Selasa, 2 April 2013

RAMALAN INI TAKKAN KELUAR DI HARAKAH DAN KEADILAN DAILY!!!


sebenarnya pemimpin pembangkang takkan terima kenyataan sekiranya betul bn akan menang majoriti di pru13 nanti.. tetapi bagi aku situasi dia sekarang, kalau diadakan pru, In shaa Allah bn memang boleh menang besar... sebab paling utama, silent majoriti melihat, mereka tidak agresif dalam membuat pilihan, kerana mereka berfikir, mereka patut memilih satu kerajaan yang dapat membantu rakyat dan memakmurkan negara.. betul tak? sekadar bertanya.. apakah track record yang kerajaan pakatan rakyat dah buat untuk memakmurkan rakyat di negeri pemerintahan mereka? yang nampak sekarang pelbagai problem yang memang tuhik, itulah dia pakatan rakyat... cukai naik, jalan banyak berlobang, rumah urut bersepah, sewa gerai majlis perbandaran naik harga, parking lot yang dulu free sekarang dah kena bayar.. dan banyak lagi beb.. semua pekakas diam sebab mereka terlalu taksub kepada mahadewataraya pemimpin korrup mereka..

jadi PILIHAN KITA, UNDILAH BARISAN NASIAONAL!!!! ITU WAJIB... 


tun daim meramalkan yang bn boleh menang majoriti 2/3 pru nanti.. malah bn boleh menang lebih besar katanya...

maka jadi tak keruanlah pekakas dengan mengatakan, takkan mungkin pakatan rakyat akan kalah kerana rakyat memang memilih mereka.. sebab mereka telus dan hensem.. hehe, kata merekalah... dan mereka kata banyak buktinya beb, memang pakatan rakyat itu semua sokong termasuk baby baru lahir tau!!!.. sila lihat jumlah orang ramai yang hadir bila pakatan rakyat buat ceramah, program bual bicara ker, konvensyen ke... kalau tak ratus ribu jangan sembang la... so memang sah pakatan rakyat lah yang akan menang 2/3 nanti... kata pekakas pr sambil terjegil mata bila bercakap... hehe

jom kita lihat gambar-gambar yang takkan keluar di harakah.. keldaian daily dan meyontot kini.. hehe

 majlis anjuran pkr untuk pelancaran buku anuar ibrahim, khas untuk orang india.. tetapi... erk..


 yang ni ceramah nizar lambai kat banting.. eh eh.. ramainyer...






ps: sebenarnya banyak lagi gambar yang kerusi lagi ramai dari orang.. itu semua anjuran pakatan rakyat... majoriti kawasan yang mereka buat dulu, masa zaman 2008 pru12, kalau buat ceramah, ribu-ribu beb orang datang sekarang, silent voter menilai.. melihat.. dan memerhati... PILIHAN DITANGAN ANDA... !!!

19 ulasan:

  1. buek..nk muntah aku dgr Bn boleh menang majoriti mudah 2/3..tun daim baca tahun 1990an punye paper lama kot..silent voters bukannye "menilai..melihat..dan memerhati" pada org ramai or tak ramai la ngek. Diorng observe pada isu & point yg boleh diperolehi melalui pelbagai saluran alternatif.
    Klu "menilai..melihat..dan memerhati" dgn hanya brpandukan pd ramainya org datang, itu stupid voters namanye...still silent, but stupid.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha. Dah tu yg puak hang dok kalut jaja prof matematik mana ntah kata 700K yg sertai himpunan lepaih ni wt pa kalau jumlah org yg hadir dak penting?

      Kalau jumlah yg hadir dak penting awat sasarkan sejuta org masa himpunan yg lepaih? Sasar 10 org ja dah la. Had silent voters lain dak payah dtg la. Buat menyesakkan jalan dan stadium dulu ja.

      Hahahaha

      Padam
    2. kami sekeluarga adalah silent voters. profesional bandar. bukan ahli mana2 parti. and honestly we voted PR last GE.

      and what do we get for the past 5years? havoc..kalimah Allah issue, racism at the highest level, more and more scandals by PR leaders..what are these???? we expect BETTER CHANGE from PR but what did we get? NOTHING!!!

      so do you expect silent voters like us will vote PR again? NEVER!!!

      Padam
    3. what do we get for the past 5years?
      here are some answers. First, please do not cheat by claiming that you're a professional. In fact i believe you're not even PR voters for last GE. Secondly, i feel so pity to your 5 years of blindness without seeing any benefit that PR has brought to Selangor. Penggunaan air percuma, 1K utk anak ke IPT, 2k khairat, tabung RM100 utk kelahiran anak, surau2 berjaya diimarakkan dan dipenuhi jemaah, tol di selangor cuba diambil alih tetapi terhalang perjanjian konsesi dibwh kerajaan pusat, dan most important is laporan audit negara membuktikan negeri2 dibawah pakatan paling baik prestasi didalam pengurusan kewangan. Is that what you call "NOTHING"? For that, i will definitely without prejudice saying that you are not only blind but also deaf.
      Do not talk about kalimah Allah issue if you do not understand the terms of Syariat, Furu'iyah, Ijtihad and Ijmak Ulamak.
      Racist? you should ask the most racist party which is Umno and Mca what is the exact definition of that term. They should "know better" isnt it right?
      Scandals? haha this is funniest! friend, you should take a mirror and see hundred of BN scandals right behind you.
      So my suggestion to such a blind narrow minded voters like you, please continue your vote for BN. Surely PR will understand your witless.

      Padam
  2. Dibawah Bn cukai tak pernah naik, jalan tak pernah berlobang, rumah urut tak pernah bersepah tapi tersusun, sewa gerai majlis perbandaran tak pernah naik, parking lot semua free dulu kini dan selamanye....jadi mari undi BN!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cantik bawah bn sebab dok dpt 2/3 kat parlimen heneeeee. Kalau dok seme naik

      Padam
  3. PR=PUTAR RAKYAT....jangan HARAP!!!huahahahahahaha.....

    BalasPadam
  4. Jangka hayat PAS PIS PUS dah hampir luput. PRU13 akan membuktikan samada PAS PIS PUS boleh recharge kembali hingga 5 tahun. Janji tinggal janji, Agama islam boleh dijual beli, Soal Moral pun boleh keluar Fatwa Video tu plastik, kaca dan besi. Pandai aja dan-dan keluar Fatwa. Bila kena tang UMNO, habis satu dunia pusing macam-macam title keluar. Sikit-sikit UMNO, mindset HamPAS telah disetkan oleh Ular-mak - Ular-mak yang tiada cacat cela dan maksum. Perangai Syiah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rilex bro......... kalau dok fasih tang agama senang ce dok pandai agama jgn cakap kalah menang pr atau bn atas jari rakyat wehhhhhhhhhh dok gua ne bro,............,

      Padam
  5. bangkit semua ,ayuhhh kita juang sama2 hapuskan pakatan rakyat agar anak cucu kita tidak menjadi golongan lbgt,pluralism atau penyelewang agama......di tangan kita terletak satu tanggungjawab besar untuk menentukan halatuju jalan anak cucu kita samaada yg mungkar atau yang benar.........kita wariskan kepada anak cucu kita negara yg aman harmoni dan diredhai ALLAH....

    BalasPadam
  6. kau ni tak sekolah ke...buat kajian la dulu....BN tak kan menang utk selamanya....percayalah.....bila PR menang satu persatu kita akan tahu sapa BN sebenarnya.........mcm Khir toyo....kita dah senang dgn BN 55 tahun kalau PR menang kita susah 5 tahun je.....Berilah peluang pd PR....biar kita rasa nikmat lain pula....

    BalasPadam
  7. Kita bangun tegakkan hukum allah bkn nama allah shj kita perjuangankan. Pertahan nama allah bagai nak gila tapi hukum allah letak ke tepi. Hukum sekular juga diamalkan. Rumah urut brsepah,pusat judi mcm cendawan. Allah nak terima ka prjuangan camtu. Mari kita brsatu atas nama allah selamatkan agama kita bukan dgn cakap2 merapu saja. ckp betul2 ....bkn cubaan.

    BalasPadam
  8. anon 12:30 PTG, yes....tepat sekali!! isu nama Allah hanya mainan politik. Walhal Majlis Syura dah agree utk tidak bersetuju penggunaan nama Allah oleh bible or agama2 lain. BN dah takdak modal, jadi dia spin spin and spin...

    BalasPadam
  9. Terima bn bodoh. Buat lah penilaian x blh fikiaq yg mana intan n kaca. Hidup PR

    BalasPadam
  10. MARI SAMA2 KITA FIKIR..PR baru mnang 4 negeri KITA DAH DAPAT BANYAK WOOO...1. LGBT dengan ketuanya Ambiga sudah berani sebut hak utk gay dan lesbian di Msia. 2. Guan Eng nak Kalimah Allah dlm bible melayu...sbelum di smua org xksah pun pasal ni. baik cina, melayu dan india..3. Melayu Islam boleh murtad Izzah yg cakap di petik Malaysiakini. 4. Ye betul rumah urut bersepah2 kan selangor, tempat aku je dah 11 bijik.

    BalasPadam
  11. Saya bekerja di KL. Di KL ni yang uniknya pekerja2 dari setiap negeri. Kita boleh merasa suasana keadaan orang ramai. Masa reformasi, Pak Lah, 2008 saya boleh agak2 parti mana yang akan menang peringkat parlimen (bukan negeri). Kalau mengikut suasana terkini di KL, BN akan menang peringkat parlimen dengan majoriti 50% ke 65%. Sebaiknya, sebagai modal kempen, setiap calon parlimen perlu dijamin jawatan penting kerajaan sekiranya menang. Barulah rakyat akan memilih kerana wakil parlimen mereka akan selalu keluar di media. Kita lihat, bila ahli parlimen selalu keluar di media, pemilih akan berasa bangga.

    BalasPadam
  12. Salam,kpd semua rakyat malaysia.sempena pru13 ini,sesiapa yg layak mengundi undilah dgn bijaksana utk memilih kerajaan kita.tiada gunanya kita setia pd sesebuah parti,sedangkan pemimpinya mengamalkan rasuah,kroni,mengaibkan org,melindungi org berbuat salah ,mengambil hak rakyat dll.malah ada yg bersumpah setia cukup masa lompat parti.tersalah pilih kita sama dgn mereka berdosa.nak takut atau setia biarlah dgn Allah.ingat jgn tersalah pilih

    BalasPadam
  13. Senario politik sekarang kene rubah jgn dok angguk aje pemimpin kata bg 300 amb, bg 500
    Ambik tp dok tahu ape dia buat u tuk kite sbg rakyat, hok rakyat dia bahang isi kite bahang kulit ape ke bangang undilah PR

    BalasPadam