Ahad, 14 April 2013

kerana nurul izzah, seramai 210 keluar umno, melompat rianglah semua pencacai!!!

berita yang sangat mengemparkan, sangat memberikan impak yang sangat sadis bagi kita.. tapi.. mungkin kerana pru13 yang tidak lama lagi.. maka impak ini menjadi satu bualan yang popular di lembah pantai....... jadi pesan untuk semua... sayonara... :(


hehe.. sebelum pencacai gembira tak terhingga, harap boleh tarik nafas panjang-panjang dulu ye.. sebab, cerita sebenarnya bukan orang keluar umno.. tetapi keluar pkr di lembah pantai....


Nurul Izzah Anwar mendapat tamparan hebat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila seramai 210 ahli PKR Lembah Pantai mengisytiharkan keluar parti hari ini.

Lebih pedih, tindakan itu diketuai oleh pencadang Nurul Izzah semasa penamaan calon pilihan raya umum 2008 Norleha Ghani dan Ketua Wanita PKR Cawangan Taman Bukit Angkasa, Rossimah Abu Bakar. Norleha yang mendakwa berjuang bersama PKR sezaman dengan bekas pengasas parti itu Ng Lum Yong berkata, keputusan meninggalkan parti tersebut dibuat kerana sudah tidak yakin dengan perjuangan parti itu dan kecewa dengan sikap anak Ketua Pembangkang itu.


"Beliau (Nurul Izzah) tidak tahu bagaimana kami meninggalkan suami dan anak-anak di rumah semata-mata untuk membantunya semasa berkempen (2008).

Kami bekerja kuat, malah menganggapnya seperti anak kami sendiri. "Kami bukannya menagih jawatan, tetapi kesal kerana selepas beliau menang, kami dilupakan.

Janji-janji yang dibuat kepada pengundi-pengundi tidak ditunaikan,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengisytiharkan keluar PKR dan menyokong Barisan Nasional (BN) di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, di sini. 

Dalam pada itu, Norleha dengan nada sebak memohon maaf kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana pernah menggelar bekas Perdana Menteri itu sebagai Firaun.

"Saya sebenarnya terikut-ikut dengan ahli-ahli PKR lain selepas kami ditiupkan api kebencian terhadap Dr. Mahathir yang memenjarakan Anwar pada 1999," ujarnya. Beliau berkata, penyokong-penyokong pakatan pembangkang khususnya PKR perlu mengambil langkah sama untuk keluar parti dan mengundi BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti. 

"Hanya BN yang boleh membela nasib rakyat. Kita harus memberi peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus membawa kemajuan dan kemakmuran kepada negara," katanya. 

Sebelum ini Nurul Izzah diumum akan mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai pada PRU-13. Untuk rekod, pada pilihan raya lalu Nurul Izzah menewaskan calon BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan calon Bebas,

ps: macam biasa ayat yang di keluarkan oleh pencacai tegar... orang umno yang masuk umno sebenarnya... hehe...

5 ulasan:

  1. kalau tak dpt duit n jawatan mesti dpt spender....opssss......baju free....level cai2 PR......hahaha

    sedar2lah org dah ramai TOLAK pembangkang....dah la ditubuhkan secara tak berdaftar atau dlm erti kata lain PERTUBUHAN HARAM....ni sibuk nak mengajar org lain supaya jalan lurus

    tapi sek2 UMNO/BN jgn lupa, belah sinipun ramai gak yg keluar, tp sebabnya lain la....sbb KENA TIPOOOOO sama penipooooo & geng2nya...dijanjikan bulan & bintang....tunggu skit masa meraung la semua nak masuk UMNO/BN semula....hahahaha

    BalasPadam
  2. Nurul Izzah x buat kerja kat Pantai Dalam.

    Benda ni x surprise pown.

    BalasPadam
  3. Kalau tak mahu anak cucu kita jadi Kristian,Hindu,Budha atau tak ada ugama, berjihadlah kita semua sekarang, TOLAK Nurul anak Anwar yg kata Melayu perlu di beri kebebasan utk memilih ugama ni.Jihad kita tak perlu bunuh membunuh tapi kalahkan dia di mana pun dia bertanding.

    BalasPadam
  4. Pompuan mmg nekad buat keje
    Sgt dedicated
    X mengharapkn balasan
    Xleh nk rasuah bg batang jantan ke apeke
    X mcm lelaki...x mcm stopa
    Tp bila dikecewakan..inila jd

    BalasPadam
  5. ORANG UMNO KELUAR UMNO KEMUDIAN MASUK UMNO BALIK....APA DAHH..!!

    BalasPadam