Jumaat, 8 Mac 2013

tian chua salahkan keadilan daily!! kah kah kah..

apa punya tur da.. bila dah kecut perut... bila ramai dah menghentam dia.. sampai dia tido pun tak lena... maka cara terakhir.. cari dalang yang sebarkan fitnah katanya.. fitnah yang kata dia anggap isu lahad datu adalah konspirasi terancang umno... kikikiki


apa punya lawak seram dia buat da.. hahaha...

Naib Presiden PKR, Tian Chua menyalahkan laman berita rasmi partinya, Keadilan Daily yang didakwa mengolah kenyataannya pada Jumaat lalu, berhubung isu pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah.

Ahli Parlimen Batu itu mempertahankan dirinya dengan menegaskan beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa serangan tembak-menembak di Lahad Datu adalah konspirasi terancang UMNO seperti dilaporkan laman berita berkenaan.

Di sini, saya tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan menghina mana-mana pihak termasuk pasukan keselamatan negara. Saya serah kepada mahkamah untuk membersihkan nama saya, menerusi peguam yang bakal dilantik dalam tempoh terdekat” Tian Chua, Naib Presiden PKR

Tidak bertanggungjawab

Tian Chua berkata, beliau tidak bertanggungjawab ke atas olahan penulisan artikel yang dibuat pengarang berita Keadilan Daily sebaliknya hanya bertanggungjawab berhubung beberapa petikan ayat yang dinyatakannya sewaktu dihubungi wartawan portal berkenaan.

“Pada pagi Jumaat lalu, saya dihubungi wartawan terbabit untuk komen mengenai pencerobohan di Lahad Datu ketika ada berita antarabangsa melaporkan berlaku tembakan (Lahad Datu).

“Ketika itu, saya secara jelas menyatakan perkara ini belum ada kesahihan dan ada media ‘black-out’ di Malaysia,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini semalam.

Dakwa konspirasi UMNO

Jumaat lalu, menerusi tajuk laporan “Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno-Tian’, Keadilan Daily melaporkan Tian Chua sebagai berkata, kejadian di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

Sehubungan itu, pelbagai pihak mengecam dan membuat laporan polis di seluruh negara terhadap kenyataan Tian Chua di samping mengingatkan pemimpin kanan PKR terbabit supaya jangan memperkotak-katikkan pengorbanan wira yang menjaga kedaulatan, keselamatan serta keamanan tanah air.

Tian Chua turut mengesahkan pada Isnin lalu beliau menerima surat tuntutan daripada peguam UMNO, Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak supaya memohon maaf kepada parti berkenaan berhubung isu terbabit.

Serah pada peguam

“Di sini, saya tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan menghina mana-mana pihak termasuk pasukan keselamatan negara. Saya serah kepada mahkamah untuk membersihkan nama saya, menerusi peguam yang bakal dilantik dalam tempoh terdekat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Editor Suara Keadilan, Fazallah Pit berkata, Tian Chua tidak ‘serang’ laman berita terbabit sebaliknya sekadar memberi penjelasan berhubung artikel yang disiarkan.

ps: mesti editor or wartawan keadilan daily dah kena bayar dengan umno.. hahahaha... ai macam-macam... lawak seram yang tak seram... hahahaha...

sumber klik sini

4 ulasan:

  1. Sian, Tian Chua berak, orang lain pula kena basuh taik busuk dia. Tak ke terasa tukang kena cuci taik Tian Chua tu, atau kulit setebal kulit BABI?

    BalasPadam
  2. DIA ADE HUTANG DARAH DGN RAKYAT BROO...HARKK PTUIHH KEHKEHKEHKEH

    BalasPadam
  3. sendiri mau ingat la dok kutuk bagai pasukan keselamatan...

    BalasPadam
  4. dia salahkan keldaian daily..
    keldaian daily salahkan dia..

    tengoklah sendiri mcmana pr tu..camtu nak tadbir negara? cifut laaaaaa...

    BalasPadam