Khamis, 11 April 2013

pendapat aku, dengar boleh percaya jangan!!! semua kuasa Allah!!

sebenarnya, aku cukup risau kalau awal-awal dah up terus yang bn bakal menang besar dan dapat merampas selangor dan kedah.. yup kalau dengar pun wah syok, indah aman, kalau betul kan bagus... tetapi realitinya bila dicanang cerita-cerita atau kajian-kajian yang terlampau up kan sangat kemenangan aku rasa dalam taktikal perang agak kurang bijak!! pendapat aku lah, ingat lagi tak mainan kata-kata dap... masa pru12 2008 dulu... mereka kata... bn boleh menang besar, siapalah dap kalau nak menang banyak parlimen pun... tengok apa jadi????


walau tak mau berburuk sangka, anda kena ingat ye, pru 13 ini adalah UMNO VS KIASU DAP,  kiasu dap nak kan kuasa... kuasa dominan untuk mengawap sepenuhnya kerajaan malaysia... mereka cerdik, cerdik mengapikan supaya pas dan pkr yang di dominasi oleh melayu totok menyerang umno sahaja sekarang ni... dari dulu pun... sebab utama, umno adalah kuasa dominan dalam bn... faham-faham jelah kan... runtuh kuasa tu... pas dan pkr memang bertepuk tangan tetapi mereka ini hanya manjadi balaci-balaci terhormat yang hanya mampu menyalak di atas bukit sekiranya ada terkacau hal-hal orang melayu.. percayalah ini mesti berlaku kalau kita biarkan saja....

Pakar Feng Shui Kata BN Rampas Semula Selangor & Kedah, Ramalan Yang Bakal Menitiskan Airmata PR???...

Seorang pakar Feng Shui meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di peringkat kerajaan pusat serta merampas semula Selangor dan Kedah. 

David Koh, 67, turut meramalkan BN akan meraih lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang berbanding semasa pilihan raya umum lepas. 

Bagaimanapun, BN dijangka menghadapi persaingan sengit di Negeri Sembilan dan Perlis. 

Sebelum ini, Koh pernah memberitahu Bernama TV beliau meramalkan pengundian PRU13 akan jatuh pada 5 Mei depan dan nyata tekaan beliau tepat apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan tarikh tersebut. 

Biarpun ramai beranggapan ramalannya hanya sekadar 'tembak angin' namun Koh berkata ramalan itu berasas kerana ia menggunakan pengiraan Feng Shui dikenali sebagai 'Shi' yang membawa maksud perang. 

"Selepas pembubaran pada 3 April lepas, kita ada 60 hari untuk mengadakan pilihan raya, jadi menurut formula Shi, sepanjang tempoh 60 hari itu akan ada satu hari yang akan berperang dan hari tersebut jatuh pada 5 Mei," katanya. 

Koh berkata BN telah banyak membuat perubahan drastik dengan beberapa kejayaan yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memenangi hati rakyat selepas negara mengalami tsunami politik pada 2008. 

"Selama lima tahun ini kita dapat lihat pelbagai transformasi telah dilakukan oleh Perdana Menteri. Meramalkan siapa yang menang atau kalah pada pilihan raya kali ini juga memerlukan ramalan yang berasas. Ia bukan bergantung kepada nasib tetapi berdasarkan usaha keras yang dilakukan oleh anggota politik itu sendiri untuk rakyat," katanya. 

Semua pihak perlu terima keputusan siapa menang atau kalah pada hari mengundi nanti dan percaya rakyat Malaysia kini lebih matang dan bijak dalam membuat keputusan. 

ps: menjadi satu malang bertimpa bilamana orang melayu mejadi klas ke-2 di malaysia ini... sayonara

1 ulasan:

  1. "...dan kebanyakan mrk pendusta". As Syu'ara' 223.
    "Barangsiapa mendatangi arraf, kahin (tukang ramal, dukun, bomoh) lau membenarkannya mk sungguh dia telah kufur terhadap apa yg diturunkan kpd Muhammad saw (Al Quran)" HR Bukhari, Muslim, Tirmizi Abu Daud.

    BalasPadam