Isnin, 1 April 2013

habislah bn!! 70 orang guru agama sudah keluar.......

kenapa time-time gini alahai.. pening kepala oiiii... dup dap dup dap.. jantung berdegup kencang.. kenapa boleh jadi begini.... sob sob.. kepada pekakas pr, silalah senyum sampai ke subuh ye.. berita ini sah akan mengembirakan anda dan harap anda jangan keterlaluan meraikannya sampai lupa anak bini... dan jangan panjat bumbung kereta sambil menjerit pulak.. kang orang kata gila pulak... hehe



PASIR MAS 1 April - Sebanyak 70 anggota Pas yang terdiri daripada guru dan pelajar sebuah sekolah pondok di sini, malam tadi mengisytiharkan mereka keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO sebagai wadah perjuangan.

Bagi mereka tiada parti lain selain UMNO yang mampu memartabatkan sinar Islam selepas Pas gagal berbuat demikian sejak memerintah Kelantan pada 1990.

Selain itu bagi mereka lagi terlalu banyak janji palsu yang ditaburkan pemimpin Pas dan selama itu mereka melihat jasa kerajaan Pusat dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat benar-benar telah menambat hati.

Wakil guru dan pelajar pondok di Tal Tujuh di sini, Mohd Zaidi Shafie berkata budi UMNO dan kerajaan pusat dalam memartabatkan sinar Islam dan membantu rakyat telah menyebabkan mereka bertukar fikiran untuk keluar daripada Pas.

"Memang betul saya pengikut setia Tok Guru Nik Aziz (Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan selalu mengikut programnya. Apabila saya membuat perbandingan akhirnya kami sepakat Pas tidak boleh membela nasib kami dan tidak mampu memartabatkan Islam.

"Jasa kerajaan Barisan Nasional (BN) sangat besar terutama pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia dan banyak lagi.

"Ini telah membuka hati kami para guru dan pelajar pondok di sini dan kami yakin UMNO boleh membawa negara, bangsa dan agama ke tempat yang selayaknya," katanya pada majlis penyerahan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat di Kampung Hutan Chengal, Tendong di sini malam tadi.

Mohd Zaidi berkata lebih menyedihkan Pas hanya pandai menabur janji namun tidak pernah ditunaikan demi rakyat di Kelantan.

Sementara itu Hanafi berkata keikhlasan guru dan pelajar pondok itu untuk menyertai UMNO bukan dipaksa oleh mana-mana pihak tetapi lahir daripada kehendak mereka sendiri.

"Saya jangka lebih ramai anggota Pas akan keluar parti dan menyertai UMNO.

Penyertaan guru dan pelajar sekolah pondok ini diharap dapat membuka mata anggota Pas untuk sama-sama berjuang dalam UMNO," katanya. - BERNAMA

ps: hehe jangan mara aa troll di petang hari da.. keh keh keh keh....

8 ulasan:

  1. malangnya org kelantan yg tinggal dan cari makan di negeri negeri yg di perintah oleh BN nanti lah yg akan balik kelantan dan mengundi & sekali gus membantu mengekalkan pemerintahan PAS.....
    mereka ini dalam tidak sedar telah membantu PAS menzalimi sedara mara sendiri yg tinggal di kelantan....begitu la yg akan berlaku dlm PRU13 nanti....

    BalasPadam
  2. Pernah dengar kisah org tua yahudi dan Rasulullah? Mcm tu la yg BN buat kat pembangkang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pernah.. cer cite sikit

      Padam
    2. kenapa pas bila nak buat perbandingan, mesti mengatakan mereka adalah belah rasullullah dan BN adalah belah yahudi dan puak yg.zalim?

      adakah akhlak penganot pas serupa akhlak nabi?
      adakah nabi mencarut? mencaci? mengumpat? mencerca? dan membuka aib orang?

      sedangkan pas kata maulidul rasul yg.mengimarahkan hari lahir nabi adalah bida'ah dan nickky ajis kata nabi sebelum umur 40 tahun adalah mamat2 kampung biasa dalam masa sama wally nickky menyambut hari jadik dia dirumah penentang islam paling keras Karpal Sink tidak pula dikata bida'ah..!!!

      gen2felda

      Padam
    3. wahai anus 1 April 2013 6:02 PTG... ko dah mampus ke???

      Padam
    4. kalau tak silap aku la....Nabi bg makan kpd seorang Yahudi tua setiap hari tanpa pengetahuan yahudi tu.....sedangkan Yahudi tua tu SELALU kutuk nabi mcm2

      jd, dlm hal ni, UMNO/BN adalah pihak yg MEMBERI atau dikaitkan dgn perbuatan Nabi, & PAS adalah Yahudi yg walaupun diberi makan, tapi bab MENGUTUK tak pernah lelah...tapi Yahudi ni BUTA MATA, manakala PAS & Penganutnya BUTA HATI

      kalau dilihat dr segi keadaan semasa, perbuatan PAS adalah lebih HINA dr Yahudi tua tu sbb PAS tau siapa yg memberi kebajikan kepada mereka selama ini sedangkan si yahudi tua tak tau apa2....ermmmm JAHAT PAS ni

      Padam
  3. Yahudi tu PAS macam mana PAS buat pada balu2 di Memali lbh kurang macam tu la..menyangak duit anak2 yatim!! menzalimi balu!! macam Yahudi laknatullah buat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. songlap duit anak yatim tu telah diHALALkan oleh tok guru mereka. Cube tanye foolarmak bernama Mat Syabun.... bakal jadi ulama hamPAS walaupun hanya bertaraf bekas pelajar ITM yang tak pernah habis belajar pun.... HALAL.. keminih pun pejuang bangsa katanye...

      Padam