Selasa, 9 April 2013

azmin kata, ahlinya yang keluar pkr malam tadi semuanya lakonan!!!


PKR Cabang Gombak yang diketuai Timbalan Presiden, Azmin Ali kini tempang selepas sebanyak 250 ahlinya dengan diketuai Timbalan Ketua Cabang, Abu Bakar Ninggal dan Ahli Jawatankuasa Cabang, Mazlan Abdul Rashid keluar daripada parti itu.

Serentak itu, kesemua mereka menyerahkan borang keahlian Umno kepada Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar selepas hilang kepercayaan terhadap PKR khususnya Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin.

Abu Bakar ketika ditemui berkata, PKR telah jauh tersasar daripada perjuangan memartabat bangsa, agama dan negara kerana Anwar serta Azmin dilihat meletakkan kepentingan peribadi melebihi segalanya selain turut diselubungi masalah moral yang kronik.

"Kepercayaan saya terhadap PKR, Azmin dan Anwar semakin terhakis sejak beberapa tahun lalu rentetan pelbagai isu yang menyelubungi parti ini. PKR tidak lagi membela bangsa, agama dan negara tetapi hanya ghairah mahu menabalkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

"Apatah lagi Anwar dan Azmin juga diselubungi masalah moral. Jadi kami melihat hanya Umno sahaja dapat membela nasib bangsa setelah kami membandingkan apa yang berlaku di Selangor," katanya dalam Majlis Pengisytiharan Keluar PKR di Batu 10, Gombak, di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

ps: ramai macai kata mana mungkin diaorang nak sesuka hati keluar parti.. sebab parti pkr adalah parti yang sangat maksum... serta berakhlak mulia.. mana mungkin dah bubar dah pun parlimen, orang pkr senang je nak blah dari parti.. mana logik.... yo lah.. dah nama taksub.. tunjuk lah bukti apa pun... 

1 ulasan:

  1. makin banyak orang mengundi pakatan rakyat, dia orang ni pulak masuk umno. hanya lakonan semata-mata????????? atau mukin untuk mendapatkan habuan??????? faham-faham ajelah. sekarang tengah tarik pengundi...............sekurang-kurangnya dapat masuk tv. hehehe

    BalasPadam