Selasa, 5 Mac 2013

terkini!! kapal terbang tanpa juruterbang (uav) menyerang musuh!!

barulah buku bertemu ruas, diajak berunding tak mau, malah jadi penjenayah yang sanggup bunuh sesiapa saja, asalkan sabah mereka nak!!! ini negara berdaulat, kalau diikutkan, pengganas sultan palsu sulu akan mati katak.. harap dapat tangkap hidup-hidup kepala dia.. dan siasat siapa dalang disebalik tragedi ini...


Peringkat pertama serangan pihak PDRM dan ATM pagi tadi bermula dengan serangan Bom yang dilancarkan TUDM melalui jet jet pejuang milik mereka.

Kini fasa kedua apabila UAV (Unmanned Air Vehicle) commonly knows as a drone digunakan bagi melihat kemusnahan lokasi musuh yang telah dibom bagi membuat susulan yang selanjutnya. Pesawat UAV ini merupakan pesawat kawalan jauh tanpa juruterbang.

Gomo difahamkan apabila selesai UAV melaksanakan misi pasukan VAT 69 PDRM akan masuk menggempur musuh dan menghabiskan saki baki penceroboh. Manakala RMD akan membuat backup.

Kerjasama antara ATM dan PDRM ini setakat ini berjalan lancar dan memberikan impak yang cukup ketara dalam misi selamatkan negara.

Laporan kematian pihak musuh belum lagi diperplehi dan dijangkakan akan diketahui selepas selesai UAV membuat intipan.

Laporan lanjut menyusul......

sumber papagomo

6 ulasan:

  1. Semoga Allah merahmati pejuang kita yang berjuang mempertahankan tanahair tercinta.bukan seperti puak-puak gila kuasa yang sanggup menghina dan mencaci pasukan keselamatan kita.Amin

    BalasPadam
  2. Kepada Perwira yang mengempur Pengganas kiram... SHOOT TO KILL, ingat teman seperjuangan anda telah terkorban oleh kerana tipu helah pengganas....Nampak jangan fikir panjang SHOOT TO KILL walau pun cuma Parang senjatanya....SHOOT TO KILL...SHOOT TO KILL.....Bersihkan bumi Sabah daripada Pengganas kiram durjana. Nama saja Muslim tidak ada perikemanusian, anggota sudah mati pun diseksa lagi...dipancung, dicincang. Go...Go...Moveee...! SHOOT TO KILL. Oleh Ex-Vat 69.

    BalasPadam
  3. Bunuh terus . jangan diberi muka puak pengganas yang tak diterima di tanahair mereka pun. Hancur hancur hancur

    BalasPadam
  4. tausug yang sedar diri5 Mac 2013 10:55 PG

    Kami anak-anak suluk mendoakan semoga pasukan keselamatan kita selamat. Hancurkan pengikut kiram palsu ini yang keturunan mereka membunuh datu dan syarif suku tausug serta rakyat tausug dahulu. keturunan mereka tak perlu diberi ampun.

    BalasPadam
  5. Mohon kerajaan Malaysia membuat bantahan rasmi kepada Kedutaan Filipina di KL mendesak agar Filipina menahan Sultan Sulu di Manila kerana menjadi kepala pencerobohan di Sabah.

    BalasPadam
  6. saya setuju. kerajaan Filifina patut menahan "sultan Sulu" yang memulakan angkara. dia patut dihukum bagi memastikan keamanan di rantau ini. PuteraNS

    BalasPadam