Ahad, 17 Mac 2013

ini pendapat aku lah ye, berkenaan sebaran terbaru mr geli siut tu!!!

aku tak mau ulas panjang, cuma pada pendapat aku, taktikal dalam perang, kita jangan terlampau tertipu permainan musuh!! dan paling best.. taktik art of war ini dah semakin hebat berlaku...dan ia berlaku bila mana... isu lahad datu tengah panas, dan lebih panas ia melibatkan dengan si ketua pembangkang itu...

jadi war game ini aku harap kita berlapang dada... adakah benar itu disebarkan oleh umno? atau pun ini satu cara paling berkesan untuk membuatkan orang lupa isu lahad datu... cekap kan... kalau korang tengok.. penyebaran gambar dan video itu tak berapa nak ektreme.. sebab..


1. lepas tersebarnya gambar geli siut tu, cybertroop pakatan senyap dalam masa hampir lebih 15 jam, mereka bagi bn syok mainkan isu ini, dan bila mereka tengok perangkap dah masuk jarum... dan kita lihat.. taktikal penafian yang jitu dari blogger mereka. licik licik

2. cara penafian mereka berkenaan gambar itu adalah dengan membuat perbandingan cahaya, iras muka, rambut si pelaku... jadi.. aku melihat ini, general perang mereka dah berjaya? atau perangkap makan diri?


3. pendapat yang lain pulak, kita kena ingat beb, si mr mansuh ini, dah semakin tertekan sebab isu lahad datu dia tak mampu nak bagi hujah tepat tentang kaitannya dia dengan misuari... kan.. mereka dah berjaya lupakan lahad datu... divert yang hebat...

4. adakah dikalangan dalam pakatan sendiri yang sebarkan nya??? atau musuh-musuh dia yang dulu berjuang bersama dengan dia... dan ketulenan gambar/video itu.. kita biarkan yang pakar buat kerja... dan macam biasa penafian dari pekakas mereka sebab nak naikkan moral yang sedang down gile.. mungkin

5. kena ingat juga ye.. SPY VIDEO yang ada dalam pasaran sekarang sebesar pen pun ada, sebesar size duit syiling 5 sen pun ada... itu cara kerja spy-spy terlatih yang kerja mereka memang dah jadi spy.. so korang faham-faham jelah...

6. paling gempak harakah daily tak berselindung dalam menyebut terus nama si ketua mansuh tu.. itu yang lagi buat aku tertanya-tanya... pe keheanyer sesuka hati sebut terang-terang pulak nama dia.. taktikal apa lagi ni ek???

kesimpulannya korang nilai kan jelah, aku hanya bagi pendapat aku, dan pendapat  yang lain dari perspektif aku, dah keluar gambar, muka pun macam kenal, lagi gila boleh pulak toron sesama pedang... lagi buat aku jadi geli geleman, aje gila kalau lepas ni kita ada bakal perdana............

ps: kita mohon kepada Allah S.W.T supaya diberikan petunjuk kebenaran, dan kalau anda percaya dengan kuasa Allah, buatlah Solat Istikharah, kita mohon Allah tunjukkan kebenaran.. itu lagi bagus..

10 ulasan:

  1. lupakan semuanya ini, biarkan rakyat yang menilaikanya,tumpukan kepada pru13. kerja kuat2 agar BN meaning 2/3

    BalasPadam
  2. Aku setuju dgn hang headbomb, ni semua nak divert isu. Dulu masa anak dia buat kenyataan yg bunyinya lebih kurang org melayu sepatutnya diberi kebebasan memilih agama, keluaq isu kalimah Allah pulak. Maka isu ttg kenyataan anak dia teruih senyap sampai la ni.

    Skrg masa isu Lahad Datu tgh panaih keluaq pula isu dr blog rajagoyang ni. Dan isu Lahad Datu mula sejuk. Ini semua nak divert isu ja. Aku sampai la ni dak kan lupa kenyataan anak dia ttg kebebasan beragama tu. Pd aku itu isu besaq yg dah di divert kpd isu lain yg dh lama timbul.

    BalasPadam
  3. Dalam kisah cinadoll Anwar kata itu bukan dia kerana Anwar berperut kempis tapi dalam video itu berperut buncit. Tapi dalam kisah raja goyang Anwar kata itu bukan dia kerana orangnya berperut kempis. Ini bermakna Anwar mengaku berperut buncit, maka sah bahawa dalam kisah cinadoll orang tersebut adalah Anwar yang berperut buncit. Dalam kisah raja goyang Anwar berperut kempis kerana beliau berusaha mengempiskan perut agar tidak dikaitkan dengan kisah cinadoll. Maka sekali lagi membuktikan bahawa dalam kisah raja goyang itu memang Anwar yang dah berperut kempis......muahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  4. maka sekiranya ini masih juga fitnah dan disebarkan dengan niat mendapat faedah dunia dan apa jua, lalu dipercayai orang-orang yang melihatnya, maka YA ALLA, aku mohon, sesiapa yang membuat fitnah ini dan mereka yang menyambung fitnah ini dan mereka yang memeprcayai fitnah ini, Kau panjangkanlah umur mereka, di dalam kefakiran harta, iman dan amalan dan Kau timpakan sejahat-jahat fitnah kepadanya dan zuriatnya. Jangan Engkau matikan mereka kecuali telah menerima keaiban dan kecelaan dunia. Dan apabila dibangitkan kepada Mu, mufliskan mereka di timbangan Mirzan Mu.

    Ya Allah, perkenankanlah doa permintaan kami ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin, moga pelaku jantan sama jantan dalam gambar tu akan terbongkar tak lama lagi....

      Padam
  5. nik aziz pun kata ini fitnah umno..nik aziz ada bukti ke? so aku panjangkan doa anon atas ni ke atas nik aziz jugak. amiiiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin, KO PAS, PAS KO, KO PAS...

      Padam
  6. Aku amat setuju sekiranya puak pkr, pas dan dap mengadakan sembahyang hajat dan bacaan yasin ... lebih-lebih lagi yasin 40. Amalkanlah selama 40 malam tanpa ditinggalkan walaupun semalam. Cukupkanlah 40 orang. Dengan ikhtiar ini InsyaAllah kita akan mendapat petunjuk. Memang teruk umno menfitnah anwar ... sebagai orang yang teraniaya mohonlah kepada Allah ... semoga Allah melaknat dan menimpakan bala dan azab yang pedih di dunia dan akhirat kepada pelakun yang melakukan fitnah tersebut ... sekiranya ianya bukan fitnah dan ianya adalah kebenaran maka mohonlah juga agar Allah menimpakan bala dan azab yang pedih kepada pelaku yang melakukan perbuatan tersebut. Doanya "Ya Allah sekiranya Anwar memang difitnah maka engkau turunkanlah azab yang pedih di dunia dan di akhirat yang tiada ubatnya kepada pelakun vidio lucah yang menyamar sebagai anwar, sekiranya memang Anwar yang melakukannya engkau timpakanlah azab yang pedih kepadanya kerana perlakuannya itu. PKR, PAS dan DAP mempunyai bahagian, cawangan dan ranting masing-masing ... syorkan agar setiap ranting membuat apa yang dicadangkan di atas ... tentu mereka bersemangat mahu melakukannya ... InsyaAllah doa anda akan dimakbulkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. AMAT SETUJU. SILA LAKUKAN DENGAN KADAR SEGERA. BUKANKAH KAMU SEMUA MENGATAKAN KAMU DIFITNAH? MAKA LAKUKANLAH. DAN JANGAN LUPA DOAKAN KO KO SEKALI KEPADA PARA PELAKON ITU..

      Padam
  7. tanya sama najib apa sebab goyang
    tentu jawab najib sabah nak hilang ...
    tanya pada nwar kenapa sabah nak hilang ...
    tentu jawab nwar sabah kan diserang ....

    tanya pada nwar siapa menyerang ...
    tentu jawab nwar ... misuari punya angkatan
    tanya pada nwar siapakah dalang ...
    tentu jawab nwar "I kenal itu orang"

    pada manila post dan reuters berita terhidang ...
    jawaban diberi pemimpin pembankang dalang
    tanya pada nwar benarkah berita dikarang ...
    tentu jawab nwar "you ulang I saman kang"

    tanya pada mat sabu siapa peliwat terbilang
    tentu jawab mat sabu nwar dalam syarahan
    tanya pada karpal siapa moralnya hilang
    tentu jawab karpal nwar dalam perkataan

    tanya pada azizah siapa anugerah tuhan
    tentu jawab azizah nwarlah sayang
    tanya pada bad rule siapa imam mehdi pilihan
    tentu jawab ustaz nwar dalam ingatan

    tanya pada abim siapa hebatnya orang
    tentu jawab abim nwarlah pilihan
    azizah bini nwar turut dijulang
    anugerah khadijah isteri nabi diberi sandang

    tanya pada saiful siapa liwatnya seorang
    tentu sumpah saiful nwarlah jantan
    tanya pada eskay siapa pelanggan jalang
    tentu sumpah eskay nwarlah jantan

    tanya pada khalifah lim siapa pm pakatan
    tentu jawab khalifah lim nwar ditatang
    tanya pada haji adi siapa pm pakatan
    tentu jawab haji adi nwar dalam perjanjian

    tanya pada nik aziz siapakah ahli surga tersayang
    tentu jawab nik aziz nwar dalam ilham
    orang umno kena jilat kaki inilah orang
    memang sangat hebat ini binatang

    BalasPadam