Sabtu, 6 April 2013

gempar!! takkan sesekali dikeluarkan di UTUSAN MEDIA!!

utusan???? keadilan daily tak keluar gak apa..

ceritanya.. jeng jeng jeng

sebarkan gambar ini..

dakwaan mb selangor menyalah gunakan RM20,00O, WOW!!!

Pentadbiran pakatan haram di Selangor cukup tragis. Bermula dengan menggula-gulakan rakyat Selangor semasa PRU12 yang lepas telah berjaya memperdayakan mereka mengundi pakatan haram. Cuma mereka lupa bahawa rakyat yang mereka gula-gulakan itu tidak pernah lupa pada janji yang ditabur.
Namun rakyat Selangor begitu hampa apabila Khalid Ibrahim telah mengistiharkan bahawa manifesto PRU12 yang lepas bukanlah janji yang harus ditepati. Dengan kata lain pakatan haram mengamalkan penipuan manifesto dan memfitnah Barisan Nasional.
Senjata makan tuan apabila seorang anggota di cabang PKR yang diketuai Khalid Ibrahim telah membuat laporan ke atas menteri besar Selangor itu atas dakwaan menyalahguna dana berjumlah kira-kira RM20,000 dari cabang parti itu.
Malahan satu video yang disiarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di portal Youtube menunjukkan anggota cabang berkenaan, Airos Shahidin Manaf yang membuat laporan berkenaan atas dakwaan tidak menerima penjelasan sewajarnya berhubung isu tersebut. Isu berkenaan telah dibangkitkan dalam mesyuarat agung cabang tersebut enam bulan lalu.


Laporan ke atas Abdul Khalid, yang merupakan ketua cabang PKR Kuala Selangor, menunjukkan lebih banyak sentimen tidak puas hati akar umbi berkenaan yang mungkin memaksa beliau bertanding di DUN lain. Dalam video tersebut, Airos Shahidin berkata beliau turut mengesyaki terdapat pemimpin lain dalam cabang berkenaan yang terlibat menyalahguna dana berkenaan.
Namun apa yang pasti lelaki berkenaan juga menafikan bahawa beliau dinaungi Umno dan menegaskan bahawa beliau bertindak demikian bagi memastikan parti itu ditadbir dengan telus.
Harap SPRM buat siasatan dengan terperinci. Harap Khalid Ibrahim tak tergagap-gagap jawab tuduhan ini. Ini bukan kali pertama laporan penyelewengan dan rasuah dibuat ke atas kerajaan Pakatan di Selangor.


Antara laporan penyelewengan dan rasuah ke atas pakatan haram Selangor adalah isu lembu korban anak syarikat kerajaan negeri Selangor diagihkan di luar negeri Selangor iaitu di kawasan parlimen Menteri Besar Selangor sahaja (Bandar Tun Razak).
Laporan juga telah dibuat ke atas Kumpulan Semesta Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri yang menguruskan perlombongan pasir. Pasir dilombong secara berleluasa di atas tanah kerajaan negeri tetapi hasil masuk tidak seperti yang dijangka.
Pakatan haram tidak pernah telus dalam mentadbir. Propaganda telus yang dicanangkan sebelum ini merupakan retorik semata-mata untuk mengaburi jenayah mereka.


ps: dapat pun mb boneka, mb yang rosakkan aset harta orang melayu, ybk habis di jual kati, pkns dilacurkan bukan nak tolong orang susah, tetapi nak cari untung, haram jadah punya mb, tapi lagi haram jadah kalau kita mengangkat pemimpin macam ni memerintah malaysia...

sumber RMK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan