang timbul pula kata macam haiwan, kenapakah tok guru bandingkan sebagai haiwan, tidak patut dia cakap begitu, sepatutnya dia lebih merendah diri dan tunjuk teladan baik kepada penyokong di bawahnya," jelasnya.

Noraini Dollah, 25, berkata, Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu lebih-lebih lagi beliau sendiri tidak memberi apa-apa bantuan kepada rakyatnya.

"Saya ini orang muda pun terkejut dengan kenyataan itu. Tidak sepatutnya sesama Islam dihina sebagai haiwan lebih-lebih lagi beliau sendiri tidak buat apa-apa," ujarnya. - UTUSAN

ps: ada juga memberi komen, utusan yang korang percaya.. thah thah utusan dah bayar semua orang kampung ni.. hehehe... erm, paling best ada yang kata masa pilihanraya ni lah yang orang yang berlakon jadi orang pas masuk umno.. kih kih.. jadi sawan dah cecei.. apa dia ingat parti dia terlalu mulia kot.. hehe... yang kelakar tahap cipan, utusan diaorang boikot, tv3 pun diaorang boikot, tapi baca juga utusan, tengok juga buletin utama... hahahaha, sama juga dengan br1m, kata haram kalau amek, tapi muka-muka hamlau dok kutuk siang malam ni lah yang beratur first dok pi ambil dulu.. wakakakakakakakaka....

7 ulasan:

  1. semakin ramai yg sedar siapa pas sebenarnya sejak diterajui TG/HH yg lebih muliakan cina dap daripada agama, akidah, perpaduan umat islam... ulama mereka sendiri dibuang mcm kain buruk semata2 mempertahankan islam tetapi org2 kafir dimuliakan dan disanjug tinggi sedangkan bermati2an menentang islam..

    pas dah songsang...

    BalasPadam
  2. Agaknya golongan 8 asnab yang terima habuan zakat - haiwan kambing dan unta ke kalau ikut mazhab tok guru nik ajis?

    BalasPadam
  3. Ramalan saya, PRU13 PAS bungkus, ustaz ustaz PAS boleh gi sambung belajar ! Habiskan belajar dulu jangan dok ngate kat orang aje . Yg sekongkol dgn PAS lagi bungkus .

    BalasPadam
  4. ala....sehari dua jer isu ni panazzz.....lepas tu tok garu nik ajis akan keluar fatwa baru pulok....." penerima BR1M hanya akan di iktiraf sebagai manusia kalau undi PAS"

    BalasPadam
  5. bekas pengundi pas24 Februari 2013 7:47 PG

    PRU 12, kat kg aku dr segi perangai rasenye YB PAS yg menang dulu tu better dr calon BN. Aku dulu pun pangkahlah dia. Tp skrg ni, dilihat secara nasional BN lebih boleh dan pandai buat kerja, InsyaAllah kali ni pangkah BN. Tp BN letaklah calon yg bukan saje boleh buat kerja tp perangai juga kene baik barulah orang kg suke !

    BalasPadam
  6. Masa kuar saiful sumpah laknat .dlm tv dan video seks anwar dgn china doll terus aku beralih arah kpd bn........apa lagi kita harapkan pd pr........gagal mentadbir kerajaan negeri.......mcmana nak mentadbir negara......pru2008 mcm2 janji dibuat kerajaan pr bila dh menang buat2 lupa nak hapus kan cukai pintu lah nak bagi bantuan kepd ibu tunggal semuanya hampeh haktuii dasar penipu apa yang aku tahu cukai pintu rumah aku naik giler babi mmg sial punya mb selangor klu bagi peluang lagi pd pr mmemerintah selangor confirm naik lagi cukai pintu aku rasa ini strategi nak halau melayu supaya jual rumah pindah tempat lain......ramai dikalangan org melayu tk mampu beli rumah teres itu blm masuk DATUM JELATEK DIkeramat harga giler babi mahal......mana janji2 pr nk buat rumah murah...MCM NI KE NEGARA KEBAJIKAN ...........KLU NEGARA KEBAJIKAN BYKAN RUMAH MURAH APA PKNS BUAT....MASYUK KE SEBENARNYA BYK LAGI AKU NK HENTAM PR NI CAKAP TAK SERUPA BIKIN...TGGU JE LA PRU13 .....APA2 PUN BN TERBAIK

    BalasPadam
  7. Same ngan aku, meluat sgt dh PR. Janji sana sini, cukai pintu naik....ape kes..... Boleh blah le.


    BalasPadam