Rabu, 27 Februari 2013

aku puji menifesto pakatan rakyat!! telus bro!!!

gula-gula da.. biasa da, nak lawan bn kenalah lagi bagus.. masa mereka umumkan, bukan setakat pekakas dap yang suka, malah spisis melopong yang biasa kena tipu pun menjerit-jerit macam orang kena sampuk sindrom sasauisme.. hehe..

Manifesto Pakatan Haram merupakan janji manis yang tidak akan mereka tunaikan. Rakyat harus sentiasa ingat hakikat bahawa pakatan haram menyediakan gula-gula sekadar untuk menipu jiwa rakyat. Mereka tidak pernah berhajat untuk menunaikan manifesto tersebut. Oleh itu, mereka boleh dengan senang senang hati menjanjikan bulan bintang dan matahari untuk rakyat.

semua boleh janji.. hehe

 YES YES YES... kehebatan menifesto pakatan rakyat.. haha


ANALISIS


1) Caruman Wanita dan Bantuan Warga Emas

Mahu dilaksanakan di peringkat persekutuan, namun tawaran sebegini telah ada pada Manifesto PR Selangor pd PRU-12 namun adakah terlaksana?

Mencarum takaful RM2,500 utk warga emas, memberi elaun ibu tunggal dan memberi elaun khas kepada suri rumah, sudah hampir hujung penggal, mana pelaksanaannya?

Peringkat negeri pun tak terdaya, inikan pula peringkat persekutuan!

2) Islam Agama Persekutuan- Di mana Hudud?

Apakah selama ini BN tidak menjunjung Islam sebagai agama rasmi persekutuan?

Persoalan utama, di manakah pelaksanaan huhud yg dicanang-canang oleh PAS? Tiada langsung komitmen ke arah pelaksanaan hudud disebut dalam manifesto ini, adakah PAS terpaksa melupakan asas perjuangan mereka dek kerana tekanan dari DAP dan PKR?

Semua maklum, pertelagahan isu hudud dalam PR sangat kronik terutama antara DAP dan PAS! Akhirnya, PAS terpaksa mengaku kalah!

3) Gaji Minimum RM1,100??

Apakah PR terlepas pandang bahawa komitmen ini sedang dalam proses pelaksanaan. Kementerian Sumber Manusia bersetuju melaksanakan gaji minimum pada kadar RM900, kadar yang berpatutan mengikut kemampuan industri, apakah PR semberono menaikkan kadar kpd rm1100?

Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia pernah menyarankan sekiranya kadar minimum ditetapkan tinggi ianya akan membawa kesan negatif kepada perniagaan dan boleh menyebabkan gulung tikar.

Tidak gentarkah sokongan Cina hilang wahai pemimpin PR?

4) Tawaran 'Hapuskan' dominan!

Projek Lynas, projek RAPID di Pengerang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), konsesi-konsesi tol, Syarikat Perumahan Negara Berhad dan PTPTN adalah antara yang ditawarkan untuk dihapuskan sekiranya mereka berkuasa. Tawaran mereka ini hadir tanpa sebarang mekanisme yang jelas! Kata mahu mewujudkan 1juta peluang pekerjaan namun segala projek dan agensi yang dikatakan 'milik kroni BN' hendak dihapuskan, apakah nasib-nasib pekerja di situ? Adakah ini dinamakan 'Kerajaan Rakyat'?

Ingatan buat PR, jangan terlalu buas menawarkan pelbagai penghapusan, takut nanti, rakyat sendiri menghapuskan kalian!

5) Hapus dan Batalkan AES

Ini adalah tindakan populis! Siapa kata tiada pendekatan pendidikan dan amaran berkenaan keselamatan jalan raya selama ini? Apa pula method pendidikan dan amaran berkesan yang hendak dicadangkan PR? YB TG Nik Aziz, apakah pula ilmu yang hendak diajar apabila kes salah laku lalu lintas ini boleh 'dimaafkan'?

Soal ratusan nyawa hilang di jalan raya, memandu melebihi had laju serta melanggar lampu isyarat, tindakan ini sebenarnya menunjukkan PR tamak kuasa hingga hilang nilai nyawa rakyat jelata!

6) Perumahan Selesa?

Di Pulau Pinang, Laporan Audit Negara mendapati tiada langsung rumah selesa mampu milik dibina. Malahan, golongan berpendapatan sederhana didapati sukar membeli rumah kerana purata harga rumah dijual pada RM400,000 ,RM600,000 dan RM 1juta. Di Selangor pula, Projek Datum Jelatek adalah bukti jelas komitmen PKNS telah jauh songsang dari matlamat asal penubuhannnya. Harga dari serendah RM700,000 kepada jutaan ringgit, inikah terjemahan 'rumah selesa mampu milik' oleh PR?

7) Turun Harga Kereta

Kata hendak tingkatkan kualiti pengangkutan awam supaya rakyat tidak lagi bergantung kepada penggunaan kereta, namun dicadangkan juga harga kereta turun supaya rakyat mudah beli, di manakah fokus pelaksanaan PR ini?

Kemudian, dalam tawaran PR kali ini, langsung tidak dinyatakan komitmen untuk meningkatkan kualiti jaringan trafik dan lalu lintas, bayangkan apabila harga kereta turun rakyat mudah beli, apa akan jadi pada jaringan lalu lintas yang sudah sedia padat ini? Tambah masalah baru adalah hobi PR!

Seperkara lagi, menggalakkan rakyat berhutang atas liabiliti kerana semurah mana pun harga kereta, kereta masih satu liabiliti ! Ini ilmu apa pula yang hendak diajar kepada rakyat ?

Atau, pemimpin PR sudah berangan-angan hendak menempah semula Toyota Camry 2.4 sebagai kenderaan rasmi mereka, akibat kempunan satu ketika dahulu.

Sahabat 1Malaysia, walau apa yang dicanangkan, berpeganglah kepada pesanan seorang pemimpin PR, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa ‘manifesto bukanlah satu perjanjian’ akibatnya intipati ‘”Manifesto Bukan Janji’: Pakatan Hancurkan Rakyat” HANYALAH retorik, populis dan tidak jelas hala tujunya!

ps: biasalah kena ingat tagline ni beb "MENIFESTO BUKAN JANJI" itu mb selangor yang cakap.. dia yang ajar.. supaya janji yang tak tertunai itu adalah menifesto bukan janji...

klik sini serius panas
klik sini lagi panas

9 ulasan:

  1. ini manifesto yg diorg ambik dari dalam tong sampah diselangor.. kutip balik lepas tu taip pada kertas baru dan tambah sesedap rasa...

    rakyat selangor/p.p/kedah (kelantan dah berkali2 dah) dah kena kencing, adakah masih rela dikencingkan sekali lagi..??

    rakyat malaysia kena ambil iktibar...

    janji yg cukup sedap didengar dan dilihat tapi bila dikaji dan difikir semula memang tak masuk akal.. yg lepas pun tak tertunai kini nak janji utk negara.. boleh hancorr dan huru hara negara jadinya...

    pastikan pru ini utk bn/umno yg dari dulu hingga kini membangunkan negara dan memakmurkan rakyat..

    BalasPadam
  2. TU BKN MANIFESTO TELUS..TU AIR MANI ANUWAR BOLOS BROO KEHKEHKEH

    BalasPadam
  3. Kitar semula dari parti sampah manifesto bukan janji... tapi untuk tarik undi kemudian dikencingi.....

    BalasPadam
  4. Hahaha td aku dah pos komen pasai hukum dlm islam. La dah terbukti apa aku cakap. Hapus AES dan batalkan saman AES pun ada dlm manifesto ka? Hahahaha. Mana lebai PAS ni? Tu kan hukum dlm islam awat hang tolak? Hahahahaha.

    BalasPadam
  5. dalam buku menifesto ada gambar salib la.. dasat..

    BalasPadam
  6. manifesto paling telur!!! bestnya kalau setiap sorang rakyat dpt kereta free....

    BalasPadam
  7. harga minyak turun semakin ramai orang terlibat dengan kerjaya penyeludupan keluar minyak,mampukah kita mengekangnya?

    BalasPadam
  8. YA AMPOOOOOOOOOOOOOOOOOOOONNNN.. MANIFESTO BUKAN JANJI TAU TAK?

    YA AMPOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOONNN... KAH KAH KAH

    BalasPadam
  9. Ingat tau... Manifesto PR bukan janji tau... Manifesto tu untuk TIPU OLANG looooo...... Pakatan MENGONG!!!!

    BalasPadam