Khamis, 28 Mac 2013

KONFLIK DUNIA ARAB DAN KAITANYA DENGAN "NEW WORLD ORDER"

kepada rakan-rakan.. keadaan di dunia akhir zaman ini kalau kita lihat konflik satu dunia ini berkaitan dengan satu pertubuhan yang semua tau... freemason / illuminati...


DAN FAHAMILAH, PERTUBUHAN DAN SEJARAH LAMPAU, SETIAP KONFLIK TELAH MEMAKAN NYAWA ORANG TAK BERDOSA BUKAN SEDIKIT... MALAH BERJUTA-JUTA... ini sekadar pengatahuan dan jangan pula anggap ia satu sumber sahih, cuma nakkan kita berfikir..

dari afterdark writers!!

MENJEJAKI AS-SUFYANI

Kata sepakat ramai di kalangan rakan-rakan saya adalah bahawa Sufyani sememangnya semakin menghampiri. Situasi di Syria semakin meruncing dengan beratus-ratus kematian berlaku ke atas penduduknya.

Sudah tentu kita berpendapat bahawa sesetengah (jika bukan kebanyakan) kematian mungkin dihantar oleh tangan-tangan pakar penembak tepat dan pembunuh Illuminati. Tetapi sekali lagi kelompok Illuminati, seperti biasa, hanya bertindak sebagai pencetus. Kebodohan umat Islam sendirilah yang secara keseluruhannya menyebabkan kita mahu berbunuhan antara satu sama lain disebabkan obsesi politik.

Jadi tidak hairanlah, ada sesetengah daripada kita yang melihat ke arah Syria dan cuba memikirkan yang dari arah manakah Sufyani mungkin muncul kelak. Pendapat saya juga ditanya berkenaan isu ini.

Justeru itu sejak permulaan 'revolusi' Timur Tengah 2011 (revolusi? hmmm..), Saya telah cuba menghubungi beberapa orang ahli (Watcher?) terdahulu dari Syria dalam usaha untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai situasi di Syria, tetapi gagal kerana kesemua lima orang ahli daripada kumpulan Syria telah pergi AWOL sejak berlakunya anarki di Syria. Saya amat berharap agar mereka berjaya melepaskan diri daripada kegilaan yang kini tersebar di seluruh negeri ini yang paling malang ini.

Jadi, saya rasa seluruh Watcher Malaysia terpaksa menggunakan seadanya sedikit maklumat yang boleh kita akses dari bahagian di dunia itu. Saya berharap mana-mana rakyat Syria yang mungkin membaca tidak akan berasa marah dengan artikel ini. Saya akan mengakui terlebih dahulu bahawa kemungkinan berlakunya kesilapan boleh menjadi setinggi 80%. Oleh itu tiada siapa pun yang harus mempertimbangkan artikel ini dengan serius. Mari kita anggap keseluruhan hujah di sini hanyalah sekadar di peringkat 'kedai kopi' sahaja.



Baiklah, saya tahu ada cendekiawan dengan kelayakan yang lebih baik telah memberikan pendapat mereka sendiri tentang bagaimana masa depan akan dirungkai. Sebagai contoh, mengikut Imam Al-Qurtubi - As-Sufyani sebenarnya adalah Mesir kepada 'Urwa bin Muhammad' yang mungkin datang dari Mesir dengan 360 orang penunggang sehingga sampai ke Damsyik. Kemudian dia akan muncul menakluki dan merampas kawalan Syria dengan bantuan suku Kalb. Sufyani akan membunuh 100,000 orang rakyat Iraq dengan sokongan golongan Bukan Islam. Sufyani dan tenteranya akan pergi ke Kufa dan menjarah tempat itu, membunuh keturunan Rasulullah sehingga pada satu peringkat dia membunuh kanak-kanak dan merobek para wanita.

Daripada perspektif moden, majoriti dalam kumpulan (Watcher?) saya berspekulasi bahawa Al_Qurtubi memberi gambaran terhadap kemungkinan pencerobohan daripada Syria oleh tentera Mesir yang diketuai oleh as-Sufyani. Jika ini berlaku, maka Mesir perlu mendapatkan kebenaran daripada Israel atau Jordan untuk menyeberang ke Syria.

Rakan sejawat saya berpendapat bahawa senario terdekat yang boleh disimpulkan oleh beliau mengenai huraian Al-Qurtubi adalah kemungkinan campur tangan tentera yang dipersetujui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Syria. Saya akan mengaku itu adalah satu kemungkinan, memandangkan peningkatan aktiviti secara tiba-tiba dalam media antarabangsa Ruport Murdoch mengenai kematian orang awam di Syria kini yang boleh digunakan sebagai alasan. Tidak lama kemudian, Amerika Syarikat mungkin mula menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk mengeluarkan resolusi untuk mewajarkan campur tangan tentera NATO di Syria atas alasan yang sama seperti mereka digunakan terhadap Libya. Oleh kerana Mesir kini berada di bawah cengkaman pemerintahan tentera yang ditaja Illuminati berikutan kejayaan rusuhan tahun ini, maka Illuminati dengan gembira akan membenarkan angkatan Mesir untuk menerajui campur tangan ini.

BACA SELANJUTNYA. klik sini

ps: pernah aku diberitahu, malaysia ini adalah salah satu negara yang memang pertubuhan itu nak sangat kawal selia menggunakan boneka paling senang dia arah... siapa lagi... 

macam aku pernah bagi tau, filem ini bercerita apa itu hidden hand yang rakus untuk konflik dunia.. cari filem ini..

1 ulasan:

  1. Kita sekarang ni pun dah di bawah pengaruh dia.Demokrasi tu sape yg cipta? Baik BN ataupun PR kita tetap akan tunduk pada dia. Aku tak pernah lupa bila Amerika nak serang Afghanistan dan sikap kita masa tu. Aku tak pernah lupa sejarah.

    BalasPadam