Khamis, 21 Februari 2013

SAH HARUN DIN TINGGALKAN PAS!!

kalau lah benar harun din akan keluar pas.. aku rasa mau terduduk nik aziz, mau jadi sasau hadi awang dan paling teruk adalah pencecei yang akan jadi tak keruan sampai kalau jumpa orang semua nak dimarahkannya nanti...hehe


Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din tampil mengeluarkan dirinya dan ahli Pas yang tidak bersetuju penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian dalam Bible Bahasa Melayu kerana beliau antara pimpinan Pas yang lantang bersuara menentangnya.

Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin berkata, sebagai orang yang tinggi pengetahuan agama, Haron Din wajar memisahkan diri daripada parti itu jika didapati ia menyimpang dari akidah.

Katanya, Haron Din wajar berbuat demikian kerana beliau juga telah mengambil ketetapan bahawa isu kalimah boleh memesongkan akidah umat Islam sekiranya diteruskan sebagaimana diputuskan Majlis Sura Ulama Pas.

“Beliau menegaskan bahawa perkara itu tidak boleh, Majlis Syura Ulama Pas iaitu sebuah badan tertinggi dalam parti juga memutuskan atas dasar akidah, bukannya politik.
“Haron Din selama ini yang menyedarinya tidak betul, jadi beliau perlu pimpin ahlinya untuk keluar,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Pakatan Rakyat (PR) yang tetap berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan PR membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible Bahasa Melayu dengan menggantikan perkataan God.

Keputusan berkenaan dibacakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari lalu sebelum Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan menentang penggunaannya.

Mengulas lanjut, keadaan ini sebagaimana Nabi Muhammad SAW yang memimpin umatnya meninggalkan Makkah ke Madinah apabila gagal kerjasama dengan golongan musyrikin.

Katanya, beliau menyedari kesusahan yang dialami Haron dalam menentang hal ini secara bersendirian.

“Kita perlu memberikan sokongan kepada beliau. Tengok bagaimana Ustaz Nasha (bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa) melaluinya berseorangan,” katanya.
Sementara itu, mengulas berkenaan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berulang kali memperkatakan PR tetap dengan pendirian 8 Januari itu, beliau yang juga seorang peguam pernah mengendalikan kes qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan sebagai pengamal undang-undang, “Karpal jangan mengajar rakyat langgar undang-undang”.

“Sebagai peguam, ingin saya ingatkan Karpal Singh bahawa adalah satu kesalahan bagi orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah mengikut Enakmen Syariah negeri-negeri yang dibuat berdasarkan Perkara 11 (4) Perlembagaan.

“Untuk Selangor, Enakmen Jenayah Syariah menetapkan 32 perkataan termasuk Allah, wahyu, rahmat dan lain-lain yang tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain.
“Jadi Karpal sebagai peguam sepatutnya tidak mengajar orang melanggar undang-undang,” katanya

ps: pas adalah satu parti yang dap dan pkr sangat perlukan untuk pecahkan undi melayu, melayu dah berpecah teruk sekarang ni. hanya kita berserah kepada Allah, dialah yang menentukan bagaimana keadaannya selepas pru13 nanti.. adakah kuasa melayu ada lagi atau sah kita semua akan jadi singapura ke-2.. 

sumber klik sini

7 ulasan:

  1. tak perlu ustaz haron din keluar pas kerana pas itu tak salah cuma pemimpim pas sekarang yang perlu disingkirkan pada muktamar akan datang, pada pru 13 ini ahli pas akar umbi harus tunjukan bantahan keatas pemimpin sekarang agar berudur , kembalikan corak pemimpin islam yang mengikut alquran dan assunnah , salam.

    BalasPadam
  2. Harakah adalah satu satunya Akhbar yang tak berani dan tak akan berani kritik pemimpin mereka.!

    BalasPadam
  3. mungkin nik aziz akan masuk umno pulak kot !

    BalasPadam
  4. nik ajis masuk umno ?jwtan apa sesuai utk tok gundu level5 bintang nih?baca doa?tiup lilin?bagi fatwa pujangga?

    BalasPadam
  5. BREAKING NEWS

    BERITA PENGERUSI MAJLIS PENDEKAR MALAYSIA, DATUK SERI ONG TEE KEAT, TIDAK DICALONKAN SEMULA OLEH MCA PADA PRU 13 ... ADAKAH SEMUA PERSATUAN SILAT SEMALAYSIA BAKAL MEMBUAT DEMO DAN MENGAMUK DIDEPAN PEJABAT MCA SERTA BOIKOT UMNO/BN PADA PRU 13 NANTI???????


    Kini sudah tidak menjadi rahsia lagi apabila secara rasminya Ong Tee Keat Pengerusi Majlis Pendekar Malaysia (MPM) merangkap Ahli Parlimen Pandan dan mantan Presiden MCA, tidak akan dicalonkan semula oleh MCA untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pandan yang disandangnya sekian lama ini.

    Beliau akan digantikan dengan seorang peguam muda berumur 39 tahun, Gary Lim.

    Ong Tee Keat sudah dianggap sebagai bukan calon "winnable" pada skop padangan MCA.

    Sebelum ini Ong Tee Keat dengan tegas berkata beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Pndan pada PRU 13 nanti.

    Dengan perkembangan ini, atas platform apakah beliau akan bertanding.

    Pada pandangan Omakkau sudah pasti keseluruhan ahli Persatuan Silat Malaysia akan memboikot UMNO/BN kerana Pengerusi Agungnya, tidak dicalonkan semula???

    Sama-sama kita saksikan perkembangan yang dianggap menarik ini.


    BalasPadam
  6. Jangan duduk dalam Umno kalau takat jadi kucing kurap.Kepada penagih parti Umno dan yang duduk di luar parti Umno buat kerja untuk menangkan Umno,jadi barua Umno apa dapat kalau tak kaya macam Ketua Wanita Umno Selangor.Rugi laa..

    PKR dakwa Raja Ropiah dapat durian runtuh tambahan


    PKR mendakwa Ketua Wanita Umno Selangor, Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah memperolehi lebih banyak "durian runtuh" tambahan menerusi urusniaga penjualan tanah yang didakwa tidak didedahkan kepada Bursa Malaysia.
    Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa, ia merupakan tambahan kepada bayaran RM130 juta oleh syarikat Boustead Holding Bhd kepada syarikat Awan Megah Sdn Bhd yang dimiliki Raja Ropiaah itu.

    Menurut Rafizi dakwaan itu adalah berdasarkan penelitiannya terhadap dokumen satu syarikat yang dinamakannya sebagai Bakti Wira Sdn Bhd dengan dokumen syarikat Awan Megah Sdn Bhd dan juga dokumen syarikat Astacanggih Sdn Bhd yang dimiliki saudagar permaidani, Deepak Jaikishan.

    Rafizi mendakwa, beliau menyaksikan dokumen berkenaan pagi ini dalam kapasitinya sebagai seorang pemegang saham minoriti.

    Rafizi mendakwa, Bakti Wira merupakan anak syarikat Boustead Holdings Berhad yang dimiliki secara langsung oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

    Antara durian runtuh yang dimaksudkan Rafizi itu adalah:

    1. Kontrak RM15 juta kepada Awan Megah tahun lepas oleh Kementerian Pertahanan walaupun Awan Megah gagal menyiapkan Puspahanas.

    2. Awan Megah kekal memiliki 23.2 ekar tanah di Shah Alam yang bernilai jutaan ringgit.

    3. Boustead membayar pendahuluan RM4 juta kepada Raja Ropiaah untuk membeli 20 peratus saham dalam Astacanggih.

    Dalam perkembangan berkaitan, Rafizi melontarkan cabaran kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi supaya menyamannya berhubung dakwaan-dakwaannya itu.

    Katanya, beliau hanya menerima surat tuntutan dari Zahid Hamidi berhubung dakwaannya sebelum ini.
    "Saya tak sabar nak tunggu Zahid Hamidi mempertahankan dirinya dalam mahkamah kelak," kata Rafizi.

    BalasPadam
  7. Org seru kpd perpaduan antara UMNO/PAS...yg korang ni nk sebarkn lagi perpecahan. Owhh..engkau org PKR...patutla. En.Rafizi pn dh brp kali adakan dokumen secara x professional utk kuatkn fakta2 dia. Boleh caya org cmtu? Jom org2 UMNO/PAS, kita bersatu, hiraukn PKR dan DAP, kedua2 parti tiada agenda islam, dan boleh hancurkn islam dan melayu.

    BalasPadam