Khamis, 14 Mac 2013

himpunan perkasa hanya 300 orang je mampu kumpul!! pheww!!

makin tersenyum lebarlah pekakas pas.. mana tak gembira.. sebabnya himpunan perkasa tak mampu menarik walau 1000 orang... adeh!! guane.. lokasi di kelantan lak tu.. aduhai.. sekalung tahniah yang tertinggi buat para pekakas pas.. harap boleh tersenyum lebar.. dan jangan stress-stress lagi lepas ni... hehe

gambar hiase, tidak kena mengena dengan ini cerita hehe

gambarnya dibawah ini, amacam? baru betul.. hehe.. jangan mara aaa... 


Hayat PAS Kelantan Kini Di Hujung Tanduk

Perhimpunan Orang Kelantan Naik Angin yang dianjurkan oleh NGO PERKASA yang di adakan baru-baru ini sememangnya menyebabkan ramai pemimpin dan penyokong PAS di negeri itu jadi hilang pedoman tak keruan jadinya.

Dianggarkan 15,000 orang rakyat negeri ini dari sekitar Pasir Mas, Kota Bharu dan beberapa Parlimen berdekatan berpusu-pusu membanjiri kawasan perhimpunan, mengakibatkan timbul kegeruhan dalam hati pemimpin PAS Kelantan.

Mereka langsung tak menjangkakan ribuan rakyat Kelantan termasuk dari kalangan penyokong PAS sendiri sanggup hadir meramaikan majlis tersebut yang pada awalnya diramalkan oleh pimpinan PAS Kelantan hanya akan dihadiri kurang dari 1,000 orang.

Kempen propaganda PAS Kelantan beberapa hari sebelum itu yang mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir selaku tetamu di majlis tersebut tidak akan dapat menarik perhatian ramai, nyata gagal sama sekali. Lain yang mereka harapkan, lain pula yang terjadi.

Panas terik mentari langsung tidak dihiraukan orang ramai, jelas sekali semakin ramai rakyat Kelantan sudah nekad dan bertekad untuk beralih arah dan bertukar cita rasa selepas hampir 23 tahun memberi peluang kepada PAS memerintah negeri.

Baru-baru ini pula, sekitar 10,000 orang rakyat Kelantan beramai-ramai memenuhi jalan-jalan sekitar Bangunan UMNO Negeri dalam protes mereka terhadap Kerajaan PAS Kelantan berhubung pemilikan tanah-tanah berpuluh ribu ekar yang kini dikuasai bukan Bumiputera termasuk pemimpin DAP.

Beberapa hari selepas itu, hampir 15,000 orang anak rantau Kelantan sekitar kuala Lumpur, Shah Alam, Negeri Sembilan dan Melaka hadir memenuhi Stadium Putra Bukit Jalil memeriahkan Himpunan Perdana Anak Kelantan Di Perantauan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Suasana sebegini meriah hanya lebih kurang 3 tahun kebelakangan ini sahaja terasa, terutama selepas PAS menang nyawa-nyawa ikan dengan majoriti 65 undi semasa PRK DUN Manek Urai 2009 yang sebelumnya dimenangi dengan majoriti 1,352 undi pada PRU 2008.

Selepas PRK Manek Urai diikuti PRK DUN Galas yang kemudiannya ditawan kembali oleh BN dari PAS, gelombang kebangkitan semakin kuat dan sejak itu apa sahaja majlis anjuran UMNO di negeri Cik Siti Wan Kembang ini pastinya mendapat sambutan berbanding majlis anjuran PAS.

Faktor pemecatan Dr Hasan Ali dan pengguguran Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai ahli Majlis Syura juga sedikit sebanyak mendorong kesedaran ramai rakyat Kelantan khususnya dari kalangan penyokong PAS veteran dan orang muda tidak berparti untuk turut sama menjayakan Gelombang Merah Kelantan Berubah yang dipelopori UMNO tika ini.

PRU 13 yang mendatang ini bakal meletakkan PAS semakin terperosok jauh ke hujung tanduk, malah berdasarkan kaji selidik terkini juga mengesahkan hampir pasti PAS akan cedera teruk tertusuk tanduk, jika tidak pun jatuh berkecai menemui ajalnya.

Dengan UMNO semakin mengukuhkan kedudukannya di 25 DUN manakala PAS hanya bergantung harap pada 17 kerusi DUN sebagai kubu terakhirnya, sementara baki 3 DUN lagi semakin condong kepada UMNO, tidak syak lagi PRU 13 adalah PRU terakhir untuk PAS sebagai Kerajaan Kelantan. In shaa Allah

sumber klik sini

ps: mudah-mudahan, tetapi realiti ini kena bn faham, ramai pengundi yang bekerja di luar kelantan balik mengundi dan mengundi pas.. dan mereka-mereka ini adalah sah pentabsub pas... sentimen tukar pas hanya wujud di dalam negeri kelantan sahaja rasanya... golongan bekerja di luar ini lah punca susah bn nak ambil alih.. mereka ini balik mengundi dan tetap takkan benarkan bn memerintah.. ini lah realiti yang aku sendiri jadi pelik.. sebab.. golongan ini mana tau hal ehwal apa terjadi di dalam negeri sendiri.. ini hanya pendapat akulah.. so far orang kelantan semua cerdik-cerdik.. boleh menilai.. dan harap ada perubahan nyata.. In shaa Allah!!...

9 ulasan:

  1. Saya nak komen yang 'p/s' tu..
    Saya setuju pendapat tuan..

    Sebab tu BN payah nak menang sebab unsur2 pengundi duk kat luar ni..
    Yang menyampahnya, pengundi2 yang duk kat Selangor, KL dan bandar2 besar lain seronok menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan BN..

    Lepas tu, bila balik kelate, pangkah cap lembu ayam..
    Kesian la anak jati yang duk kelate tu, tak merasa senang sampai ke sudah..

    BalasPadam
  2. puak pas sendiri merempat..sebab tu dorang datang negeri orang lain buat taik

    BalasPadam
  3. Sorry to say la.... orang kelate ni cuma cerdik dalam pelajaran, tapi kurang cerdik dalam memilih pemimpin. Lebih2 pemimpin yang dah tua rengta nak jalan pun dah bertongkat, otak semakin nyanyuk, tapi itu la pemimpin pilihan mereka... dalam mesyuarat pun asyik tido, ape punye turr la...

    BalasPadam
  4. saya rasa org kelate ni takde semangat kenegaraan, diaorg ni lebih kepada semangat kenegerian, sebab tu tak bole nak bersatu,agak susah nak tinggalkan sifat diaorg tu. Ramai yang datang negeri org kaut keuntungan, tengoklah sekeliling semuanya peniaga kelantan..

    BalasPadam
  5. Orang Kelantan di Kelantan Naik Angin, Orang Kelantan di Luar Kelantan Naik Menyampah.

    Penyokong LGBT
    exPerkosa

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama14 Mac 2013 9:07 PG,saya sokong pendapat tu,SELAMATKAN BULAN adalan motto rakyat kelantan yg menetap diluar ,mereka akan balik masa mengundi bagi memastikan bulan terus bersinar dinegeri mereka.

    BalasPadam
  7. asalamualaikum

    kakak masuk semula dalam forum ni....hehehehehe
    rindu ke?

    konfident ke BN boleh dapat Kelantan tahun ni?

    Kalau ikut firasat Tun Daim, rasanya baik BN tumpu ke Perak, Perlis dan Negeri Sembilan.

    Johor tu jengah2 je pun tak apa? Tak banyak kerusi Parlimen yang akan hilang, kompem 6, 50/50 6.

    Jadi sementara belum PRU13 ni, jom syiok-syiok sendiri bantai Pakatan. Takut bersedey panjang lepas pilihanraya nanti.

    Jangan emosi, biar kita rasionaliti.

    BalasPadam
  8. Patut lah anak Kelantan yg merantau ni tak prihatin pada kampung dan orang tuanya di Kelantan tu yg dok ketinggalan dan susah. Mereka di bandar besar dok senang. Sama ceritanya kisah orang putih yang suka mengekalkan kehidupan orang asli di dalam hutan dan tinggal atas pokok. Jadi orang putih ni boleh lah sekali sekali masuk hutan tengok orang asli. Macam tu juga lah orang Kelantan yang merantau Negri yang maju dan balik kampung sekali sekali nak rasa hidup macam 10 tahun ke belakang. Adun macam sikap orang putih juga,

    BalasPadam
  9. erm, diaorang mana faham.. yg penting bulan, balik pun bukan tiap2 mnggu.. try tgk dok sana camne.. jalan camtu je dalam 20 tahun.. kalau raya kau siap jem berjela.. maksudnya perancangan dari atuk nik aziz tak de langsung ke untuk infrastruktur kelantan.. kesian seh.. asik harap royalti je.. pelaburan dah berapa byk bawa? pelung pekerjaan? kamon... ehehe

    BalasPadam