Jumaat, 22 Februari 2013

kajian terbaru!! sah pakatan rakyat menang pru13!! wajib baca!!!


erm ni dah kira berita panas... sampai aku terkejuit beruk bila dapat tau ni.. mau pengsan..kajian itu mengatakan sokongan pakatan rakyat sekarang adalah 59% & dan bn 41%, yang bagi sms tu adalah orang pas cawangan sungai buloh, baru je aku dapat msg tadi ni... keh keh keh... takut tak.. muahahaha...

tapi tulah tu sms yang aku rasa poyo je, sumber kajian tu dari umcedel. ai takkan korang tak tau, universiti malaya tu lubuk pakatan da, dari zaman reformasi 1998 lagi itulah lubuk untuk diciptakan robot anuar ibrahim sampai sekarang... kenapa tak percaya ker?

yang bawah kajian ni mereka tak percaya.. sebab anggap, ahhh ini bohong... hehehe alat umno... cit..!!!


tu dia aih, bila kajian yang dibuat oleh Economist Intelligence Unit (EIU) meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda pembaharuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta kepimpinan ekonomi beliau yang berjaya.

maka geng geng pencecei mana boleh tengok kalau apa saja berkenaan bn menang ke atau bn mendapat pujian ke.. mereka-mereka semua anggap ia dah dikawtim oleh umno, dan paling best kalau memihak pada mereka wah bukan main dijaja bagai kera dapat pisang beb.. muahahaha... suka kemain..

realitinya menurut kajian Economist Intelligence Unit (EIU), Jika dibuat perbandingan dengan pencapaian Dato'Seri Najib Tun Abdul Rakzak Perdana Menteri Malaysia , EIU mendapati bahawa terdapat jurang yang terlalu luas corak pemerintahan antara UMNO (BN) dan Pakatan Pembangkang sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya memerintah Malaysia.
Sebagai contoh, menyediakan pendidikan menengah percuma akan menyebabkan kerajaan berbelanja RM43 bilion, dengan memansuhkan duti kereta akan mengurangkan perolehan cukai sebanyak RM4.6 bilion setahun.

baca seterusnya talk with hand

tidak disangkal lagi bn dah buktikan yang sentiasa bekerja untuk rakyat.. dan nak bezakan track record dari pakatan di selangor pun dah semua orang tau, sebab mb khalid gagap bagi tau menifesto bukan janji, dan paling hebat pun dia boleh bagi vaucer rm100 jom shopping, itu pun bukan semua dapat... itulah yang terjadi di selangor...

dan banyak lagi janji tak tertunai.. adakah kerajaan macam pakatan rakyat kita nak percaya mereka memerintah perseketuan? lupakan jelah ye... mereka pandai cakap, cakap dan cakap.. cari salah orang, cari kelemahan orang, tapi bila dikritik kelemahan mereka, mereka tuding jari dekat oang lain... kejadahnya...

9 ulasan:

  1. kah kah kah kah... maksudnya manifesto bukan janji fuckatan adalah tidak realistik langsung... kah kah kah kah

    Bukan UMNO yang cakap, omputih yang sama geng dengan Nuar yang cakapkan....

    Kah kah kah kah kah kah... rupenye janji fuckatan adalah janji dalam MIMPI....

    KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH....!!!!!!

    BalasPadam
  2. dia orang cuma percaya apa yang dia orang nak percaya je !

    BalasPadam
  3. PR kata sedang mendahului dan boleh menang 140 kerusi Parlimen bagitu juga BN yang dikatakan boleh menang 2/3 majoriti.

    Jadi kita tidak usah pedulikan siapa menang sebaliknya kita harus melihat siapakah yang kalah dalam pertarungan pru ini.

    Pada pendapat saya berdasarkan keadaan politik semasa , kedudukan tidak menentu dan polisi berat sebelah oleh PR di Pulau Pinang juga polisi dasar pecah perintah oleh PR Selangor , yang kalah dalam PRU adalah orang Melayu yang sentiasa berpecah tanap kembali kepada pegangan ugama Islam yang diajar serta perkara yang telah Melayu belajar mengenai Islam.

    Melayu kalah maka hancurlah dan pecah lah Islam .. terbukti perpecahan dan tidak amannya sesebuah negara kerana perpecahan dalam pegangan Agama. Oleh itu Melayu yang masih mempunyai naluri Islam , sedar lah dan sedar lah.

    BalasPadam
  4. kajian UMCEDEL berapa peratus tepat pulak?? Setakat ni rasanya 0% je....

    BalasPadam
  5. saya setuju dgn amnitpg... yang kalah nanti adalah mejoritinya adalah org melayu yang beragama Islam... kenapakah kita sesama Islam tidak dapat bersatu demi Agama Bangsa dan Negara kita Malaysia ini... Saya amat berasa malu dengan beberapa org Ulamak di dalam Parti politik yang langsung tidak berusaha ke arah penyatuan kita sesama Islam... Malah mereka mengeluarkan fatwa yang bermacam macam dgn parti Politik pihak lawan yang beragama IUslam juga. tugas ulamak adalah untuk menyatupadukan umat islam . bukannya bermusuh sesama islam. lihatlah apa yg terjadi kepada negara negara arab...

    BalasPadam
  6. Masalahnya, mereka bukannya nak bbersatu, tetapi sekadar nak menang, BN kalau dah menang dia akan tendang balik parti lawan seperti tahun 70an. Tengok sejarah balik...... "Pisang tidak akan berbuah dua kali"

    BalasPadam
  7. Terima kasih Anwar.
    1. Kalau tidak kerana engkau, ASB tidak akan wujud. Bonus untuk kakitangan kerajaan tidak akan wujud di Malaysia.
    2. Jika tidak kerana keperhatian mu (Anwar) kepada rakyat untuk menjadikan negara ini negara berkebajikan BR1M tidak akan wujud, Klinik 1M tidak akan wujud, Baucar 250 kepada IPT tidak akan ada, Harga minyak tidak akan turun, Permit teksi tidak akan diberi, Air free di Selangor pasti tidak akan ada, Laptop 1M tidak akan ada, PRIMA 1M tidak akan ada.
    3. Anwar terima kasih kerana aku nak beli kereta tahun ini, jika tidak kerana engkau Anwar, pasti harga kereta tidak akan turun jika BN menang. Manifesto Bukan Aku Janji (Manifesto PR) tersebut menjadikan rakyat senang kerana BN takut akan kalah PRU 13. Manifesto asal BN untuk PRU 12 tidak ada ini semua. Ini semua adalah tindakan yang dijalankan oleh kerajaan PR di Pulau Pinang kepada rakyat.
    4. Terima kasih kerana memberikan idea kepada PM secara tidak langsung. Rakyat akan merinduimu jika engkau tiada kerana jika tiada orang seperti engkau yang berani menegur pemimpin maka negara berkebajikan tidak akan ada seperti sekarang.
    5. Masih dalam ingatanku, ketika PM Najib 2 tahun pertama menjadi Perdana Menteri, beliau sangat kedekut. Cukai naik 5% menjadi 6% setiap pembelian makanan. Dia beritahu kita perlu berjimat cermat dan timbullah banyak iklan tentang berjimat cermat di kaca televisyen. Iklan itu dan ini supaya berjimat cermat. Selain itu, claim kakitangan kerajaan semua tidak diluluskan. Kalau pergi kursus keluar negeri terpaksa guna duit sendiri dan tidak dapat di claim. Kita bekerja secara rasmi mengapa perlu guna duit sendiri. Bukan kita enjoy. Tetapi selepas kes Datin Rosmah beli cincin 24 juta melalui duit simpanan beliau sendiri sejak dari kecil (kata Rosmah) semua telah berubah. PM Najib menjadi pemurah. Seorang yang kedekut menjadi pemurah. Claim diberikan semula.Iklan berjimat cermat hilang di kaca televisyen. Dasar berubah dengan serta merta.PM kata “Kita mesti berbelanja di dalam negeri untuk meningkatkan ekonomi negara”. Ini bukannya kerana dia prihatin kepada rakyat , tetapi takut dengan rakyat kerana cakap tak serupa bikin. PM Berbelanja Boros Di Luar Negara Tetapi Rakyat Disuruh Berjimat Cermat. Mungkin juga PM mendapat hidayah dari ALLAH supaya bertaubat sebelum mati. Pada masa yang sama engkau Anwar telah fight habis-habisan dan hendak menubuhkan Negara Berkebajikan dengan matlamat tersendiri.
    6. Aku bangga menjadi Rakyat Malaysia. Tapi aku sedih jika engkau tiada kerana tiada lagi yang dapat membantu rakyat. BN membantu rakyat kerana takut kalah dan bukannya kerana sifat peribadi. Bila engkau (Anwar) sudah tiada, agak sukar mencari Ketua Pembangkang seperti engkau. Engkau seperti Pengerusi Cuepac yang sentiasa berani menyatakan kebenaran walaupun dirimu mempunyai kelemahan tersendiri. Walaupun PM Najib kata Pengerusi Cuepac menyalak seperti anjing tetapi dia masih menyuarakan pendapat untuk menjaga kebajikan pekerja kontrak dan lain lain lagi.
    7. Aku Sokong Parti BN Pengerusi Cuepac (sahaja) dan Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim).
    Kalau nak tahu kelemahan UMNO pulak kita sokong PR. Jika PR menang banyak kes rasuah, kes tertentu dapat di selesaikan mungkin dalam masa 2 penggal. Kalau tak nak sokong pun tak apa, sebab terlalu ekstrem dengan parti tertentu. Tapi better jangan sokong Anwar, sebab takut ada pemimpin dan isterinya yang mati kena hukum gantung sebab bunuh orang guna bom tentera Malaysia semasa menjadi Menteri Pertahanan. Orang yang dari Paloh, Sibu Sarawak tersebut yang terlibat sama, sekarang masih hidup dan enjoy di sini. BN jaga dia. Ikut arahan BN akan selamat sebab taat pada ketua. Tidak seperti Anwar yang tidak taat kepada PM.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus ulasan ni. Boleh di diterima

      Padam