Khamis, 25 April 2013

[edisi merapu] khalid ibrahim aka gagap kata bn cuba beli bilik gerakan pakatan!!!

aku rasa bekas mb selangor seko ni dia dah dapat sindrom gila iseng.. hehe.. tau la tidak ada siapa yang boleh lawan cara dia buat 'MENIFESTO BUKAN JANJI' malah janji-janji pakatan rakyat yang dia dah buat hanya 15% je dari  100% di selangor ni,.. hehe.. lepas tu dia kata dia kalau perintah negara lagi bagus dari ds najib... erk.. ni kira percakapan yang dikontrol oleh otak lutut rasanya.. haha..


Shah Alam - Umno Selangor diminta menghentikan usaha untuk membeli bilik gerakan Pakatan Rakyat Selangor dengan tujuan untuk melumpuhkan jentera PR di Selangor, dakwa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid juga mendakwa terdapat usaha membeli undi oleh pihak-pihak tertentu dengan menabur wang kepada pengundi di Selangor.

“Saya mencabar (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) untuk benar-benar menghormati  Akujanji Integriti yang antara lain untuk tidak mengamalkan kempen merasuah para pengundi.

“Pada masa yang sama, saya menyeru rakyat selangor tampil ke hadapan membuat laporan dan memberi maklumat  jika terdapat mana-mana calon, ejen mahupun penggerak parti politik menawarkan wang tunai ketika berkempen,” Abdul Khalid berkata dalam satu kenyataan media.

Abdul Khalid berkata laporan rasuah pengundi boleh dibuat kepada beliau, Suruhanjaya Pilihanraya dan polis.

“Saya berharap Transparency International memantau isu ini supaya pilihan raya dijalankan secara adil dan bebas.”

Pada masa yang sama, Abdul Khalid berkata satu laporan kecemerlangan pentadbiran PR Selangor akan dibentangkan di Klang pada 1 Mei sempena siri jelajah manifesto yang disertai Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Kita menjemput dan mengalu-alukan kehadiran Barisan Nasional untuk menyaksikan pembentangan ini termasuk calon-calon Menteri Besar Barisan Nasional.”

Dalam isu yang berlainan, Abdul Khalid mendakwa Najib tidak menghormati prinsip federalisme apabila Pengerusi Umno-BN itu berkata beliau akan sendiri pantau pentadbiran Selangor jika BN dapat menakluki Selangor.

“(Ini) menunjukkan bahawa Najib bukan sahaja tidak menghormati kedaulatan malah beliau tidak mempercayai calon bakal MB Umno yang dipilih.

“Saya menganggap ini bukan kempen sayangi Selangor tetapi memperbodohkan rakyat Selangor kerana  banyak maklumat salah tentang negeri Selangor,” kata Abdul Khalid - selangorku

ps: hehe, saja nak syko je tu.. bukan tak tau pesen pakatan rakyat ni kan.. hihihi

1 ulasan:

  1. khalid ni tonggong sikit, cakap cakap nya memang nampak bongok.

    BalasPadam